awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ONSA pastikan internet lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga - MCMC
Gereja bersejarah Vondelkerk musnah dalam kebakaran malam Tahun Baharu
MediaTek lancar cip Dimensity 7100 untuk peranti 5G mampu milik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kluster Sivagangga: 4,198 individu telah disaring - Dr Noor Hisham

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
08/08/2020
10:16 MYT
Kluster Sivagangga: 4,198 individu telah disaring - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham memaklumkan 4,198 individu telah disaring melibatkan kluster itu melibatkan tiga negeri iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. - Foto BERNAMA
Sejumlah 4,198 individu melibatkan Kluster Sivagangga telah disaring sehingga hari ini, menurut Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua Pengarah Kesihatan dalam kenyataan medianya memaklumkan saringan tersebut merangkumi saringan dari negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
"Daripada jumlah ini, 43 kes dikesan positif COVID-19; 3,235 lagi negatif; dan 920 masih menunggu keputusan.
"Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) diteruskan," katanya.
BACA: COVID-19: 7 kes baharu tidak libatkan Kluster Sivagangga
Jelasnya lagi, langkah-langkah pencegahan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar telah dijalankan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti berkait rapat dengan kluster tersebut.
Beliau pada masa sama memberi komitmen bahawa situasi terkini kluster tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa sekali gus menggesa masyarakat untuk menyemak terlebih dahulu kesahihan maklumat yang diterima sebelum mempercayai dan menyebarkan maklumat tersebut.
Topic Berkaitan
#jangkita COVID-19
#kluster import punca jangkitan tempatan
#Kluster Sivagangga
#Noor Hisham Abdullah
#penularan COVID19
#Saringan COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan