awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tanah ladang komersial FELDA-Terengganu hampir selesai - Ahmad Zahid
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
Sinergi kerajaan, industri pastikan keperluan Ramadan kekal mampu milik - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Klip video tular: Ketua Penerangan Pemuda UMNO Titiwangsa mohon maaf

Sinar Harian
Sinar Harian
14/03/2023
11:07 MYT
Klip video tular: Ketua Penerangan Pemuda UMNO Titiwangsa mohon maaf
Sam berkata, beliau kesal dan insaf di atas kekhilafan memuat naik video berkenaan di akaun TikTok sehingga ia tular di luar jangkaan serta mengakibatkan persepsi buruk terhadap UMNO. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Sam Adnan membuat permohonan maaf berhubung video dakwaan cubaan curi kertas undi ketika proses pengiraan bagi pemilihan jawatankuasa sayap itu pada Ahad.
Sam berkata, beliau kesal dan insaf di atas kekhilafan memuat naik video berkenaan di akaun TikTok sehingga ia tular di luar jangkaan serta mengakibatkan persepsi buruk terhadap UMNO.
“Permohonan maaf secara terbuka kepada semua pihak khususnya kepada Pemuda UMNO Titiwangsa dan UMNO Malaysia. Pada peringkat awalnya, niat saya hanyalah untuk membuka kebenaran.
"Selaku Ketua Penerangan Pemuda UMNO Titiwangsa, saya merasakan teraniaya oleh perbuatan pengerusi jawatankuasa pemilihan, pengerusi penyelaras dan Setiausaha UMNO bahagian yang telah bertindak mensabotaj pengiraan undi tersebut.
“Tanpa fikir panjang saya telah memuat naik (video) di media sosial. Saya juga bersedia menerima sebarang bentuk tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO atas kekhilafan ini,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.
Pada Ahad, tular lima klip video yang memaparkan dua individu iaitu Pengerusi Pemilihan JPU Titiwangsa, Zaharah Adnan dan Timbalan Pengerusi JPU UMNO bahagian itu, Datuk Shamsul Bahari yang didakwa mencuri kertas undi.
Berdasarkan klip video berkenaan, situasi menjadi kecoh apabila Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin bersama kumpulannya memasuki dewan pengundian bagi mendapatkan penjelasan.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Abdul Samad pula memaklumkan proses pemilihan sayap bahagian itu digantung dan individu yang merakam serta memuat naik video tersebut akan dihadap ke Lembaga Disiplin parti. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#klip video tular
#Ketua Penerangan Pemuda UMNO Titiwangsa Sam Adnan
#akaun TikTok
#Shamsul Bahari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan