MELIHAT kepada surat sokongan anggota Suruhanjaya Pencegahah Rasuah (SPRM) kepada bos mereka, maka pada pendapat saya, demi keadilan dan ketelusan pentadbiran negara ini, saya ingin mencadangkan seluruh kepimpinan SPRM disemak semula dan sebolehnya dirombak.
Bagaimana mungkin mereka boleh membuat keputusan awal bahawa bos mereka menjadi mangsa politik padahal siasatan belum dibuat dan cara beliau menafikan sebelum ini juga tidak masuk akal.
Mereka sepatutnya bersuara tegas bahawa "demi menjaga maruah SPRM, kami menuntut satu siasatan adil dan telus dijalankan." Itu sahaja, tanpa memberikan pembelaan awal dalam hal yang majoriti mempertikaikannya.
Malang sekali jika badan tertinggi yang diamanahkan oleh negara untuk menghapuskan rasuah bersuara dengan tidak profesional dan janggal dalam isu rasuah yang menjadi tugasan utama dan pertama mereka.
Kenyataan bos mereka bahawa akaunnya digunakan oleh adiknya jelas sangat ganjil dan pelik.
SPRM sepatutnya pihak yang paling sensitif. Mereka yang sepatutnya tegas membuat kenyataan bahawa hal ini wajib disiasat sehabis habisnya.
Justeru, menjadi kewajipan semua yang berakal dalam negara ini bangkit menentang rasuah dalam negara ini.
Menentang rasuah adalah kewajipan agama yang besar. Para agamawan wajar bangkit menentang hal ini melebihi kesibukan mereka membincangkan isu dosa-dosa peribadi individu yang berlaku antara seseorang dengan tuhannya.
Dosa rasuah membabitkan dosa seseorang dengan Allah dan manusia. Minum arak contohnya, memang haram dan salah.
Namun, dalam banyak keadaan ia antara individu dengan tuhannya. Taubat boleh dilakukan antara dia
sendirian dengan Allah.
Namun rasuah adalah dosa yang menjahanamkan negara, membawa ketidakadilan dan penindasan ke atas orang lain.
Kita wajib bangkit dan tentang bersama. Taubat rasuah ialah dengan memohon keampunan Allah dan kemaafan awam.
Negara ini jika gagal tangani isu ini bererti kita di tahap korupsi yang sangat tenat.
* Prof Madya Datuk Mohd Asri Zainul Abidin ialah Mufti negeri Perlis.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Mohd Asri Zainul Abidin
Sun Jan 09 2022
![[KOLUMNIS] Rasuah, dosa yang menjahanamkan negara [KOLUMNIS] Rasuah, dosa yang menjahanamkan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641429756_SPRM.jpg)
SPRM sepatutnya pihak yang paling sensitif. Mereka yang sepatutnya tegas membuat kenyataan bahawa hal ini wajib disiasat sehabis habisnya.

COVID-19 | Unit perubatan tentera dikerah serata Pyongyang
Pasukan perubatan ketenteraan Korea Utara dikerah ke serata Pyongyang dalam menangani penularan COVID-19 yang semakin memburuk. Langkah ini menyusul selepas arahan yang dibuat Presidennya, Kim Jong Un yang mengerah anggota tenteranya, selepas ibu negara itu mencatatkan jumlah COVID-19 yang tinggi sejak minggu lalu.

COVID-19 Shanghai | Selepas 6 minggu, penduduk dibenar keluar rumah
Kebanyakan penduduk di bandar Shanghai mula menikmati kelonggaran untuk keluar dari kediaman masing-masing ketika hab kewangan China itu melonggarkan sekatan secara beransur-ansur. Satu rakaman video dikongsikan media tempatan menunjukkan, salah sebuah kejiranan mula memperlihatkan orang ramai berjalan di sekitar kawasan kediaman selepas lebih enam minggu menjalani perintah berkurung.

Bantuan RM200 kepada pesawah untuk enam bulan sementara tunggu hasil tuaian - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju memberi bantuan bulanan RM200 untuk enam bulan kepada pesawah sementara menunggu hasil tuaian.

Kerjasama | PKNS-UiTM meterai MoU pelihara SACF
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memelihara 85.3 ekar Hutan Komuniti Shah Alam (SACF). Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata Hutan Komuniti PKNS yang terletak di Bandar Sierra Alam itu akan terus dipulihara sebagai habitat flora dan fauna serta kawasan ekologi.

Denggi | Pelepasan nyamuk Wolbachia kurangkan 40% kes
Pelepasan lebih tiga juta biji telur nyamuk Aedes Wolbachia mampu mengurangkan 40 peratus kes demam denggi di bandar raya Johor. Pelepasan telur itu dibuat secara 14 peringkat yang mengambil masa dua tahun 20 minggu.

Hari Guru | Pengetahuan digital bantu guru serlah potensi pelajar
Sukar mendapatkan penglibatan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian, 'memaksa' guru berfikiran lebih kreatif dan menggunakan semua sumber yang dimiliki.

Pembaziran Makanan | Tingkat advokasi masyarakat
Malaysia perlu meningkatkan advokasi dan libat urus dengan masyarakat mengenai masalah pembaziran makanan. Profesor dan Pengarah Eksekutif, Sunway Centre for Planetary Health, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata perkara itu perlu dilakukan selari kesediaan masyarakat untuk mengubah mentaliti dan gaya hidup.

Ban Pecah | MAFI luluskan RM2.5 juta bagi proses baik pulih
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta bagi proses membaik pulih runtuhan ban kanan Terusan Tengah di struktur Alor Limpah, Sungai Santap, Pelubang. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi yang mengesahkan perkara itu memaklumkan kerja pembaikan telah dimulakan dan dijangka mengambil masa 14 hari.

Ladang Ternakan Ayam | FLFAM nafi penutupan dua hari sebagai protes
Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) menafikan notis penutupan dua hari sebuah ladang ternakan ayam di Melaka, sebagai protes terhadap kerajaan yang didakwa lambat melakukan bayaran subsidi harga ayam sebanyak 60 sen. Menurut Penasihatnya Datuk Jeffrey Ng, penghentian pengoperasian sesebuah premis itu adalah perkara biasa disebabkan faktor tertentu dan keputusan penutupan ladang berkenaan itu juga, jelas tidak akan mengganggu rantaian bekalan.

Kes Bunuh Tetak | Polis rakam keterangan wanita, giat kesan 4 suspek
Polis sudah mengambil keterangan wanita yang terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki yang ditetak dalam kejadian pergaduhan di medan selera di Kampung Baru, Bukit Mertajam pada Sabtu lepas. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad selain wanita itu, polis turut mengambil keterangan ahli keluarga mangsa.

Janganlah dianggap teknologi sebagai pengganti guru
Guru bukanlah bandingannya dengan teknologi. Guru membentuk jiwa, memugar potensi anak bangsa untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.
![[KOLUMNIS] Calonkan Ismail Sabri sebagai 'poster boy' tanda UMNO fokus teruskan agenda rakyat [KOLUMNIS] Calonkan Ismail Sabri sebagai 'poster boy' tanda UMNO fokus teruskan agenda rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647685373_TBPAUDAY.jpg)
[KOLUMNIS] Calonkan Ismail Sabri sebagai 'poster boy' tanda UMNO fokus teruskan agenda rakyat
UMNO kini telah banyak berubah dan bukan lagi sebuah parti yang retorik.

Ramadan: Antara tuntutan agama, budaya dan konsumerisme
Ramadan adalah ruang untuk kembali ke pangkal jalan - sedar akan hakikat takdir ke atas manusia lain yang tidak sebaik kita.

Gandakan amal ibadah di bulan Ramadan
Tidak dinafikan, istiqamah dalam setiap amalan kita sukar untuk dilakukan memandangkan iman setiap umat Islam ada turun naiknya.
![[KOLUMNIS] Kembali hidupkan malam di bulan Ramadan [KOLUMNIS] Kembali hidupkan malam di bulan Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71648867464_TurkeyRamadan.jpg)
[KOLUMNIS] Kembali hidupkan malam di bulan Ramadan
Menghidupakan malam-malam di bulan Ramadan menjadi suatu tuntutan utama umat Islam.
![[KOLUMNIS] Ramadan, pemberian agung daripada Allah [KOLUMNIS] Ramadan, pemberian agung daripada Allah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71643105525_riveroflife.jpg)
[KOLUMNIS] Ramadan, pemberian agung daripada Allah
Puasa memberi kesan positif terhadap metabolisme tubuh badan dan mencegah daripada serangan pelbagai penyakit.
![[KOLUMNIS] Jiwa yang bersih sambut Ramadan [KOLUMNIS] Jiwa yang bersih sambut Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618095381_Ramadan.jpg)
[KOLUMNIS] Jiwa yang bersih sambut Ramadan
Misi utama maqasid puasa adalah untuk membebaskan manusia daripada pengabdian kepada nafsunya sendiri.
![[KOLUMNIS] Kemenangan yang menggerunkan? [KOLUMNIS] Kemenangan yang menggerunkan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647088233_benderaparti.jpg)
[KOLUMNIS] Kemenangan yang menggerunkan?
Barisan Nasional tidak mampu lagi bergantung harap dan belas ehsan perjanjian persefahaman untuk mengurus negara.
![[KOLUMNIS] 'Middle Ground' politik Malaysia perlu kuat untuk membetulkan hala tuju negara [KOLUMNIS] 'Middle Ground' politik Malaysia perlu kuat untuk membetulkan hala tuju negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647071589_DunLarkin.jpg)
[KOLUMNIS] 'Middle Ground' politik Malaysia perlu kuat untuk membetulkan hala tuju negara
Demokrasi dan politik hanya boleh dilaksanakan secara rasional dan penuh falsafah dalam bentuk yang paling ideal.
![[KOLUMNIS] Ghairah menanti pintu sempadan negara dibuka [KOLUMNIS] Ghairah menanti pintu sempadan negara dibuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646629190_SempadanMalaysiaT.jpg)
[KOLUMNIS] Ghairah menanti pintu sempadan negara dibuka
Warga selatan Thailand yang berniaga kedai makan masakan panas tidak sabar menantikan bila sempadan Malaysia-Thailand dibuka semula untuk mereka masuk bekerja selepas menganggur lama akibat COVID-19