Mulai hari ini, Kuala Lumpur dijenamakan sebagai 'Bandar Penuh Kontras dan Variasi'.
Datuk Bandar Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata perkataan kontras dan variasi mencerminkan kelebihan tersendiri yang dimiliki Kuala Lumpur - warisan yang kontras, masyarakat pelbagai budaya dan pelbagai agama serta pelbagai daya tarikan.
"Kuala Lumpur memerlukan satu identiti tersendiri yang diterima semua warganya dan nilai identiti ini perlulah mampu mengundang sikap ingin tahu para pengembara antarabangsa.
"Penjenamaan KL ini juga akan memberi fokus terhadap usaha membina rasa bangga. Ia akan menyemarakkan dan meningkatkan lagi rasa bangga kita dan membawa jenama KL ke pentas dunia," katanya pada sidang berita selepas majlis pelancaran jenama itu di sini, hari ini.
Ini adalah julung kalinya Kuala Lumpur diberi jenama destinasi dengan matlamat untuk menyemarakkan lagi bidang pengembaran dan pelancongan di bandar raya ini.
MESTI BACA: Kompilasi liputan Astro AWANI untuk 'Orang KL'
Di samping perkataan kontras dan variasi yang digunakan untuk menyerlahkan identiti dan penampilan jenama itu, Mhd Amin berkata tiga unsur iaitu menarik, mengejutkan dan memikat akan digabungkan dengan jenama itu bagi menjelaskan secara ringkas dan tepat tentang keunikan Kuala Lumpur.
Tiga unsur itu membawa maksud pengalaman menarik dalam serba-serbi, mengejutkan daripada pelbagai segi apabila ciri-ciri bandar raya ini diterokai dan memikat hati pelawat untuk menikmati pelbagai daya tarikan yang dimilikinya.
Menurutnya identiti jenama Kuala Lumpur akan melibatkan proses jangka panjang yang bermula hari ini hingga ke 2020 dengan harapan ia akan memainkan peranannya seperti jenama bandar raya lain termasuk 'I love New York' dan 'I Amsterdam'.
Bagi tujuan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memperuntuk kira-kira RM3 juta untuk pengiklanan termasuk membina mercu tanda jenama itu di sekitar bandar raya ini bagi mendidik dan memberi maklumat mengenainya kepada warga ibu kota.
Mhd Amin berkata mercu tanda berkenaan akan didirikan di Dataran Merdeka, Bulatan Tun Sambanthan dan di pintu masuk menghala ke Lebuhraya Sungai Besi, yang kesemuanya akan disiapkan menjelang akhir Ogos ini.
Bernama
Mon Apr 25 2016
Ini adalah julung kalinya Kuala Lumpur diberi jenama destinasi dengan matlamat untuk menyemarakkan lagi bidang pengembaran dan pelancongan di bandar raya ini. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
KL dijenamakan sebagai 'Bandar Penuh Kontras dan Variasi'
Mulai hari ini, Kuala Lumpur dijenamakan sebagai 'Bandar Penuh Kontras dan Variasi'.