awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KLWBC 2020 lancar lagu tema nyanyian Ramli Sarip

Zainal Rashid Ahmad
Zainal Rashid Ahmad
29/04/2020
04:58 MYT
KLWBC 2020 lancar lagu tema nyanyian Ramli Sarip
Ramli Sarip menyiapkan rakaman lagu berentak pop dan funky raggae ini dengan lirik puitis bertemakan Kuala Lumpur sebagai kota ilmu dan buku. - Gambar fail
LAGU tema Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia (KLWBC) 2020 akan dilancarkan secara rasmi esok 30 April di semua platform media sosial KLWBC 2020.
Lagu komposer dan nyanyian Datuk Ramli Sarip akan memeriahkan lagi sambutan KLWBC 2020 yang dilancarkan secara rasmi melalui aplikasi media sosial pada 23 April lalu.
Peminat boleh mengakses Facebook Page KL Baca, Instagram rasmi @kualalumpurwbc dan Twitter @KualaLumpurWBC untuk menikmati klip teaser video ini sekarang.
Klip penuh lagu ini akan mula dimuat naik esok (30 April).
Kuala Lumpur dipilih Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Warisan PBB (UNESCO) sebagai Ibu Kota Buku dunia ke-20.
Ramli Sarip menyiapkan rakaman lagu berentak pop dan funky raggae ini dengan lirik puitis bertemakan Kuala Lumpur sebagai kota ilmu dan buku yang dipenuhi semangat KL Baca.
"Saya mahukan lagu tema yang genrenya muziknya memenuhi elemen pop dan bebas dari gaya lagu-lagu kempen biasa," katanya.
Melalui lagu berjudul Surat Cinta Kuala Lumpur, nuansa Ibu Kota Buku Dunia ke-20 diekspresikan dengan irama yang happening, energetik dan puitis.
"Itulah Kuala Lumpur. Maju, pantas tetapi personaliti kota dan warganya sangat halus dan berseni," katanya.
Tema ini, kata Ramli, sesuai dengan aspirasi KLWBC 2020 yang mahu menyantuni menyarakat melalui pembacaan.
Teaser klip video Surat Cinta Kuala Lumpur mula dilancarkan hari ini.
Klip 20 saat itu boleh diakses di semua media sosial KLWBC 2020.
Berikut lirik lagu tema KLWBC 2020 berjudul Surat Cinta Kuala Lumpur:
*Surat Cinta Kuala Lumpur*
Bacalah kekasih isi hatiku Kata demi kata antara buku ke buku Dengarlah kekasih suara hatiku Surat cinta Kuala Lumpur
Rantaian puisi indah Sebuah buku cinta Bacalah kata-kata syair rinduku Surat cinta Kuala Lumpur Bacalah
Dari Madrid ke Sharjah Aku berlari mengejarmu Buku buku dan syair rinduku Surat cinta Kuala Lumpur
Bacalah Bacalah Bacalah Antara buku ke buku Rantaian puisi indah Sebuah buku cinta
Bacalah kata-kata syair rinduku Surat cinta Kuala Lumpur Dari Madrid ke Sharjah Aku berlari mengejarmu Surat cinta Kuala Lumpur
(Komposer & Penyanyi Datuk Ramli Sarip)
Topic Berkaitan
#Datuk Ramli Sarip
#KLWBC 2020
#Kuala Lumpur
#Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia
#lagu tema
#Madrid
#Pertubuhan Pendidikan Sains dan Warisan PBB
#Sharjah
#Surat Cinta Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan