Kerajaan akan bekerjasama dengan Malaysia Airports Holding Berhad, MAHB bagi membangunkan kesemua 39 lapangan terbang yang beroperasi di bawah syarikat berkenaan.
Ia penting memandangkan industri penerbangan merupakan salah satu kunci utama dalam usaha memacu ekonomi negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Malaysia perlu mewujudkan lebih banyak infrastruktur penerbangan bertaraf dunia bagi memenuhi keperluan industri ini yang semakin berkembang.
"klia2 akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri penerbangan yang akan memberikan kesan besar kepada ekonomi. Bagi memenuhi permintaan daripada pertambahan jumlah penumpang dan kargo, ekonomi Malaysia akan dijana menerusi dagangan global dan ini akan menyaksikan pertambahan pasaran eksport dan industri pelancongan,"
Katanya Malaysia perlu mengambil kesempatan daripada perkembangan industri penerbangan di Asia Pasifik.
"klia2 merupakan jawapan tepat untuk fenomena ini, ia berkeupayaan untuk menyokong unjuran pertumbuhan penerbangan untuk sekurang-kurangnya 10 hingga 15 tahun. Terminal ini berkeupayaan untuk mengendalikan 45 juta penumpang setiap tahun, tiga kali ganda daripada keupayaan LCCT sebelum ini."
Najib berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke 2, klia2 di Sepang.
Bagi memastikan industri penerbangan terus berkembang kerajaan sebelum ini telah membentangkan Pelan Induk Lapangan Terbang Kebangsaan, NAMP bagi memenuhi permintaan industri untuk tempoh 50 tahun akan datang.
Tumpuan turut diberikan kepada industri penerbangan dalam Bajet 2014 di mana kerajaan memperuntukkan RM1 bilion untuk menggalakkan pertumbuhan industri.
RM700 juta akan digunakan untuk membina pusat pengurusan traffik udara yang baru dan lebih cekap.
Manakala baki RM300 juta akan digunakan untuk kerja-kerja penambahbaikan lapangan terbang diseluruh negara.
Harris Hardy Hakim
Tue Jun 24 2014
klia2 pemangkin pertumbuhan industri penerbangan - Najib
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Warga Itali didakwa curi ubat di premis penjagaan kesihatan, kecantikan di KLIA T2
Maurizio Losi mengangguk faham di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.
Rusuhan Bangladesh: Pesawat AirAsia AK76 bawa rakyat Malaysia tiba di KLIA2
Pesawat AirAsia yang membawa rakyat Malaysia dari Dhaka, Bangladesh telah selamat tiba di Terminal 2, KLIA2, Sepang dari Dhaka, Bangladesh pada jam 4.56 petang, Selasa.
Dua lelaki didakwa edar 28.85 kg methampetamine di KLIA2
Dua lelaki berhadapan pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 38.85 kilogram bulan lepas.
Kecoh himpunan 250 ekor 'oyen'
Orang ramai terutama pencinta kucing begitu teruja menyaksikan gelagat kucing berbulu oren daripada pelbagai baka.
Kes penipuan pelaburan i-Serve, dua lagi ditahan
PDRM menahan dua lagi individu berhubung kes penipuan pelaburan i-Serve pada awal pagi Isnin.
Guna Toyota Vellfire milik isteri buat 'ulat' di KLIA 2
Dipercayai pemandu itu menggunakan taktik memujuk dan merayu sebelum mengenakan cas bayaran tambang sebanyak RM180 kepada penumpang.
11 mangsa penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja selamat pulang
Setakat semalam, seramai 123 daripada 153 orang mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja telah berjaya diselamatkan.
Teksi haram jerat pelanggan guna Toyota Alphard
Siasatan dijalankan mendapati ulat yang menawarkan kegiatan teksi haram ini menyasarkan pelanggan terdiri daripada warga tempatan dan warga asing.
JPJ tahan dua 'ulat' di KLIA2
Siasatan awal mendapati pemandu itu menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen dengan mengenakan tambang kepada pelancong asing antara RM100 hingga RM150 dari KLIA2 ke Kuala Lumpur.
JPJ sita kenderaan 'ulat' di KLIA2
Operasi seharian itu turut menahan tiga pemandu berusia lingkungan 40-an.