awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: JDT buka tirai tahun 2026 tewaskan Selangor
Polis kenal pasti 16 lagi mangsa kebakaran bar di Crans-Montana
Bekas jurulatih NFDP keluar bukan kosong, tetap boleh bantu perkembangan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kluster Sivagangga: 24 kes positif COVID-19 dikesan

Astro Awani
Astro Awani
05/08/2020
10:29 MYT
Kluster Sivagangga: 24 kes positif COVID-19 dikesan
24 kes dikesan positif COVID-19 dalam Kluster PUI Sivagangga sehingga 5 Ogos 2020 jam 12 tengah hari.
24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam Kluster PUI Sivagangga sehingga jam 12 tengah hari, Rabu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu hasil saringan 754 kes disahkan negatif manakala 869 lagi sedang menunggu keputusan.
"Setakat ini 1,647 orang telah disaring dalam kluster berkenaan. Kes positif kluster ini adalah melibatkan 19 warganegara Malaysia dan lima bukan warganegara. Tiga kes baharu telah dikesan dalam Kluster PUI Sivagangga pada hari ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Jelasnya lagi, ketiga-tiga kes baharu tersebut dikenalpasti melalui saringan kontak rapat kes positif kluster ini, dimana mereka adalah kes generasi kedua.
"Dua daripada kes-kes tersebut adalah kontak rapat kepada kes ke-9000 dimana kedua-duanya adalah anak kepada kes tersebut (iaitu kes ke-9021 dan kes ke-9022).
"Seorang daripada anak beliau telah mengalami gejala saluran pernafasan pada 30 Julai 2020 namun tidak mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan," menurut kenyataan itu lagi.
Kes ketiga (iaitu kes ke-9023) pula adalah kontak rapat kepada kes ke-8976 yang telah mengalami gejala demam serta gejala saluran pernafasan pada 2 Ogos 2020 serta mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Taman Selasih, Kulim.
Ketiga-tiga kes baharu ini dikesan positif pada 4 Ogos 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah untuk rawatan.
Dalam pada itu, KKM menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan mesej palsu yang tular di media sosial.
"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat satu mesej tular palsu berkaitan kes ini yang memberikan maklumat terperinci kawasan yang telah beliau lawat.
"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan mesej palsu tersebut kerana ianya adalah tidak tepat. Tindakan pengesanan kes secara aktif akan diteruskan, dan situasi semasa akan dimaklumkan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#anak
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Hospital
#Kedah
#kes positif
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Kulim
#Malaysia
#Media
#media sosial
#Noor Hisham Abdullah
#Sivagangga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan