awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lawatan rasmi dua hari Modi ke Malaysia bermula Sabtu ini
Genggam PhD dari tirai besi: Malik bangkit tebus maruah diri
Sebanyak 618 kemudahan kesihatan berisiko ditutup di Somalia - WHO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurutera Jerman jadi pengguna kerusi roda pertama ke angkasa lepas

Astro Awani
Astro Awani
21/12/2025
00:00 MYT
Jurutera Jerman jadi pengguna kerusi roda pertama ke angkasa lepas
Jurutera ESA, Michaela "Michi" Benthaus, dibantu ke kerusi roda dari pintu kapsul roket Blue Origin New Shepard selepas mendarat di Van Horn, Texas. - Foto REUTERS
TEXAS: Seorang jurutera dari Jerman, Michaela Benthaus, mencipta sejarah apabila menjadi individu pertama yang menggunakan kerusi roda berjaya ke angkasa lepas, menerusi misi pelancaran syarikat angkasa milik Jeff Bezos, Blue Origin.
Benthaus, 33, yang mengalami lumpuh separa akibat kemalangan berbasikal tujuh tahun lalu, menyertai lima lagi penumpang dalam penerbangan suborbital kapsul New Shepard dari tapak pelancaran Blue Origin di Texas.
Dalam penerbangan selama kira-kira 10 minit itu, beliau meninggalkan kerusi rodanya dan menikmati pengalaman terapung dalam keadaan graviti sifar sambil menyaksikan pemandangan Bumi dari angkasa.
“Saya ketawa sepanjang perjalanan naik ke angkasa dan cuba berpusing terbalik. Ia pengalaman paling hebat,” kata Benthaus yang juga jurutera aeroangkasa dan mekatronik di Agensi Angkasa Eropah (ESA).
Penerbangan bersejarah ini turut disertai oleh Hans Koenigsmann, bekas eksekutif kanan SpaceX yang juga berasal dari Jerman.
Beliau membantu menaja penyertaan Benthaus dalam misi ini bersama Blue Origin.
Kapsul New Shepard yang digunakan telah diubah suai bagi memastikan aksesibiliti kepada penumpang kurang upaya.
Benthaus berharap pencapaiannya ini dapat membuka jalan kepada lebih ramai individu kurang upaya untuk terlibat dalam penerokaan angkasa dan pada masa sama meningkatkan kesedaran tentang keperluan aksesibiliti di Bumi.
“Saya tidak pernah menyangka penerbangan ke angkasa boleh menjadi satu pilihan sebenar buat saya. Dunia kita masih belum cukup inklusif,” katanya sebelum pelancaran.
Misi ini menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha menjadikan angkasa lepas lebih inklusif, dan memperluas peluang kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira keupayaan fizikal.
Topic Berkaitan
#Michaela Benthaus
#Blue Origin
#Jeff Bezos
#Angkasa Lepas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan