awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LKIM galak persatuan nelayan terlibat aktif dalam akuakultur
MMA gesa Parlimen beri tumpuan kepada peningkatan kos penjagaan kesihatan
Rakyat Malaysia disaran buat persediaan rapi bercuti ke Hat Yai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ICC tangguh pendengaran pertuduhan terhadap Duterte

Bernama
Bernama
08/09/2025
22:15 MYT
ICC tangguh pendengaran pertuduhan terhadap Duterte
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menangguhkan permulaan prosiding pengesahan tuduhan terhadap bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, yang pada asalnya dijadualkan berlangsung akhir bulan ini. - Gambar fail Reuters
MANILA: Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menangguhkan permulaan prosiding pengesahan tuduhan terhadap bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, yang pada asalnya dijadualkan berlangsung akhir bulan ini.
Menurut Agensi Berita Filipina (PNA), penangguhan itu susulan permintaan pasukan pembelaan yang berhujah bahawa Duterte, 80, tidak sihat untuk dibicarakan.
Dalam keputusan yang dikeluarkan pada Isnin, Kamar Praperbicaraan 1 -- Hakim Maria del Socorro Flores Liera menyatakan tidak bersetuju -- memutuskan untuk menangguhkan prosiding yang sepatutnya bermula pada 23 Sept.
Majoriti hakim bersetuju bahawa penangguhan terhad diperlukan bagi memberi masa untuk memutuskan permintaan pasukan pembelaan serta perkara berkaitan.
Tarikh baharu perbicaraan akan ditetapkan selepas isu itu diselesaikan.
Flores Liera dalam pendapat berbezanya berkata, permintaan itu sepatutnya ditolak dan prosiding pengesahan tuduhan diteruskan seperti yang dijadualkan.
Prosiding pengesahan tuduhan adalah langkah penting dalam perbicaraan ICC, bertujuan menentukan sama ada terdapat bukti mencukupi untuk mewujudkan asas kukuh bahawa tertuduh melakukan jenayah yang didakwa.
Jika tuduhan disahkan, kes itu akan dibawa ke Kamar Perbicaraan untuk fasa perbicaraan seterusnya.
ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Duterte pada 7 Mac 2025 atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan termasuk membunuh, menyeksa dan merogol, yang didakwa dilakukan di Filipina antara 1 Nov 2011 hingga 16 Mac 2019.
Duterte ditangkap pihak berkuasa Filipina dan menyerah diri kepada ICC pada 12 Mac 2025.
Beliau membuat penampilan awal di hadapan ICC melalui pautan video pada 14 Mac 2025 seperti yang dibenarkan mahkamah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Jenayah Antarabangsa
#Rodrigo Duterte
#tuduhan jenayah
#bekas presiden filipina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan