DATUK RAMLI SARIP tidak kedekut berbelanja wang yang banyak bagi mendapatkan buku-buku biografi muzik.
Walaupun artis sohor ini sudah 40 tahun berada dalam industri - wangnya dirasakan lebih berbaloi dibelanjakan untuk buku.
Soal fesyen - dia sentiasa simple. Lebih suka mengenakan pakaian bundle.
Apa pun, setiap kali bertemu, saya tetap akan mencuri pandang pada bajunya. Koleksinya nadir.
Sama ada t-shirt vintaj Led Zepelin, Queen, Earth Wind & Fire sampai ke Bob Marley.
T-shirt koleksi nadir akan meningkat harga tiap bulan dan tahun kerana status vintajnya.
Walaupun 20 atau 30 tahun dulu ketika dibeli, harganya sekitar RM50 hingga RM200.
Percayakah - ada antara koleksi t- shirt Ramli Sarip kini sudah mencapai harga melebihi RM1,000 sehelai.
Walaupun meremehkan soal pakaian, Ramli Sarip berasa lebih berbaloi berbelanja besar untuk mendapatkan buku idaman.
"Kalau buku, perasaan kita berbeza. Kita sanggup berbelanja mahal kerana nilai buku ialah ilmu," katanya.
Buku punya nilai sentimen kepada Ramli Sarip. Sesuatu yang dianggap lebih wajar dibayar harga mahal berbanding gaya hidup fizikal.
Apa dihairankan kalau sejak 2013, setiap kali mengitari Malaysia mengadakan persembahan, kenderaannya hanya Myvi.
Itu juga kereta yang digunakan ketika kami bertemu di sebuah restoran di Bangsar, Disember tahun lalu.
Ramli Sarip juga sentiasa berkasut kanvas dan jeans lusuh; identiti klasik sejak muncul bersama band Sweet Charity pada 1967.
Memulakan karier muziknya ketika berusia 15 tahun - Ramli Sarip mengakui buku biografi memiliki tarikan luar biasa.
"Ada masa saya beli buku online. Tempah buku lama yang dijual. Kalau buku Beatles atau Rolling Stones, harganya mencapai ribu-ribu," katanya.
Kami berbual lagi soal buku pada pertemuan Januari lalu, di Petaling Jaya. Sisi hidup Ramli Sarip jarang dikaitkan dengan buku.
Penyanyi, komposer dan penulis lirik ini jarang diajak berbual soal koleksi rak bacaannya.
"Buku biografi memberikan kita perasaan lain apabila membaca dan memilikinya. Ada umphhh untuk disimpan kerana isinya ialah falsafah seni dan pemikiran serta sejarah perjuangan hidup artisnya," kata Ramli Sarip.
Bagi peminat buku muzik, membaca biografi tidak mudah. Apa lagi buku-buku lagenda muzik yang muncul pada era 60-an dan 70-an.
Buku biografi seniman legenda seperti John Lennon (In his Own Write, The Life, Being John Lennon, A Spaniard in Works) memerlukan fokus dan tenaga tinggi untuk dihadam.
Begitu juga buku biografi Rolling Stones (The Rolling Stones 50, Let it Bleed), Bob Marley (A Brief History of Seven Killing, So Much Things To Say) dan Jimmy Hendrick (Starting At Zero, The Jimmy Hendrick Experience).
Semua judul buku biografi ini perlu dibaca dengan memahami sejarah latar zaman, agenda genre muzik serta falsafah perjuangan seninya.
Biografi muzikal era hippie dan woodstock beriring dengan gerakan kebangkitan kesedaran politik dalam muzik. Terutama kebangkitan seniman yang menentang amalan perang dan penghasilan bom nuklear.
Biografi woodstock mewakili zaman White House dan Pentagon berseteru hebat dengan artis rebel.
Malah, FBI dan CIA dikaitkan dalam usaha 'melupuskan' suara pemuzik yang membangkitkan gerakan anti White House dan Pentagon.
Tanpa memahami latar politik dunia dan sikap campur tangan ketenteraan AS di Korea dan Vietnam pada era Perang Dingin - kita tidak akan memahami muzik John Lennon, Jimmy Hendrick, Janis Joplin dan Chuck Berry.
Buku-buku biografi muzik era itu sangat berharga di pasaran. Pemuzik rebel zaman selepasnya, menjadikan biografi seniman hippie sebagai aspirasi.
Falsafah anti perang berubah menjadi perjuangan kemanusiaan dan nasionalisme baharu pada pemuzik intelek AS dekad 90-an.
Bono U2, Sting dan Bob Geldof berjuang menuntut keadilan terhadap akses makanan, kesihatan dan pendidikan di benua Afrika.
Bob Dylan dan Bruce Springteen bersuara tanpa henti menuntut terbentuknya AS yang lebih adil,bermaruah dan tidak menindas.
Selain kisah politik, buku-buku biografi artis hippie dan woodstock juga dicari kerana pembaca mahu mengetahui - komplikasi dan pengaruh buruk dadah yang memusnahkan ramai profil artis tersohor zaman itu.
Membaca biografi lebih komplikated. Kandungannya berasaskan fakta, sejarah dan falsafah.
Menonton filem biografi 'A Motorcycle Diari' lakonan Gael Garcia, arahan Walter Salles (2004) lebih mudah difahami.
Cabaran stamina lebih sukar berbanding membaca tulisan asal diari Che Ernesto Guevara (1928-1967).
Bagi pecinta buku - visual dalam filem kerapkali disenikan secara berlebihan untuk tujuan komersil dan demand dramatik.
Berbanding buku; teks asal yang lebih berpegang pada fakta sebenar.
Dalam kes biografi Che Guevara, proses membaca hasil catatan perjalanan masa mudanya (1952) lebih faktual berbanding menonton filemnya.
Filem ini diterbitkan 52 tahun selepas diarinya ditulis. A Motorcycle Diary - biografi rakaman pengembaraan Che Guevara bersama rakan graduan biokimia, Alberto Granaso.
Perjalanan merentas Latin yang melahirkan watak Che Guevara sebagai pemberontak anti kapitalis.
Perjalanan bohemian yang menjadikan penulisnya meninggalkan Argentina dan menyertai gerakan kiri pimpinan Fidel Castro di Cuba.
Itu magis buku biografi.
Bagi biografi muzik pula, terutama profil seni yang mewakili tiga dekad period Perang Dingin, bukunya penting kerana era itu bermulanya kebangkitan politik dalam muzik.
Biografi artis rebel era perang dingin mewakili suara penyanyi dan pemuzik yang berjuang menghalang meletusnya perang nuklear dan kolonialisme ekonomi.
Uniknya, mengapa Che Guevara popular seperti bintang retro?
Biografinya diminati kerana imejnya yang kasual. Che Guevara lebih dianggap seniman politik berbanding radikalis politik.
Biografi Che Guavera (cetakan pertama 1995) menjadi biografi simbol revolusi.
Malah, peminat dan pembaca memburunya kerana buku ini dicetak setelah 43 tahun ditulis.
Malah, selepas 28 tahun pencatatnya meninggal dunia. Anak muda generasi hippie memburu buku biografi Che Guevara apabila diterbitkan dalam bahasa Inggeris di AS.
Itu juga punca biografi A Motorcycle Diary diulang cetak dan mencapai jualan hampir tiga juta naskhah. Malah, buku audionya terjual lebih 300 ribu salinan dengaran.
Ada apa dengan buku
Apabila arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu - timbul kesedaran untuk mempromosi peranan buku.
Apa lagi dalam suasana 32 juta rakyat dibendung rasa bimbang akibat wabak Covid-19 yang sudah menjangkiti 400 ribu warga dunia. Lebih 15 ribu nyawa diragut wabak ini dalam tempoh empat bulan.
Eropah pula seperti sedang dilanda Wabak Hitam (1347-1351) yang mencatatkan sekitar 75 juta kematian di Euroasia.
Dunia sedang gemetar memikirkan sejarah pandemik 650 tahun lalu, kini berulang di Eropah.
Bezanya, kali ini wabak Covid-19 diimpot dari China.
Kita berusaha mengekalkan 'mod tenang' memastikan keadaan terkawal. Antara cara terbaik mengisi waktu terkurung - tentulah membaca.
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Institut Terjemahan & Buku Negara (ITBM) segera melancarkan kempen 'membaca'.
Selain kempen PNM yang melancarkan #dudukrumahbacabuku, ITBM melancarkan pakej jualan buku atas talian dengan harga promosi.
Semua kempen ini berkait rapat dengan mengisi waktu dan meluaskan minda dengan #dudukrumahbacabuku.
Memang buku besar pengaruhnya.
Berkongsi kesan bahan bacaan terhadap perkembangan diri ketika remaja, seniman sohor U-Wei HajiSaari menyatakan pengalamannya.
Anak Jerantut, Pahang ini memang penggila buku pelbagai genre. Jumlah koleksi buku peribadinya bertaraf perpustakaan.
"Kalau novel, aku terkesan dengan Catcher in the Rye karya JD Salinger, The Meramorphosis oleh Frank Kafka," kata U-Wei.
Horizon pembacaannya tidak seputar sekitar bahan sastera sahaja. U-Wei juga dipengaruhi buku filem dan fotografi.
"Masa muda, aku minat habis dengan buku Agee on Film oleh James Agee dan The Americans oleh Robert Frank," kata U-Wei.
Lima buku utama yang mengisi masa muda pengarah hebat ini tidak saja merangkumi sastera dan seni visual, U-Wei juga kagum pada buku sosiologi moden 'Covering Islam' karya Edward W Said.
Ada apa dengan buku?
U-Wei menjawab mudah: "Kerana medium aku filem. Filem adalah buku juga. Asalnya, aku suka buku dan majalah. Akhirnya, membaca membawa aku ke filem."
U-Wei lahir tahun 1954 dan mendapat pendidikan universiti di AS. Selama lima dekad membaca - minatnya pada buku kekal bugar.
Proses membacanya tidak pernah berhenti. Koleksi ribuan bukunya adalah bukti.
Ditanya bacaan mutakhir, U-Wei berkongsi lima judul buku yang baru dibacanya.
"Lima terakhir... aku baca Kansas City Lightning (the Rise and Times of Charlie Parker) oleh Stanley Crouch, buku Perang Muhammad oleh Dr Nizar Abazhah," katanya.
U-Wei turut menghabiskan waktu membaca Bad Blood (Secrets and Lies in a Silicon Valley Startup) karya John Carreyrou dan Monolog Kecil karya Sasterawan Negara, Datuk Baha Zain.
"Aku juga baca Vanity Fair's Tales of Hollywood diedit oleh Graydon Carter," katanya.
Kenapa U-Wei gila membaca?
"Membaca amat penting dalam jadual harian. Buku juga ubat tidur - iaitu membaca ketika mahu tidur," jelasnya.
Selera membaca U-Wei sangat melebar; dari topik fiksi, ilmiah, artistik hingga ke bacaan 'guilty pleasures' (bacaan ringgan dan seronok).
Apa ada dengan buku?
Tentulah banyak. Tidak hairanlah biografi hebat penulis ikut mempengaruhi kematangan pembacanya.
* Zainal Rashid Ahmad merupakan wartawan dan penulis sastera. Beliau telah banyak novel antaranya Hikayat Tanah Jauh (2015), kumpulan cerpen al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Empunya Hikayat (2014) dan lain-lain.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Zainal Rashid Ahmad
Fri Mar 27 2020
Biografi muzikal era hippie dan woodstock beriring dengan gerakan kebangkitan kesedaran politik dalam muzik.
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
AWANI Tonight: Batu Puteh RCI: PM dismisses persecution claims against Tun M
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim clarified that the Royal Commission of Inquiry on the Batu Puteh case was not to target Tun Dr. Mahathir Mohamad, noting that the special task force was formed under Datuk Seri Ismail Sabri's administration.
AWANI Tonight: Indonesia’s Prabowo mulls scrapping regional elections to cut costs
Indonesian President Prabowo Subianto suggests doing away with one of the country’s two nationwide elections to cut costs, resembling a model used during the country’s three-decade authoritarian rule.
AWANI Ringkas: Musa Aman bakal TYT Sabah baharu?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Kesahihan darurat: Rayuan Badan Peguam rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan ditolak
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Badan Peguam Malaysia untuk merujuk isu perlembagaan berhubung kesahihan pengisytiharan darurat pada 2020 kepada Mahkamah Persekutuan.
Proton jual 13,362 kereta pada Okt 2021, peningkatan 1.6% berbanding 2020
Pencapaian itu melangkaui prestasi jumlah jualan industri (TIV) bagi pasaran automotif tempatan, yang telah menurun sebanyak 4.7 peratus.
Tokyo 2020: Cabaran Azizulhasni dan Shah Firdaus berakhir dalam acara pecut
Bagaimanapun kayuhan emas sebenar 'The Pocket Rocketman" akan dinanti dalam acara kegemarannya iaitu keirin yang akan memulakan saingan pada Sabtu ini.
Hala tuju pasca SPM: 'Ikut minat, jangan ikut rakan'
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 disaran mengenal pasti minat dan kemampuan diri sebelum membuat pilihan pendidikan di peringkat tinggi.
Pelaksanaan mandat, adaptasi pendigitalan sumbang prestasi cemerlang SME Bank tahun 2020
Pelaksanaan mandat dan adaptasi pendigitalan sumbang prestasi cemerlang SME Bank tahun 2020.
TNB jangka raih pendapatan lebih baik tahun ini
Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangka mampu memperoleh pendapatan yang lebih baik pada tahun ini berbanding tahun lepas walaupun negara masih berdepan dengan situasi penularan pandemik COVID-19.
Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat
Azhar memberitahu teman-temannya berubah sikap dan menjadi "seolah-olah mereka bukan kawan" apabila beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Calon duduki SPM 2020 cipta sejarah tersendiri
Seramai 401,105 calon sekolah yang menduduki SPM 2020 cipta sejarah mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan.
Lebih 6 juta ujian saringan RT-PCR, RTK Antigen dilaksanakan - Dr Adham
Dr Adham Baba berkata daripada jumlah itu, sebanyak 3,332,554 merupakan ujian saringan RT-PCR yang dijalankan pada 2020.
2020 tahun paling buruk buat industri penerbangan, trafik global susut 75.6 peratus - IATA
Kapasiti tempat duduk setiap kilometer (ASK) turun 68.1 peratus dan faktor muatan jatuh 19.2 mata peratusan menjadi 62.8 peratus.