POLEMIK Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 muncul kembali kini untuk menguji Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15, walaupun AUKU pernah dipinda di Parlimen pada tahun 1975, 1983, 1996, 2009, 2012 dan terakhir 2019.
Hampir semua desakan dan rayuan terhadap AUKU telah dipenuhi melalui pindaan berkenaan termasuk pemansuhan Seksyen 15(2)(c) dengan membenarkan pelajar IPTA melibatkan diri dalam politik kepartian di dalam dan luar kampus, waima bertanding dalam pilihan raya.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika menggulung Perbahasan Titah Diraja pada 22 Februari lalu turut memberi jaminan ruang kebebasan diberikan kepada para pelajar khususnya berkaitan hal-hal politik kepartian.
Sesungguhnya, semua menteri kini bertingkah laku dan komited dalam kerangka Kerajaan Perpaduan dan semua mahasiswa tidak perlu lagi merasa takut untuk menyuarakan sesuatu selagi tidak bercanggah dengan rasional dan undang-undang negara.
Hampir semua IPTA kini akur dan mematuhi pesanan Menteri Pengajian Tinggi untuk memberikan lebih ruang kebebasan kepada mahasiswa, untuk menjadikan mahasiswa lebih kreatif dan kritis minda mereka.
Justeru, perlukah AUKU dimansuhkan terus atau hanya perlu pindaan lagi yang ada saki baki menyekat kebebasan warga universiti untuk lebih bebas?
Sekali pandang memanglah nampak menarik cara hidup anarki yang tidak lagi berdasarkan sebarang undang-undang dalam berkerajaan, tetapi tidak ada negara bertamadun hari ini yang tidak menetapkan peraturan untuk kesejahteraan orang lain. Dalam sebuah keluarga kecil pun, ada peraturan dan undang-undang walaupun tidak secara bertulis untuk menjamin kesejahteraan keluarga berkenaan.
Tindakan tatatertib terhadap pelajar yang curang dalam akademik, sebagai contohnya, bersumberkan semangat yang ada dalam AUKU dan diperincikan dalam peraturan di setiap universiti. Adakah pelajar mahukan kebebasan untuk tidak dikenakan tindakan jika melakukan perkara-perkara yang salah dari segi akademik?
Tidak cukup pindaan dan pemansuhan beberapa seksyen dalam akta berkenaan, kini desakan dibuat untuk dimansuhkan terus AUKU dalam perbendaharaan akta di negara ini, kerana AUKU dikatakan telah menjadi igauan menganggu kebebasan mahasiswa.
Apakah cerita AUKU juga muncul untuk terus menakut-nakutkan mahasiswa betapa akta itulah yang telah berjaya mengongkong mereka untuk muncul sebagai pemimpin ideal untuk rakyat Malaysia?
Jika benarlah nama AUKU itu sendiri yang menjadikan ia sebagai igauan, bukan isi kandungannya, maka bolehlah pihak yang anti AUKU bersetuju sekiranya mengubah nama berkenaan kepada nama lain seperti Akta Pemerkasaan Universiti. Akan tetapi, adakah perubahan jenis lipstik yang dikehendaki, bukan kepada isinya.
Ini kerana AUKU bukan hanya mengenai mahasiswa tetapi merangkumi aspek lain termasuklah pentadbiran universiti secara umum termasuklah cara pengurusan hal ehwal kewangan universiti. Dengan peruntukan sebanyak 27 seksyen dan dua jadual, ia dibahagikan kepada tujuh bahagian iaitu Permulaan, Pelajaran Tinggi, Pentadbiran, Universiti, Kolej Universiti, Daftar dan Pengkalan Data dan Am. Diperuntukkan dua seksyen secara khusus mengenai mahasiswa iaitu Seksyen 15 dan 16 termasuk Perkara 48 Jadual Pertama yang menyebut aspek Majlis Perwakilan Pelajar.
Semantara itu segala hal ehwal berkaitan tatatertib pelajar dinyatakan secara jelas dalam Seksyen 15(a), 15(b), 15(d) dan Seksyen 16. Hanya empat seksyen berkaitan tatatertib pelajar dari 27 seksyen yang ada dalam AUKU.
BACA: Tidak perlu mansuh AUKU, memadai dipinda - Mahasiswa
BACA: KPT pertimbang penubuhan cawangan parti politik di kampus - Khaled Nordin
Eloknya juga mengkritik AUKU mengemukakan seksyen manakah dalam AUKU 1971 (Pindaan 2019) yang tidak lagi relevan justeru perlu dimansuhkan atau semua yang ada dalam AUKU perlu dimansuhkan.
Tidaklah dinafikan akta berkenaan pernah satu ketika menjadi alat untuk mendisiplin pelajar yang terlalu berpolitik sehingga melupakan diri untuk menekuni pelajaran sehingga berjaya mendapatkan ijazah kerana keperluan negara terhadap graduan Malaysia, pada waktu itu.
Melalui pemansuhan Seksyen 15(2)(C) dengan membenarkan pelajar IPTA melibatkan diri dalam politik kepartian di dalam dan luar kampus, waima bertanding dalam pilihan raya, sepatutnya semua faham AUKU 1971 tidak lagi mengehadkan kebebasan pelajar untuk bersuara dan tidak lagi menjadi penghalang bagi pelajar menyertai mana-mana parti politik peringkat nasional.
Mengkritik hingga memasuki ruang fitnah mestilah tidak boleh dibudayakan dalam masyarakat Malaysia, tetapi mengkritik berdasarkan fakta tidaklah menjadi kesalahan. Malah, ruang internet dan media sosial kini memberi nafas kebebasan yang tidak sedikit kepada semua orang termasuklah warga IPTA dan IPTS.
Untuk sebahagian mahasiswa, AUKU menjadi kambing hitam untuk dipersalahkan atas kekurangan diri atau kelemahan diri dan sebahagian besar mahasiswa tidak berminat mengambil tahu pun AUKU.
Dapatan tinjauan oleh Norshamliza Chamhuri pada tahun 2019 menunjukkan bahawa sebanyak 62 peratus daripada 100 orang responden tidak mengetahui kewujudan AUKU 1971. Tambahan pula, hanya 55 peratus mahasiswa dapat memberikan jawapan yang tepat tentang singkatan AUKU 1971. Hal ini menunjukkan tahap pengetahuan yang rendah tentang AUKU, terutamanya di kalangan mahasiswa.
Bagi pihak yang menyokong AUKU, ia masih relevan dan perlu dikekalkan sebagai garis panduan untuk memperkasakan mahasiswa itu sendiri.
AUKU diibaratkan sebagai garisan tepi padang bola sepak untuk para pemain bermain dalam kawasan permainan. Tanpa garisan tersebut, pemain tidak ada pedoman mengenai kawasan permainan.
Batas yang ditetapkan oleh AUKU bukan hanya mengehadkan seorang mahasiswa institusi pengajian tinggi tetapi juga mengehadkan kebebasan Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor untuk melakukan sesuatu secara sewenang-wenangnya.
Jika dilihat kepada niat dan semangat AUKU, tidaklah akta itu menjadi igauan untuk menakut-nakutkan sesiapa, bahkan memandu seseorang warga universiti untuk menjadi warganegara yang suci hati dan mampu menyumbang kepada kebaikan negara. AUKU juga sebenarnya menjadi punca kuasa dan pelindung kepada kualiti pengajian tinggi di Malaysia.
* Prof Dr Mohd Fo’ad Sakdan ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Prof Dr Mohd Foad Sakdan
Sat Mar 04 2023
Untuk sebahagian mahasiswa, AUKU menjadi kambing hitam untuk dipersalahkan atas kekurangan diri atau kelemahan diri dan sebahagian besar mahasiswa tidak berminat mengambil tahu pun AUKU. - Gambar hiasan/BERNAMA
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Kecederaan otak akibat tanduk bola risiko pemain bola sepak hidap demensia - Kajian
Tiada bukti risiko pemain bola sepak hidap demensia dikaitkan dengan gaya hidup mereka.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Piala AMEC: Hannah Yeoh titip pesanan buat Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan memahami transisi yang berlaku dalam Harimau Malaya, namun, beliau optimis sekiranya skuad fokus, mereka boleh melaksanakannya.
EPL: Manchester City tamat kemarau kemenangan atasi Nottingham Forest
Jaringan Bernando Silva, Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku menoktahkan rekod buruk City untuk kembali memperbaiki kedudukan dalam kelompok empat teratas.
Tiada istilah skuad kedua Harimau Malaya - Dollah Salleh
Dollah Salleh percaya tiada istilah skuad pertama mahupun kedua membabitkan pasukan kebangsaan itu yang bakal menggalas tugas negara pada saingan Piala ASEAN 2024 bermula Ahad ini.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.