KESETIAAN merupakan satu kalimah yang mudah diucapkan namun cukup payah dalam dipraktikkan.
Ramai dalam kalangan kita sering mengucapkan bahawa mereka merupakan pejuang agama, bangsa dan negara akan tetapi kesetiaan dalam perjuangan mereka sering layu di tengah jalan.
Penulis terpanggil untuk menulis di ruangan ini bagi mengutarakan kebimbangan dengan situasi semasa yang nampak semakin hari semakin bercelaru.
Sebagai seorang pendukung aspirasi kenegaraan, penulis merasa amat bertanggungjawab untuk berkongsi ilmu demi melihat negara kita, rakyat Malaysia, maju ke hadapan dengan masa depan yang lebih cerah tanpa mempedulikan perkara picisan yang membawa kepada dilema penghidupan yang berpanjangan
Hakikatnya, pemimpin dan kepemimpinan memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi atau masyarakat.
Kelangsungan organisasi dan keunggulan masyarakat banyak dipengaruhi oleh kewibawaan seseorang pemimpin dan kecekapan mereka menjalankan peranan masing-masing. Perlu ditegaskan, keterampilan dan kepemimpinan bukanlah sesuatu yang lahir secara semula jadi, sebaliknya perlu dibentuk dan dipelajari.
Pemimpin perlu dididik, dirangsang dan didoakan agar sentiasa dapat menyerlahkan kemampuan sebenar sebagai pemimpin.
Tidak ada pemimpin yang jatuh dari langit, semuanya mengalami proses jatuh-bangun. Tidak dinafikan negara kita amat mendambakan pemimpin yang boleh membina masa depan bangsa, agama dan negara terutamanya dalam menghadapi liku-liku zaman yang mencabar ini.
Sebagai seorang pemimpin, sepatutnya sudah sedia maklum, melibatkan diri dalam politik masa kini, bukan lagi satu profesion untuk bermewah, bermegah dan bergaya tetapi lebih kepada tanggungjawab dan amanah.
Pertubuhan tempat anda berkhidmat sebagai ahli politik adalah medan bagi pelbagai pihak membuat tuntutan, desakan dan kehendak, yang pasti akan terdorong kepada tekanan yang tinggi.
Keterbukaan menerima kritikan adalah sebahagian daripada jiwa pemimpin. Maka, sebagai pemimpin politik tidak dapat lari daripada berhadapan dengan persoalan gelagat politik pelbagai pihak untuk memastikan agenda mereka berjaya diperoleh dengan apa cara sekalipun.
Ironinya bagaimanakah seorang pemimpin harus tampil? Tugas utama seorang pemimpin adalah untuk mencurahkan perhatian kepada orang bawahan sekali gus mengetepikan kepentingan peribadi dan keluarga.
Sebagai contoh yang hampir dengan kita, tentang "good leader" boleh digambarkan seperti Mahatma Gandhi, memimpin dengan penuh pengorbanan dan mengutamakan kehendak rakyat melebihi diri sendiri.
Pada masa yang sama satu ibrah yang sering kita alpa, apabila kita mengimbau kembali sejarah Islam, semasa pemerintahan khalifah Umar al-Khattab dan Khalid al-Walid mengalami pemecatan, pada pertengahan Jamadilakhir 13 Hijrah ketika peperangan Yarmuk hampir bermula seorang utusan Khalifah Umar datang membawa tiga berita.
Pertama, wafatnya Khalifah Abu Bakar, keduanya, Umar dibaiah sebagai penerusnya dan yang ketiga, Khalid diberhentikan daripada pimpinan umum pasukan tentera dan Khalifah Umar menetapkan Abu Ubaidah al-Jarrah sebagai pengganti.
Demi menjaga penyatuan bala tentera Islam, khabar ketiga berita ini tetap dirahsiakan hingga akhir pertempuran yang membawa kepada kemenangan penting ke pada umat Islam.
Dan ketika berita pemecatan Khalid tersebar luas, beliau menyatakan kepada bala tentera Islam untuk meredakan suasana: "Aku berjihad bukan kerana Umar, tapi kerana Tuhannya Umar, yakni Allah Taala."
Di sinilah letak kehebatan jiwa seorang pemimpin bernama Khalid al-Walid, seorang panglima perang tiada tandingannya. Inilah jiwa besar Khalid, bukannya menentang pimpinan setelah beliau dipecat, bukannya terbit perasaan tidak puas hati, bukannya membantah keputusan Umar.
Malah Khalid pun menerima pemecatan dirinya dengan hati yang lapang. Dia tetap bersedia berperang di bawah pimpinan, Abu Ubaidah, penggantinya selama enam tahun lamanya. Dan selama itu dia tidak pernah berselisih dengan Abu Ubaidah.
Khalid juga tidak mengingkari kemuliaan akhlak Abu Ubaidah, dan ia selalu menghormatinya. Inilah jiwa besar Khalid, bukannya menentang pimpinan setelah beliau dipecat, bukannya terbit perasaan tidak puas hati, bukannya membantah keputusan Umar.
Pemimpin sebegini yang sukar ditemui ketika ini. Sewajarnya, prinsip etika kepemimpinan, memberi panduan tepat dan jelas bagaimana pemimpin sepatutnya berkelakuan, merancang dan mengimplementasikan segala keputusan yang telah dibuat ke arah mencapai matlamat organisasi. Prinsip ini perlu dihormati, disanjung dan dipertahankan oleh setiap pemimpin. Kelangsungan organisasi dan negara bergantung sepenuhnya kepada pematuhan mereka terhadap prinsip etika.
Kegagalan pemimpin menghayati prinsip etika akan menjejaskan imej, reputasi dan keyakinan semua mereka yang berkepentingan dalam organisasi tersebut. Prinsip etika tidak sepatutnya ditukar, digadai dan dijual bagi mendapatkan keuntungan peribadi memperoleh habuan jangka pendek atau jangka panjang. Justeru, pemimpin perlu mempunyai etika kepimpinan yang jelas dalam erti kata lain mempunyai akhlak dan pendirian yang benar dan betul di dalam menjalankan tugas dan amanah.
Yang penting kesetiaan dalam perjuangan.
Rakyat memerlukan pemimpin yang sentiasa memikirkan masa depan anak bangsa. Rakyat mahu pemimpin yang berani mengambil kebijakan bukannya rakus mendongak langit memikirkan kepentingan diri melangkaui kehendak umum. Harus diingatkan di dunia ini, tiada yang kekal selamanya.
* Penulis merupakan seorang penganalisis politik dan kolumnis.
* Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis berdasarkan bidang tugasnya dan tidak semestinya mewakili pandngan sidang pengarang Astro AWANI.
Dr Ahmad Zaharuddin Sani Sabri
Mon Mar 27 2023
Rakyat memerlukan pemimpin yang sentiasa memikirkan masa depan anak bangsa. - Gambar hiasan
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Ajai dedah lagu Kesetiaan bukan asalnya milik arwah Siti Sarah
Ajai berkata, pada asalnya lagu Kesetiaan itu dicipta dan telah dirakamkan oleh artis wanita lain.
Belasungkawa: Siti Sarah dalam ingatan
Sejak kehadirannya dalam industri muzik kira-kira dua dekad yang lalu, Sarah berjaya membina reputasi yang bukan calang-calang.
'Saya lebih senior dari Zahid, jangan pertikai kesetiaan saya' - Annuar
Jelas Annuar, penglibatannya dalam parti itu lebih lama berbanding Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Jangan setia membuta tuli kepada parti, pemimpin politik - Tun M
Meskipun negara mengamalkan prinsip demokrasi tetapi negara ini milik rakyat dan bukannya milik pemimpin mahupun parti politik.