Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) di sini menjadi tumpuan media apabila tercetus khabar kedatangan anak Kim Jong Nam ke Malaysia hari ini.
Penerbangan AirAsia AK8321 dari Macau yang dipercayai dinaiki Kim Han Sol mendarat kira-kira 7.33 malam namun kelibatnya gagal dikesan kira-kira 100 pengamal media yang menanti sejak 6 petang.
Pihak media yang menunggu di dua lokasi klia2 iaitu balai ketibaan antarabangsa dan pintu laluan orang kenamaan, beberapa kali cuba mengejar individu yang kelihatan seperti Han Sol, namun berakhir kecewa.
Pada kira-kira 9 malam, seorang jurukamera dapat merakamkan kelibat seorang pemuda bertopi hitam dan memakai topeng muka berjalan keluar dari balai ketibaan, namun tidak dapat dipastikan sama ada lelaki itu adalah Han-sol apabila dia tiba-tiba hilang.
BACA: Rakaman CCTV detik-detik akhir Kim Jong Nam disiar media antarabangsa
Anak sulung Jong Nam itu dipercayai datang ke Malaysia bagi memberikan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan identiti dan urusan menuntut mayat.
Sebelum ini, Malaysia menolak permohonan Korea Utara untuk membawa pulang mayat Jong-nam.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan polis memerlukan sampel DNA daripada waris mangsa bagi melengkapkan siasatan dan mayat hanya akan diserahkan kepada warisnya.
Polis juga memberi masa selama dua minggu kepada waris Jong-nam untuk menuntut mayat mendiang yang kini ditempatkan di Institut Perubatan Forensik Negara Hospital Kuala Lumpur.
Jong-Nam yang merupakan abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, meninggal dunia pada 13 Feb lepas ketika dalam perjalanan ke hospital.
Jong-Nam sebelum itu dilaporkan berada di klia2 sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila diserang dua wanita dengan mukanya ditekup dengan kain dipercayai mengandungi cecair beracun. -- Bernama
Bernama
Mon Feb 20 2017
Pengamal media tempatan dan luar negara berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) bagi menunggu ketibaan anak kepada Kim Jong Nam, yang mati dibunuh dipercayai akibat diracun, Sabtu lalu. - Foto Bernama
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Wanita Vietnam dikaitkan pembunuhan Kim Jong-nam tulis pesanan peribadi
Pesanan Doan Thi Huong yang ditulis atas sehelai kertas berukuran A4 dibacakan kepada media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Kes bunuh Kim Jong-nam: Bicara bela diri dua warga asing 11 Mac
Doan Thi Huong dijangka beri keterangan bermula 11 Mac depan manakala Siti Aisyah pada 27 Mei.
Doan datang ke Malaysia sebulan sebelum Jong-nam dibunuh - Peguam
Wanita Vietnam Doan Thi Huong difahamkan datang ke Malaysia dari Vietnam bersama dua suspek lelaki sebulan sebelum Kim Jong-nam dibunuh.
Kes Jong Nam: 'Suspek dilihat menyapu muka orang awam secara rawak' - Saksi
Perbuatan itu dikesan dua hari sebelum insiden melibatkan Kim Jong Nam berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
Organ bengkak, tersumbat: Pakar sahkan Jong Nam mati akibat agen saraf VX
Si mati mengalami paru-paru membengkak (edema) dan tersumbat termasuk organ lain termasuk sebahagian daripada otak, hati dan limpa.
Kes bunuh Jong Nam: 'Saya tidak tahu DPR Korea itu bukan Korea Selatan' - Saksi
Saksi pertama ialah Lans Koperal Mohd Zulkarnain Sanudin, yang bertugas sebagai anggota polis rondaan di KLIA2 ketika insiden itu berlaku pada 13 Februari lalu.
Prosiding kes bunuh Kim Jong Nam bermula hari ini
Kedua-dua tertuduh, warganegara Indonesia, Siti Aisyah dan warganegara Vietnam, memasuki kamar mahkamah pukul 9.03 pagi dengan bergari sambil diiringi polis.
Kes Jong Nam: Lebih 100 pengamal media berkumpul seawal jam 2 pagi di KLIA
Media tempatan sudah mula berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) seawal jam 2.30 pagi untuk ketibaan sembilan warga Malaysia dari Korea Utara.
Waris beri kebenaran kepada Malaysia urus mayat Kim Jong Nam - Timbalan KPN
Keluarga mendiang Kim Jong Nam memberi kebenaran kepada kerajaan Malaysia untuk menguruskan mayatnya, setelah dibunuh di KLIA2, 13 Feb lalu.
Identiti Kim Jong Nam disahkan melalui DNA anaknya - TPM Zahid
Menurut timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pengesahan identiti itu ditentukan melalui sampel DNA anaknya.