KUALA LUMPUR: Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (CMCF) telah menambah baik Kod Kandungan, meliputi semakan piawaian dan amalan terbaik berkaitan kandungan elektronik khususnya berhubung pengiklanan serta implikasi lebih luas untuk pelbagai lapisan masyarakat.
CMCF dalam kenyataan semalam memaklumkan penambahbaikan itu melibatkan lapan isu utama iaitu hak kanak-kanak dalam pengiklanan; hak Orang Kurang Upaya (OKU), dan pelaporan beretika bagi kes bunuh diri.
Isu lain adalah menangani penyalahgunaan agama dalam iklan; larangan terhadap penyalahgunaan dalam talian dan keganasan berasaskan jantina; menangani kandungan palsu dan kesannya kepada masyarakat; memastikan pempengaruh dan e-dagang merujuk kepada garis panduan pengiklanan dan memastikan iklan dikenal pasti oleh pempengaruh dan ruang berbayar dalam berita.
Pengarah Eksekutif CMCF Mediha Mahmood dalam kenyataan berkenaan berkata kod yang diubah suai itu atau Kod Kandungan 2022, terhasil melalui maklum balas daripada orang ramai yang membantu CMCF untuk mengenal pasti beberapa isu baharu yang perlu diketengahkan.
"Ini termasuk keperluan untuk meningkatkan kebolehcapaian kandungan untuk OKU, mengekang penyalahgunaan agama dalam pengiklanan dan memastikan bahawa pempengaruh mematuhi piawaian yang sama seperti pengiklan yang lain," katanya.
Sementara itu Pengerusi CMCF Kenny Ong dalam kenyataan yang sama berkata Kod Kandungan baharu yang dikemas kini itu tepat pada masanya kerana semua pencipta kandungan mendapat manfaat besar daripada mengawal selia kendiri kandungan mereka berpandukan Kod Kandungan 2022 yang lebih komprehensif.
Kod Kandungan ditubuhkan pada 2004 dan merupakan satu set garis panduan menggariskan amalan terbaik dan piawaian etika untuk penciptaan dan penyusunan kandungan disediakan CMCF di bawah naungan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Dalam kenyataan sama, MCMC memuji inisiatif CMCF dalam melaksanakan peranannya sebagai organisasi kawal selia kendiri dan forum industri yang ditetapkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM98).
"Ini selaras dengan visi MCMC untuk mewujudkan industri yang berdaya saing, cekap dan lebih cenderung untuk mengamalkan kawal selia kendiri agar sentiasa berada di hadapan perubahan zaman.
"MCMC berharap terdapat kesedaran yang lebih tinggi tentang kawal selia kendiri melalui Kod Kandungan kerana ia juga digunakan sebagai rujukan untuk tafsiran kesalahan di bawah Seksyen 211 dan Seksyen 233 AKM98," menurut suruhanjaya itu.
AKM98 merujuk kepada kandungan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dan Kod Kandungan memberikan pemahaman lebih baik tentang maksud unsur-unsur ini.
Sebagai contoh di bawah Kod Kandungan 2022, perkongsian berita yang tidak bertanggungjawab dan tidak beretika berkaitan kes bunuh diri akan dianggap sebagai 'mengancam' kerana ia menimbulkan risiko penularan bunuh diri.
Kod Kandungan 2022 telah didaftarkan secara rasmi dan berkuat kuasa pada 9 Jun lepas dan boleh didapati di https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/registers/Content-Code-2022.pdf .
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 14 2022
Kod Kandungan 2022 itu terhasil melalui maklum balas daripada orang ramai yang membantu CMCF untuk mengenal pasti beberapa isu baharu yang perlu diketengahkan.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Kandungan Kebencian: CMCF gesa penggunaan media sosial yang bertanggungjawab
Lonjakan kandungan yang memudaratkan di platform media sosial merupakan masalah yang semakin membimbangkan.
CMCF bangunkan buku panduan pempengaruh
KUALA LUMPUR, 7 Feb -- Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) sedang membangunkan 'Buku Panduan Pempengaruh' dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk para pempengaruh dan pemimpin p
Pilih integriti: CMCF seru kempen pilihan raya yang bermaklumat, beretika
CMCF mengingatkan ahli politik supaya menghindari tipu muslihat atau permusuhan sepanjang musim pilihan raya.
Kod Kandungan ditambah baik libatkan lapan isu utama - CMCF
Ia melibatkan lapan isu utama iaitu hak kanak-kanak dalam pengiklanan, hak OKU dan pelaporan beretika bagi kes bunuh diri.
Mediha Mahmood dilantik Pengarah Eksekutif CMCF baharu
Bekas Ketua Perundangan AirAsia Digital, Mediha Mahmood dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) berkuat kuasa mulai 1 Feb lepas.