awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Portfolio sukuk jangka pendek IILM catat paras tertinggi baharu US$6.2 bilion

Bernama
Bernama
04/11/2025
20:30 MYT
Portfolio sukuk jangka pendek IILM catat paras tertinggi baharu US$6.2 bilion
Transaksi ini menandakan lelongan Sukuk IILM yang ke-19 setakat tahun ini, sekali gus menjadikan jumlah terbitannya pada 2025 mencecah US$20.2 bilion merentas 60 siri sukuk dengan pelbagai tempoh matang. - Gambar IILM
KUALA LUMPUR: Portfolio Sukuk jangka pendek tertunggak Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) mencapai paras rekod baharu sebanyak US$6.2 bilion (US$1=RM4.20).
Dalam satu kenyataan pada Selasa, penerbit instrumen pengurusan mudah tunai jangka pendek patuh syariah terkemuka di dunia itu berkata pencapaian itu susulan kejayaan penerbitan dan penerbitan semula agregat sukuk jangka pendek US$1.43 bilion merentas tempoh satu, tiga, enam dan dua belas bulan, menjadikannya lelongan terbesar yang dijalankan oleh IILM setakat tahun ini.
Keempat-empat siri sukuk itu telah ditetapkan harganya secara kompetitif pada 4.15 peratus untuk US$590 juta (tempoh satu bulan); 4.08 peratus bagi US$490 juta (tiga bulan); 4.25 peratus untuk US$280 juta (enam bulan); dan 4.10 peratus bagi US$75 juta (12 bulan).
Transaksi ini menandakan lelongan Sukuk IILM yang ke-19 setakat tahun ini, sekali gus menjadikan jumlah terbitannya pada 2025 mencecah US$20.2 bilion merentas 60 siri sukuk dengan pelbagai tempoh matang.
Ketua Pegawai Eksekutif IILM Mohamad Safri Shahul Hamid berkata transaksi ini merupakan satu pencapaian penting untuk IILM, bukan sahaja sebagai penerbit bulanan tunggal terbesar setakat tahun ini, tetapi juga sebagai bukti jelas keyakinan berterusan pelabur terhadap platform IILM.
"Dalam keadaan persekitaran kadar global yang dinamik, kami terus memperdalam dan mempelbagaikan tawaran sukuk jangka pendek kami, terutamanya dengan kejayaan memasukkan aset jangka pendek baharu bernilai US$150 juta.
"Pencapaian ini meningkatkan jumlah asas aset kami ke paras tertinggi sepanjang masa iaitu US$6.2 bilion, sekali gus menekankan momentum kukuh dalam meningkatkan mudah tunai pasaran, meluaskan penyertaan pelabur dan memperkukuh daya tahan ekosistem kewangan Islam," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IILM
#sukuk jangka pendek
#ekosistem kewangan Islam
#penerbitan patuh syariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan