SASTERA belum bersuara mengenai krisis miskin bandar.
Isu nasional yang sejak empat tahun lagi menjadi kata kunci utama apabila kita bercakap mengenai naratif baharu krisis kemiskinan di Malaysia.
Isu miskin bandar Kuala Lumpur sudah lama kritikal.
Namun, tiada model penyelesaian konkrit pernah dilaksanakan sebagai pelan jangka panjang menangani isu ini.
Pada 5 Mac 2019, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri,membentangkan di Parlimen data terkini mengenai isu kemiskinan di negara ini.
Menurut ICU, sehingga 28 Februari 2019, terdapat 190,534 keluarga miskin di negara ini.
Berdasarkan taklimat pada Kaukus Parlimen pada 2018, angka 190,534 itu terbahagi kepada dua kelompok utama.
Pecahannya, 134,553 keluarga dikategori sebagai miskin dan 55,981 berstatus miskin tegar.
Secara demografi, 107,114 (56%) keluarga miskin berada di bandar dan 83,420 (42%) di luar bandar.
*Isu 26 ribu miskin tegar PPR
Terdapat 26 ribu isi rumah atau penyewa PPR yang diklasifikasikan sebagai miskin tegar.
Pada masa ini, DBKL menyediakan 46 ribu unit rumah sewa di 17 Projek PPR di Lima Zon Wilayah Persekutuan. Kadar sewa pula RM124 ringgit sebulan.
Data 26 ribu (57%) miskin tegar PPR disukat berdasarkan jumlah penghuni yang gagal membayar sewa antara 10 bulan hingga lapan tahun.
Secara keseluruhan semua penyewa ini mempunyai hutang tertunggak berjumlah RM58 juta.
*Melihat semula laporan UNICEF
Angka klasifikasi 57% isi rumah miskin tegar PPR ini turut diperkukuhkan lagi dengan pertindihan data yang diumumkan UNICEF pada Februari 2018.
Menurut kajian itu, 30% kanak-kanak PPR gagal mendapatkan akses nutrisi mencukupi.
Mudahnya, lebih 15,300 keluarga PPR gagal menyediakan makanan tiga kali sehari kepada anak-anak.
Kaji selidik UNICEF turut mendapati 22% kanak-kanak bawah umur 5 tahun mengalami pertumbuhan terbantut.
Manakala 15% mengalami masalah kurang berat badan. Kaji selidik UNICEF turut menyarankan tiga tindakan utama sebagai langkah melindungi krisisnutrisi kanak-kanak.
1. Menyediakan elaun penjagaan makanan kanak-kanak miskin.
2. Memastikan bayi mendapat susu ibu bagi tempoh minimum 6 bulan.
3. Mengkaji semula Angka Garis Kemiskinan (PLI) dengan menggunakan pelbagai petunjuktambahan termasuk tahap pemakanan kanak-kanak.
*Nasib 60 ribu miskin bandar gagal dapatkan rumah PPR
Kita ketiadaan data mengenai status kehidupan 60 ribu pemohon yang gagal mendapatkan rumah PPR.
Semua pemohon ini berpendapatan di bawah RM3 ribu sebulan tetapi gagal mendapatkan rumah PPR kerana keterbatasan unit sedia ada.
Persoalannya, dengan kadar minimum sewa rumah di Kuala Lumpur antara RM500 hingga RM600 sebulan, apakah impak ekonomi terhadap 60 ribu keluarga ini?
Sewa PPR pada masa ini hanya RM124 sebulan. Itu pun, 57% penyewa berhutang pada DBKLkerana tidak mampu menjelaskan tunggakan.
Bagi 60 ribu pemohon yang gagal, serta memiliki status ekonomi yang sama, pasti beban sewa komersil sangat menekan kewangan bulanan.
*Isu gelandangan dan miskin bandar satu krisis global
Menurut data Homeless World Group Foundation (HWGF), 100 juta manusia menjadi gelandangan di seluruh dunia. Ini data 2005. Manakala data 2015 mendedahkan, 1.6 bilion penduduk dunia tinggal di kediaman daif.
Di Amerika Syarikat (AS), terdapat 537,000 gelandangan. Lebih mengejutkan terdapat 18.5 juta pendudukan negara paling maju ini, ditakrifkan sebagai miskin tegar. Malah, kajian PBB turut menyenaraikan 40 juta daripada 327 juta penduduk AS berada di bawah garis kemiskinan.
Menurut data HWGF, Australia memiliki 116,427 gelandangan pada 2016. Angka ini meningkat 14% berbanding data 2011. Ertinya, purata peningkatan hampir 3% setahun.
Negara pendapatan tinggi dan kelihatan mewah seperti Hong Kong turut memiliki fakta mengejutkan.
Terdapat lebih 200 ribu penduduknya hidup tanpa memiliki kediaman sempurna. Berdasarkan populasi 7.5 juta, jumlah ini sangat mengejutkan bagi pulau yang dianggap ikon kewangan Asia.
Malah, kajian turut membuktikan wujud percanggahan angka antara rekod kerajaan dan data NGO. Pada 2007, data rasmi kerajaan Hong Kong mencatatkan 874 individu hidup sebagai gelandangan.
Sebaliknya, data aktivis menemukan angka lebih tinggi iaitu 1,614 orang. Lebih membimbangkan jumlah gelandangan di Hong Kong meningkat 14% antara 2016 ke 2017.
Di India, anggaran gelandangan mencapai 1.8 juta orang dengan 52% hidup melarat di kawasan urban.
Manakala 73 juta penduduk India gagal memiliki rumah dan tinggal di gubuk setinggan yang daif tanpa akses bekalan air bersih. (Rujuk suasana petempatan miskin dalam filem 'Slumdog Milionaire'.)
Manila paling menakutkan. Kota besar ini memiliki 3 juta gelandangan berbanding 14 juta penduduknya.
Secara total, HWGF merekodkan 4.5 juta daripada 107 juta penduduk Filipina hidup tanpa rumah.
*Negara Kpop paling telus
Korea Selatan paling telus dalam mengakui hakikat kemiskinan di negara itu.
Pada 2017, Seoul mendatakan lebih 11,000 penduduknya adalah gelandangan dengan 1,520 orang merempat di jalanan.
Lebih dinamik lagi, sekali pun berstatus negara pendapatan tinggi, Seoul memiliki 7.2 juta atau lebih 14% rakyatnya hidup di bawah garis kemiskinan.
Dari jumlah itu, 45% penduduk miskin ialah warga tua 65 tahun keatas.
England antara negara maju yang turut berdepan krisis gelandangan yang teruk.
Data 2017 menunjukkan 59,110 gelandangan hidup di jalanan kota-kota utama.
Angka itu meningkat 9% berbanding 2015. Berdasarkan bukti peningkatan 4.5% setahun, krisis gelandangan bukan isu yang mudah ditangani sekali pun di negara maju.
*Penulis merupakan wartawan dan penulis sastera. Beliau telah banyak novel antaranya Hikayat Tanah Jauh (2015), kumpulan cerpen al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Empunya Hikayat (2014) dan lain-lain.
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Zainal Rashid Ahmad
Mon Oct 05 2020
Menurut ICU, sehingga 28 Februari 2019, terdapat 190,534 keluarga miskin di negara ini. - Gambar fail/BERNAMA
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Isu papan tanda: Penguatkuasaan dilaksana untuk pastikan peraturan dipatuhi - Dr Zaliha
Tindakan penguatkuasaan terhadap papan tanda premis perniagaan yang tidak menepati undang-undang dibuat bukan atas desakan mana-mana pihak atau individu.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
Papan tanda: Tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
DBKL menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
DBKL potong bekalan air penduduk PA, PPR culas bayar sewa
DBKL akan melaksanakan operasi pemotongan bekalan air terhadap penyewa Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang culas membayar tunggakan sewa.
VMS, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai esok - Dr Zaliha
Langkah proaktif itu bagi memastikan rakyat dapat bersedia dan mengambil langkah awal kemungkinan berlaku bencana banjir kilat.
Sebahagian Jalan Masjid India terlibat insiden tanah jerlus dibuka semula
Kawasan ground zero berhampiran Wisma Melayu masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan yang dijangka selesai menjelang hujung Disember 2024.
DBKL kenal pasti lokasi, bantu golongan belia mula perniagaan
DBKL telah mengenal pasti beberapa lokasi berpotensi untuk membantu golongan belia memulakan perniagaan di sekitar ibu negara.
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL
RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan.
Cadangan bangunkan CUT perlu diteliti - Datuk Bandar KL
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya perlu mengkaji dengan mendalam mengenai teknologi itu secara menyeluruh.
Kepengerusian ASEAN: Kesiapsiagaan banjir kilat diberi keutamaan sepanjang masa - Dr Zaliha
Kesiapsiagaan menghadapi banjir, terutama banjir kilat di ibu negara, terus diberi keutamaan sepanjang masa khususnya selepas Malaysia mengambil alih Kepengerusian ASEAN daripada Laos.