MENGAPA jangkitan semula COVID-19 berlaku?
Sejak kebelakangan ini, kes jangkitan semula COVID-19 di kalangan masyarakat semakin meningkat. Wad COVID-19 di hospital semakin sesak dengan kemasukan pesakit COVID-19.
Malah, tahap jangkitan bagi pesakit COVID-19 dilihat semakin teruk. Kebanyakan kes yang direkodkan merupakan kes jangkitan semula COVID-19.
Namun, mengapakah terdapat kes jangkitan semula COVID-19 sedangkan majoriti rakyat Malaysia sudahpun menerima vaksin dan dos penggalak untuk COVID-19?
Jangkitan semula atau re-infeksi boleh disebabkan oleh dua faktor iaitu imuniti terhadap COVID-19 sama ada dari jangkitan pertama atau vaksinasi menurun dengan cepat dan mutasi virus.
Kunci kepada keberkesanan vaksin bergantung kepada kebolehan antibodi untuk mengenal pasti bahagian protein spike virus SARS-CoV-2.
Sebelum varian Omicron ditemui, vaksin COVID-19 terbukti dapat memberi perlindungan daripada COVID-19 termasuklah perlindungan daripadan varian Delta.
Hal ini kerana, antibodi yang dihasilkan oleh pemvaksinan dapat mengenal pasti protein spike pada varian Delta dan meneutralisasikan virus tersebut.
Berbanding varian Delta, kajian menunjukkan varian Omicron mempunyai 37 mutasi yang berlaku pada protein spike varian tersebut.
Disebabkan mutasi yang banyak, ini boleh menyebabkan varian Omicron untuk mengelak daripada antibodi yang dihasilkan oleh vaksin.
Ia juga bermaksud, antibodi daripada system imun badan ataupun vaksinasi mungkin dapat memberi perlindungan yang kurang kepada jangkitan varian Omicron berbanding varian-varian sebelumnya.
Pada peringkat awal pandemik COVID-19, risiko jangkitan semula hanya dilaporkan lebih kurang satu peratus, tetapi dengan kehadiran Omicron, risiko re-infeksi meningkat 10 kali ganda.
Kehadiran subvariant Omicron BA.4 dan BA.5 memburukkan lagi keadaan. Ini bermakna jangkitan awal dan vaksinasi bukanlah petanda bahawa kita tidak akan dijangkiti, terutamanya di kala Omicron dan subvariant BA.5 dan BA.4 sedang menular.
Siapakah golongan yang berisiko?
Mereka yang mempunyai daya imuniti rendah tidak dapat menghasilkan tindakbalas imun yang tinggi terhadap jangkitan atau vaksinasi, maka mereka adalah golongan yang berisiko untuk mendapat jangkitan semula. Antara golongan ini ialah :
• perempuan mengandung
• warga tua
• warganegara yang mempunyai komorbiditi
• warganegara yang mempunyai sistem imun yang rendah
• atau vaksinasi yang tidak lengkap
Golongan kedua yang berisiko mendapat jangkitan semula ialah merreka yang tidak divaksinasi. Kajian di Afrika melibatkan subvarian BA.4 dan BA.5 menunjukkan bahawa kedua-duanya berupaya untuk menyebabkan jangkitan di kalangan mereka yang telah dan tidak divaksinasi.
Namun risikonya lebih tinggi di kalangan yang tidak divaksinasi.
Bilakah reinfeksi berlaku?
Jika seorang pesakit telah dijangkiti dan sembuh daripada COVID-19, berapa lamakah perlindungan system imun badannya dapat menahan jangkitan semula COVID-19?
Kajian tentang reinfeksi daripada COVID-19 masih sedang dijalankan. Beberapa kajian awal menunjukkan bahawa sesorang boleh mendapat reinfeksi COVID-19 seawal 90 hari daripada jangkitan asal.
Sesetengah gejala yang dialami oleh pada jangkitan kedua boleh menjadi lebih ringan daripada jangkitan asal atau boleh juga menjadi lebih teruk daripada jangkitan asal. Kadar gejala yang dialami dan risiko reinfeksi bergantung kepada varian yang sedang berleluasa.
Oleh itu, kadar pengawasan dan penjujukan genom bagi memastikan jenis varian yang beredar dalam masyarakat juga harus ditingkatkan.
Keputusan pengawasan yang mencukupi boleh membantu pegawai kesihatan awam merangka langkah kawalan jangkitan yang sesuai untuk membendung jangkitan dalam komuniti.
Impak reinfeksi
Jangkitan berulang kali sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan seseorang. Ini kerana mereka terpaksa dikuarantin, dan ini boleh menjejaskan kerjaya, persekolahan juga pendapatan.
Disebabkan kuarantin tidak lagi dikawal oleh pihak berwajib, ada kemungkinan mereka yang dijangkiti tidak menjalani kuarantin dan menyebarkan virus kepada orang lain.
Kebanyakan reinfeksi dilaporkan tidak menyebabkan gejala yang teruk. Namun ia juga bergantung kepada tahap imuniti seseorang. Long COVID-19 atau COVID-19 berpanjangan juga dilaporkan selepas re-infeksi, di kalangan mereka yang telah dan tidak divaksinasi.
Antara gejala COVID-19 berpanjangan ialah kelesuan dan gangguan fungsi kognitif (otak).
Kesimpulan
Situasi jangkitan semula ini dilihat sebagai satu amaran untuk kita lebih berhati-hati tentang kemungkinan munculnya varian baharu yang lebih kebal terhadap antibodi sedia ada atau yang lebih ‘ganas’ dari Omicron.
Masyarakat perlu diingatkan untuk tidak terus leka tetapi mengambil sikap berhati-hati. Situasi ini juga menunjukkan betapa perlunya formulasi baru vaksin yang boleh melawan varian semasa dan yang akan datang.
Nasal vaccine atau vaksin yang diberikan melalui hidung juga mungkin berkesan untuk mengurangkan penyebaran dan seterusnya memutuskan rantaian COVID-19. Kedua-dua teknologi ini masih dalam peringkat kajian dan diharapkan semoga usaha ini dapat membendung COVID-19.
* Artikel ini ditulis oleh Dr Liyana Azmi dan Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed yang masing-masing adalah Pensyarah Mikrobiologi dan Pakar Mikrobiologi Klinikal Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Kolumnis AWANI
Wed Aug 03 2022
Mengapakah terdapat kes jangkitan semula COVID-19 sedangkan majoriti rakyat Malaysia sudahpun menerima vaksin dan dos penggalak untuk COVID-19? - Gambar hiasan
[TERKINI] Majlis Perasmian Persidangan DSA & Natsec 2024
Majlis Pembukaan Pameran Dan Persidangan DSA & Natsec Asia 2024 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
Syed Saddiq fail semakan tindakan PM, kerajaan henti peruntukan untuk Muar
Syed Saddiq dan tiga pengundi memfailkan permohonan kebenaran untuk mendapatkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi berhubung tindakan pemberhentian peruntukan untuk Parlimen Muar.
Liputan terhadap Israel, perang di Gaza tidak terjejas - Al Jazeera
Editor pengurusan Arab saluran itu, Mohamed Moawad berkata ada kaedah lain yang akan digunakan oleh pasukannya dalam membawakan perkembangan terkini dari tanah Palestin itu.
Polis nafi serangan terhadap Faisal, Akhyar berkait 'bookie'
Polis menafikan dakwaan kononnya kes serangan terhadap dua pemain bola sepak negara mempunyai kaitan dengan pengendali pertaruhan (bookie).
Polis tahan dua lelaki, rampas dadah lebih 21kg
Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah di Jalan Medan Simpang, Simpang dekat Taiping.
Universiti Nottingham, Astro AWANI anjur sidang meja bulat Kewartawanan Dalam Era Gangguan AI
Perbincangan meja bulat ini bertujuan menyediakan platform untuk membincangkan implikasi AI terhadap kewartawanan dan masyarakat.
AWANI Ringkas: Dua daripada lima rakyat sanggup berhenti kerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jualan Proton pada April naik 17 peratus kepada 11,025 unit
Proton mencatatkan pertumbuhan 17.1 peratus pada April 2024 dengan 11,025 unit dijual dalam pasaran domestik dan eksport.
'Nama tengah naik' - Rozie Othman akui kecewa Syasya keluar Dolla untuk berkahwin
Syasya kini masih berada di Malaysia dan akan mengotakan janji mengikut suaminya untuk ke luar negara.
Sultan Pahang ingatkan ADUN berbahas secara rasional, dahulukan kepentingan rakyat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya berbahas secara rasional dan berpegang kepada prinsip mendahulukan kepe
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.