awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KL Converge tampilkan bandar media Malaysia

Bernama
Bernama
19/09/2014
01:48 MYT
KL Converge tampilkan bandar media Malaysia
KL Converge tampilkan bandar media Malaysia
Content Malaysia 2014, yang berlangsung bersama-sama persidangan dan pameran industri kreatif KL Converge 2014, menampilkan projek bandar media Kuala Lumpur kepada industri berkenaan.
Profesor Erik Knudsen dari University of Salford di Manchester, United Kingdom (UK) berkata industri kreatif sebenarnya berkisar kepada manusia, idea dan cerita.
"Orang kreatif tidak berkeliaran dalam bangunan korporat. Cabarannya ialah bagaimana mewujudkan persekitaran di mana orang ramai boleh bergaul. Ia tentang membina persekitaran kerja yang disukai ramai,"katanya.
Knudsen, pembikin filem dan pensyarah di Bahagian Amalan Filem Fakulti Kesenian dan Media di University of Salford, berkata demikian pada persidangan Content Malaysia 2014 yang memberi tumpuan kepada Mediacity UK.
Projek bandar media Malaysia, yang merupakan kerjasama antara kerajaan Malaysia dan Media City Development Sdn Bhd, dijangka siap pada 2020.
Projek bernilai RM850 juta itu, yang diumumkan dalam Bajet 2010, akan membangunkan kompleks Angkasapuri yang kini menempatkan penyiar negara, Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Knudsen menarik perhatian bahawa pemaju Mediacity UK telah melabur dengan banyak dalam pengurusan aset media bagi memastikan peralatan dan kemudahannya mencukupi untuk memenuhi keperluan industri budaya di negara itu.
University of Salford, akademi pertama yang ditubuhkan di bandar media dan ia adalah antara penaja bandar media.
Industri kreatif di Malaysia menyumbang kira-kira 1.3 peratus kepada keluaran dalam negara kasar dan dijangka meningkat kepada 3 peratus dalam tempoh tiga tahun.
Seminar itu juga dihadiri wakil Perbadanan Pembangunan Multimedia dan Reed Midem, penganjur pameran antarabangsa dalam sektor hiburan, hartanah dan internet, dengan lebih 500 acara di 39 negara.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Knudsen berkata dalam usaha Malaysia membangunkan bandar medianya, adalah penting baginya untuk mengenal pasti teknologi yang ada dalam industri kreatif.
Beliau berkata kemudahan bandar media harus memenuhi semua segmen industri dan mampu menarik orang kreatif untuk menggunakannya.
Knudsen juga menegaskan pentingnya bandar media menjadi institusi 'terbuka' jika ia mahu berjaya.
"Jika bandar media dibangunkan menjadi institusi yang terbuka dan fleksibel, ia akan berfungsi. Namun, jika ia ditutup dan menolak kunjungan orang, maka ia akan gagal," katanya.
Topic Berkaitan
#kl converge
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan