awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[KOLUMNIS] Kesihatan bangunan: Pemeriksaan ‘check-up’ elak tragedi runtuhan

Prof Sr Ts Dr Adi Irfan Che Ani
Prof Sr Ts Dr Adi Irfan Che Ani
01/08/2025
02:40 MYT
[KOLUMNIS] Kesihatan bangunan: Pemeriksaan ‘check-up’ elak tragedi runtuhan
Penilaian aset bangunan seperti BCA bertujuan memastikan keseluruhan keadaan bangunan sentiasa berada pada tahap selamat dan mematuhi piawaian. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Dalam tempoh beberapa tahun ini, negara digemparkan dengan kes-kes bangunan runtuh, struktur retak serius dan tragedi keruntuhan bumbung yang menjejaskan keselamatan awam serta ekonomi. Lebih membimbangkan, sebahagian besar kejadian ini berpunca daripada kegagalan mengesan “penyakit tersembunyi” pada bangunan lebih awal.
Sama seperti tubuh manusia yang memerlukan pemeriksaan kesihatan berkala (health check-up) bagi mengesan penyakit kronik sebelum terlambat, bangunan juga memerlukan pemeriksaan kesihatan berkala yang sistematik atau lebih dikenali sebagai Building Condition Assessment (BCA).
Menurut Garis Panduan Perbendaharaan Malaysia (PB 1.3), penilaian aset bangunan seperti BCA bertujuan memastikan keseluruhan keadaan bangunan sentiasa berada pada tahap selamat dan mematuhi piawaian. BCA bukan sekadar memeriksa retakan dinding atau kebocoran bumbung, tetapi meliputi pemeriksaan struktur, mekanikal, elektrik dan sistem kritikal bangunan secara menyeluruh.
Bangunan juga perlukan rekod kesihatan
Menariknya, pendekatan moden dalam pengurusan aset kini banyak mengambil inspirasi daripada sistem kesihatan manusia. Sebuah kajian oleh Chang et al. (2007) dalam jurnal Journal of Architectural Engineering memperkenalkan konsep ‘rekod perubatan bangunan’ (Building Medical Record - BMR) yang berfungsi seperti rekod perubatan pesakit.
Melalui BMR, sejarah rawatan bangunan termasuk rekod rekabentuk asal, bahan binaan digunakan, insiden kerosakan lampau, serta laporan-laporan ujian struktur akan direkodkan. Dengan rekod ini, pasukan teknikal boleh mengenalpasti punca “penyakit” pada bangunan dengan lebih tepat dan mengesyorkan rawatan penyelenggaraan atau pengukuhan sebelum kerosakan menjadi parah.
Prosedur BCA elak kos tinggi & risiko maut
Mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Pekeliling Perbendaharaan, proses bermula dengan penentuan keperluan penilaian aset oleh agensi berkaitan. Pasukan pemeriksa bangunan (PPB) yang dilantik akan melaksanakan BCA secara komprehensif. Jika ada petunjuk kerosakan serius, pemeriksaan forensik atau pakar akan dijalankan untuk menyediakan laporan teknikal terperinci.
Hasil laporan ini membolehkan agensi mengemukakan cadangan bajet pembaikan kepada Kementerian Kewangan atau Kementerian Ekonomi. Dengan langkah ini, negara bukan sahaja dapat menjimatkan kos jangka panjang melalui pencegahan kerosakan besar, malah lebih penting, menyelamatkan nyawa.
Bangunan strategik wajar diberi keutamaan
Bangunan kerajaan, hospital, sekolah, lapangan terbang serta pusat pentadbiran adalah aset strategik negara. Pemeriksaan kesihatan berkala (BCA) ini perlu dipandang serius agar tidak berlaku tragedi yang mengakibatkan operasi pentadbiran dan perkhidmatan rakyat terhenti.
Sebagaimana kesihatan kita tidak boleh dikompromi, kesihatan bangunan juga tidak boleh diabaikan. Setiap agensi pemilik aset perlu memastikan prosedur BCA dilaksanakan mengikut garis panduan ditetapkan. Justeru, rakyat diharap menyokong usaha ini sebagai pelaburan keselamatan masa depan negara.

* Prof. Sr Ts. Dr. Adi Irfan Che Ani merupakan Pro Naib Canselor (Penjanaan & Prasarana) Universiti Kebangsaan Malaysia ** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Topic Berkaitan
#pemeriksaan kesihatan
#bangunan
#BCA
#bangunan runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan