Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bimbang Kluster Sivagangga di Kedah berkemungkinan merupakan super spreader yang berkait dengan Genom 614 dari Mesir dan Pakistan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata, kajian teliti perlu dibuat memandangkan kluster tersebut merebak dengan sangat cepat berbanding sembilan kluster aktif yang lain.
“Yang kita lihat sekarang kluster PUI Sivagangga, kluster ini merebak dengan cepat dibandingkan sembilan kluster di Sarawak dan sebagainya.
“Kajian sedang dijalankan sama ada kita sedang menghadapi satu kluster iaitu Genom 614, iaitu kluster super spreader.
“Super spreader ini telah dimaklumkan kepada kementerian iaitu dari Mesir, dan juga Pakistan. Besar kemungkinan ini mungkin adalah satu kluster super spreader tetapi kita kena laksanakan ujian teliti,” katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.
Astro AWANI pada 28 Julai lepas melaporkan dua kluster baharu COVID-19 dikenal pasti di Kedah dan Sarawak membabitkan sembilan individu dikesan positif, setakat ini.
Menjelaskannya, Dr Noor Hisham berkata, kes indeks pertama bagi Kluster Sivagangga, India merupakan seorang pemastautin tetap yang pulang ke Malaysia dari India pada 13 Julai lalu (kes ke-8,937).
Begitupun katanya, saringan COVID-19 di pintu masuk negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didapati negatif dan individu itu telah diarah menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).
Namun individu itu tidak mematuhi syarat perintah itu dan kini di dalam tindakan pihak berkuasa.
Ridauddin Daud
Thu Aug 06 2020

Dr Noor Hisham bagaimanapun berkata, kajian teliti perlu dibuat memandangkan kluster tersebut merebak dengan sangat cepat berbanding sembilan kluster aktif yang lain.

Pujian Arab Saudi penghargaan sangat besar buat Malaysia - Idris
Pada musim haji tahun ini, Malaysia diiktiraf sebagai negara pertama yang memperoleh permit pengoperasian hospital di Arab Saudi.

Kadar jangka pendek diunjurkan stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM53.84 bilion dalam sistem konvensional dan RM33.48 bilion dalam dana Islam.

Meninggal dunia selepas persidangan PVATM
Allahyarham yang berehat di bilik hotel selepas selesai persidangan rebah selepas keluar dari tandas.

Banjir di Baling: Isytihar darurat bencana tahap i atau II - MB
Pengisytiharan itu amat penting bagi mempercepatkan operasi bantuan daripada agensi negeri dan Persekutuan.

ASEAN harus terus jadi gagasan yang dihormati, dipercayai - Ismail Sabri
Perdana Menteri berkata, ASEAN juga memerlukan kombinasi mekanisme-mekanisme berbentuk dua hala, pelbagai hala dan bahkan minilateral

Gaji rendah punca kekurangan pekerja di restoran
Ramai anak muda lepasan SPM, diploma dan ijazah menganggur, tetapi pada masa sama, banyak industri dilaporkan tidak cukup pekerja.

Ketidaktentuan politik dan ekonomi memerlukan dunia amalkan semangat 'Keluarga Dunia' - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, ekonomi dan politik dunia menghadapi pasca pandemik yang kompleks, selain persaingan antara kuasa besar dunia.

Polis tahan suspek tembakan rambang perarakan Hari Kemerdekaan AS
Polis mengesahkan penahanan seorang lelaki berusia 22 tahun, Robert E Crimo III, ketika dia cuba melarikan diri dalam sebuah kereta.

'Mak cik hanya ingat mati masa itu' - Warga emas cerita detik cemas berpaut pokok
Sebaik melihat air naik dengan cepat dan masuk ke dalam rumah, dia dan suami memanjat sebatang pokok rambutan berhampiran rumah mereka.

Remaja AS pancing ikan berwarna putih
Ia merupakan spesies terbesar di Amerika Utara dan pada kebiasaanya berwarna biru tidak kuat.

Kem Badminton Astro: Ketua jurulatih masih tercari-cari bakat luar biasa
Chew Choon Eng mengharapkan lebih ramai pemain berpotensi di kem pemilihan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai ini.

Vape perlu dimasukkan dalam pelaksanaan Generasi Penamat
Vape dicadang agar turut dimasukkan ke dalam pelaksanaan Generasi Penamat yang dicadangkan Kementerian Kesihatan Malaysia selain rokok.

Generasi Penamat Rokok: Rugi atau untung buat negara? Ikuti perbincangan Dialog Tiga Penjuru malam ini
Apakah pelaksanaan "Generasi Penamat" akan mendatangkan kerugian atau sebenarnya keuntungan kepada negara?

Forum demokrasi dan moraliti: Perbanyakkan forum dan perbincangan tentang kebebasan bersuara
Lebih banyak ruang perbincangan tersebut membolehkan masyarakat memahami apa erti kebebasan bersuara.

Inisiatif Pucuk Hijau: UMW sasar tanam 300,000 pokok bakau dalam dua tahun
Inisiatif Pucuk Hijau UMW merupakan satu inisiatif atau "road map" bagi mencapai sifar karbon menjelang 2050.

Menteri Luar Australia lawat Astro AWANI
Senator Penny Wong mengadakan kunjungan ke Astro AWANI sebagai tetamu khas dalam program Consider This.

Produk tenusu Summerfield, Didi & Friends promosi susu sebagai makanan sihat
Didi & Friends bersama produk tenusu, Summerfield akan mempromosikan susu sebagai makanan sihat kepada masyarakat terutamanya kepada kanak-kanak.

Bertolak 4.30 pagi ke Johor demi Kem Badminton Astro
Jurulatih Kem Badminton Astro berharap dapat membutirkan bintang untuk negara pada masa depan.

Astro ajak PKS sertai minggu POWER UP, peluang lonjak perniagaan dengan pantas
PKS akan dibimbing dengan trend dan pemahaman mengenai strategi pemasaran terkini daripada pakar-pakar dalam industri media.

Tonton 3 filem aksi Hollywood terbaik eksklusif di pawagam rumah anda
Sewa and strim filem-filem ini di Astro Best (Saluran 481) dan On Demand Store menerusi Ultra Box atau aplikasi Astro GO.