awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Mahkamah Persekutuan benar ikat jamin dua tahanan SOSMA
MALAYSIA
Sukan SEA 2025: Persatuan sukan disaran selesaikan segera isu dalaman
MALAYSIA
Anwar adakan lawatan rasmi pertama ke Perancis mulai 3 Julai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

[KOLUMNIS] Perlunya undang-undang pembiayaan politik

Amerul Muner Mohammad
Amerul Muner Mohammad
03/07/2025
02:00 MYT
[KOLUMNIS] Perlunya undang-undang pembiayaan politik
Baru-baru ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Sadiq dibebaskan dari tuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram berhubung dengan pengurusan dana politik semasa beliau memimpin sayap pemuda Bersatu.
KEBEBASAN bercakap, berhimpun dan berpersatuan di Malaysia dijamin di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Walau bagaimanapun, kebebasan tersebut adalah tertakluk kepada undang-undang khusus bagi memastikan keharmonian dan keselamatan negara.
Anggota masyarakat bebas untuk menubuhkan persatuan-persatuan bagi memperjuangkan sesuatu agenda atau mempromosikan perkara-perkara yang berfaedah kepada rakyat.
Segala aktiviti persatuan atau pertubuhan adalah tertakluk kepada Akta Pertubuhan 1966 dan lain-lain peraturan yang berkaitan.
Parti politik di Malaysia adalah pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan dan tertakluk sepenuhnya dengan peruntukan-peruntukan di dalam akta tersebut dan lain-lain peraturan yang terbabit.
Sebagai badan yang membawa madah dan fahaman politik dengan tujuan utama untuk menjadi pemerintah negara, parti politik akan menjalankan pelbagai aktviti bagi mengejar undi di dalam pilihan raya.
Setiap kegiatan politik memerlukan dana. Sumber dan pengurusan dana politik sering menjadi isu yang dikaitkan dengan rasuah, pecah amanah dan lain-lain elemen jenayah.
Baru-baru ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Sadiq dibebaskan dari tuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram berhubung dengan pengurusan dana politik semasa beliau memimpin sayap pemuda Bersatu.
Antara alasan penghakiman Mahkamah Rayuan adalah wang yang dibelanjakan oleh Syed Sadiq adalah bagi tujuan politik dan bukannya bagi kepentingan diri, walaupun wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun persendirian beliau.
Skandal 1MDB juga berkait rapat dengan pembiayaan politik di mana mantan Perdana Menteri mendakwa bahawa wang yang diterima oleh beliau adalah sumbangan dari pemerintah negara asing untuk digunakan bagi tujuan politik.
Banyak lagi contoh kes mahkamah yang berhubung kait dengan dana politik. Hampir kesemua tuduhan adalah di bawah Kanun Keseksaan, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.
Satu perkara yang jelas di dalam kes-kes terdahulu adalah Malaysia tidak mempunyai undang-undang khusus bagi mengawal selia perkara-perkara berkaitan derma dan perbelanjaan politik.
Akta Pertubuhan mewajibkan parti-parti politik untuk mengemukakan laporan tahunan termasuk kewangan. Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 pula menetapkan bahawa perbelanjaan bagi calon dan ejen dalam pilihan raya dihadkan kepada RM100,000 untuk calon Dewan Undangan Negeri dan RM200,000 untuk calon Dewan Rakyat.
Laporan perbelanjaan harus dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa 31 hari selepas keputusan pilihan raya diwartakan.
Kegagalan untuk mengemukakan laporan kewangan akan menghalang seseorang calon itu untuk bertanding di dalam pilihan raya di masa hadapan.
Keberkesanan peruntukan undang-undang ini untuk mengawal perbelanjaan kempen pilihan raya kerap dipertikaikan.
Perbelanjaan oleh parti politik dan penyokong tidak diambil kira dan calon juga tidak perlu untuk mengisytiharkan kutipan derma semasa ceramah.
Ramai pemerhati pilihan raya memberi anggaran bahawa perbelanjaan sebenar oleh calon-calon adalah jauh lebih tinggi dari had yang dibenarkan.
Banyak negara yang mewujudkan undang-undang khusus berkaitan pembiayaan politik bagi memastikan derma dan perbelanjaan bagi tujuan politik dinyatakan dengan jelas supaya salah guna wang atas nama politik dan aktiviti menggunakan platform politik sebagai alat penggubahan wang haram dapat dibendung.
Undang-undang pembiayaan politik bukanlah bertujuan untuk menghalang derma dan penggunaan wang dalam politik tetapi bagi memastikan segala urusan kewangan dibuat dengan penuh ketelusan dan masyarakat umum dapat menilai tahap integriti ahli dan parti politik yang memimpin negara.
Di negara Jerman, parti-parti politik layak mendapat bantuan kewangan dari kerajaan mengikut formula yang ditetapkan di dalam undang-undang negara tersebut. Ini adalah salah satu kaedah di mana urusan kewangan parti dapat diakses oleh masyarakat.
Singapura juga mempunyai undang-undang berkaitan pengurusan kewangan politik yang ketat bagi memastikan tiada elemen rasuah atau jenayah di dalam pentas politik di negara tersebut.
Segala urusan kewangan bagi ahli dan parti politik di Australia, Kanada, United Kingdom dan New Zealand juga dikawal rapi melalui undang-undang pembiayaan politik.
Perkara utama dalam pembiayaan politik adalah nilai integriti yang diamalkan oleh masyarakat.
Ramai ahli politik di negara asing akan meletak jawatan apabila dikaitkan dengan salah laku kewangan.
Pengundi juga akan menolak ahli dan parti politik yang dikaitkan dengan rasuah atau salah guna kuasa atau kewangan bagi tujuan politik.
Rakyat Malaysia juga harus meletakkan tahap integriti dan governan yang tinggi ke atas ahli dan parti politik.
Undang-undang tidak akan berkesan sekiranya rakyat terus memilih pemimpin yang yang bergelumang dengan isu-isu rasuah dan salahguna kewangan.
Sudah tiba masanya bagi kerajaan memperkenalkan undang-undang untuk mengawal selia perbelanjaan dan derma politik sebagaimana yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (2016).
Walaupun pahit bagi ahli politik, undang-undang ini boleh membersihkan platfom politik dari elemen-elemen negatif dan memberi kepercayaan yang lebih tinggi terhadap sistem demokrasi di negara ini.

* Amerul Muner Mohammad ialah Pengarah Projek di Pusat Kajian MADANI.
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Topic Berkaitan
#Kolumnis AWANI
#dana politik
#Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram
#Perlembagaan Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami