awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pengusaha makanan, katering ditipu sindiket guna nama IPK Johor
Lapan maut, beberapa orang hilang dalam kebakaran gudang di Bengal Barat, India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AUG 2026 berlangsung 10 hingga 20 Dis di lima universiti

Bernama
Bernama
05/12/2025
00:30 MYT
AUG 2026 berlangsung 10 hingga 20 Dis di lima universiti
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT Datuk Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian (tengah) hadir bagi menyempurnakan majlis perasmian AUG 2026 di Kuala Lumpur, 4 Dis 2025. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2026 akan berlangsung dari 10 hingga 20 Dis di lima universiti tempatan.
Kementerian Pendidikan Tinggi dalam kenyataan semalam memaklumkan universiti terlibat ialah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
"Sebanyak 25 sukan dan permainan telah disenaraikan untuk dipertandingkan di pelbagai lokasi universiti dan pusat sukan terpilih dengan antara sukan tumpuan ialah bola sepak, olahraga, renang dan hoki," menurut kenyataan itu.
Sukan lain termasuk silat, taekwondo, karate, judo, catur, memanah, sepak takraw, tenpin boling dan skuasy.
AUG merupakan acara sukan utama peringkat universiti negara ASEAN yang mula diperkenalkan pada 1981 di Chiang Mai, Thailand.
Kontinjen Malaysia pernah muncul juara keseluruhan sebanyak dua kali, iaitu di Kuala Lumpur pada 2008 dan Vientiane, Laos pada 2012.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AUG 2026
#Sukan Universiti Asean
#universiti
#Kementerian Pendidikan Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan