RONALD Koeman menyifatkan kemenangan 2-0 Barcelona ke atas Juventus dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di laman lawan itu awal pagi tadi sebagai aksi terbaik mereka musim ini.
Barca bangkit dengan bergaya selepas kekalahan kepada Real Madrid dalam perlawanan Classico hujung minggu lalu menerusi gol Ousmane Dembele dan jaringan penalti lewat permainan Lionel Messi untuk memperoleh dua kemenangan berturut-turut dalam saingan Kumpulan G itu.
Juve gagal merekodkan sebarang percubaan tepat ke kubu pasukan gergasi Catalan itu dan walaupun kagum dengan cara pasukannya mengungguli perlawanan berkenaan, Koeman berasakan mereka sepatutnya menamatkan perlawanan itu lebih awal.
"Ini adalah perlawanan terbaik kami musim ini," katanya kepada wartawan.
"Ia adalah kemenangan yang besar ke atas pasukan utama Eropah dan kami berupaya bermain dengan cara yang kami cuba terapkan.
"Saya mahu kami bermain dengan tiga pertahanan, menolak seorang pemain ke atas untuk memperoleh lebih penguasaan di bahagian tengah.
"Ia bermakna kami dapat mencipta banyak gol dan sejujurnya, saya fikir kami sepatutnya menamatkan perlawanan ini lebih awal.
"Saya amat berpuas hati dengan permainan kami, dengan keputusan dan terutamanya dengan perwatakan yang pasukan ini pamerkan," katanya.
Barca mendominasi perlawanan itu dengan melakukan lebih 227 hantaran berbanding Juve untuk menguasai 59 peratus permainan.
Sergi Roberto, yang melengkapkan 94.5 peratus daripada keseluruhan hantarannya, berkata prestasi itu telah menunjukkan standard sebenar yang sepatutnya dipamerkan mereka secara tekal.
"Kami mahu menjadi pasukan Barcelona yang mendominasi permainan, yang memiliki bola, yang bertahan dengan baik dan kami sedang menuju ke arah itu.
"Amat penting untuk memperoleh enam mata daripada dua perlawanan. Ia hanya kemenangan dua gol tetapi ia boleh menjadi lebih daripada itu.
"Sesetengah percubaan tidak berjaya tetapi secara keseluruhan, ia memuaskan.
"Perkara terpenting adalah untuk terus mencipta peluang seperti ini," katanya.
Astro Arena
Thu Oct 29 2020
Lionel Messi meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua bersama rakan sepasukan ketika perlawanan UCL kumpulan G antara Juventus dan FC Barcelona di Stadium Allianz, Turin, Itali, 28 Okt, 2020. REUTERS
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
LaLiga: Koeman setuju Messi kembali ke pangkuan Barcelona
Koeman sudah pasti tidak akan kembali ke Barca dalam waktu terdekat ini tetapi dia berharap Messi dapat pulang ke pangkuan kelab itu.
Sergi Barjuan ganti tempat Koeman selaku jurulatih sementara di Barcelona
Khabar angin bertiup kencang mendakwa Xavi sebagai calon pendahulu bagi menggantikan Koeman seawal-awalnya minggu depan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dipecat sebahagian daripada tugas - Ancelotti
Ronald Koeman disingkirkan Blaugrana berikutan permulaan musim yang mengecewakan.
Tewas lagi, Barcelona pecat Ronald Koeman
Ronald Koeman telah dipecat Barcelona selepas permulaan musim 2021-22 yang mengecewakan berterusan.
Kenderaan Koeman diserang penyokong selepas tewas kepada Real
Barca mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan itu dan berikrar untuk meningkatkan keselamatan bagi mengelakkan perkara tersebut berulang.
Ronald Koeman letak harapan tinggi Antoine Griezmann terajui Barcelona
Gergasi Catalan itu meratapi kehilangan penjaring terbanyak berkenaan apabila dia rasminya diumumkan sebagai bintang baru PSG secara percuma minggu ini.
Gandingan Depay-Griezmann buat Koeman teruja
Ronald Koeman gembira dengan gandingan Memphis Depay dan Antoine Griezmann semasa kemenangan Barcelona 3-0 ke atas Stuttgart semalam.
Menang baki lima perlawanan, kami mampu julang LaLiga - Koeman
Kekalahan yang tidak disangka-sangka itu bermakna pasukan bimbingannya menghuni tangga ketiga menuju baki lima perlawanan lagi, bermula dengan perjalanan sukar ke Valencia, awal pagi esok.
Seri dengan Cadiz lebih sadis berbanding tewas kepada PSG - Koeman
Kekalahan Barca 4-1 di laman sendiri kepada PSG dalam pusingan 16 UCL Rabu lalu diikuti keputusan seri 1-1 dengan Cadiz.