MALAYSIA berada di kedudukan ke-61 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2022 yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) daripada keseluruhan 180 buah negara yang dinilai berbanding tangga ke-62 pada 2021.
Daripada kalangan negara-negara ASEAN pula, CPI 2022 menyaksikan Malaysia berada di tempat kedua terbaik selepas Singapura yang merekodkan tangga kelima daripada 180 negara (iaitu peralihan satu tangga dan dua skor berbanding pencapaian tahun 2021).
Bagaimanapun, kedudukan skor Malaysia dalam CPI 2022 ini berganjak satu mata daripada 48 mata pada tahun 2021 kepada 47 mata pada tahun 2022.
Skor Malaysia mencatatkan peralihan sebanyak enam mata secara akumulatif sejak tiga tahun yang lalu bemula pada tahun 2020 hingga terkini. Dalam tempoh tujuh tahun yang lalu, Malaysia mencatatkan skor tertinggi pada tahun 2019 dengan 53 mata yang menempatkan Malaysia pada kedudukan terbaiknya setakat ini di tangga ke-51.
Berdasarkan kepada kenyataan Presiden TI-Malaysia, Dr. Muhammad Mohan dalam majlis pengumuman keputusan Indeks Persepsi Rasuah 2022 bertempat di Royal Selangor Club, Kuala Lumpur, terdapat dua faktor utama yang menyumbang kepada skor yang lemah ini.
Pertama adalah kurangnya kesungguhan dalam iltizam politik (political will) bagi memerangi rasuah berdasarkan kepada pelaksanaan Pelan Anti Rasuah Nasional 2019-2023 (NACP) yang perlahan, kegagalan tata kelola berulang kali biarpun pendedahan berterusan dibuat oleh Ketua Audit Negara, kurangnya tindakan ke atas penjawat awam yang menyalahguna jawatan, pelancaran pakej ransangan Covid-19 tanpa melalui proses perbahasan dan penelitian di Parlimen, isu lebihan kos dalam perolehan berskala mega serta isu pelantikan ketua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau syarikat pelaburan berkaitan kerajaan(GLIC) yang kurang berkelayakan.
Faktor utama kedua pula melibatkan kelewatan reformasi institusi (institutional reforms) sebagaimana terlihat dalam aspek pembangunan Rang Undang-Undang (RUU) Pembiayaan Politik, RUU Perolehan Kerajaan, pindaan kepada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, RUU Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) serta kurangnya kemahuan politik untuk memperkasakan SPRM sebagai institusi antirasuah yang bebas dan berkesan.
TI-Malaysia juga menyentuh tentang kekurangan ketelusan maklumat dalam hal kepentingan awam seperti projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) berjumlah RM9 bilion oleh Kementerian Pertahanan, serta persepsi seolah-olah tiada tindakan undang-undang terhadap penjawat awam yang menyalahgunakan kuasa.
SPRM menerima pandangan-pandangan tersebut dengan minda terbuka yang menyentuh aspek pentadbiran awam, pemerkasaan undang-undang tata kelola dan pemerkasaan serta kebebasan SPRM (kewangan, keanggotaan, mandat).
Akan tetapi, SPRM ingin menekankan bahawa sepanjang tahun 2022, tindakan telah diambil terhadap kes-kes besar yang berkepentingan awam seperti kes LCS. Disebabkan siasatan masih dijalankan yang melibatkan negara asing, maklumat siasatan tidak boleh didedahkan kerana ia akan menjejaskan siasatan. Kekurangan ketelusan maklumat ini mungkin menimbulkan persepsi negatif terhadap siasatan SPRM dan komitmen kerajaan seolah-olah tiada tindakan dijalankan.
Ulasan TI-Malaysia juga tidak mengambil kira kes-kes berprofil tinggi dan berkepentingan awam yang berjaya disiasat dan diambil tindakan undang-undang, termasuk yang membabitkan penjawat awam (public officials).
Antaranya ialah kejayaan kes SRC yang membawa kepada hukuman penjara bekas Perdana Menteri dan kes pembekalan elektrik solar kepada sekolah-sejolah pedalaman Sarawak yang berjaya mensabitkan Datin Seri Rosmah Mansor pada tahun 2022.
Pada tahun yang sama, Op Power, iaitu operasi yang melumpuhkan sindiket mencuri elektrik untuk pelombongan bitcoin telah berjaya dijalankan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB), Op MITRA 2.0 yang membabitkan penyelewengan berjuta-juta dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) serta Op Hire berkaitan penyelewengan dana PENJANAKerjaya di bawah kelolaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) juga telah berjaya memberkas suspek-suspek terlibat.
Sehubungan itu, tahun ini menyaksikan berpuluh-puluh pertuduhan telah dilakukan terhadap mereka yang disyaki terlibat menyeleweng dana PENJANA yang diperuntukan untuk menjana ekonomi sewaktu pandemik COVID-19 itu.
Selain itu, saranan-saranan penambahbaikan ini sebahagiannya melibatkan inisiatif-inisiatif NACP yang sedang diterajui dan dilaksanakan oleh pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan dengan proses libat urus berterusan membabitkan pelbagai pemegang taruh dalaman serta luaran.
SPRM berpandangan NACP perlu diberi ruang untuk dinilai semula supaya dapat memberi penekanan kepada inisiatif berimpak tinggi yang boleh membawa perubahan ketara dan pantas kepada tahap tata kelola, ketelusan, integriti dan kebertanggungjawaban yang boleh menyokong dengan jitu usaha-usaha berterusan memerangi rasuah serta salah guna kuasa. Secara tidak langsung, ini menyokong komitmen kerajaan dalam mendepani isu-isu rakyat khususnya usaha memulih, menstabil dan memperkasakan ekonomi negara.
Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), kerajaan turut menerima CPI sebagai asas pengukuran tata kelola baik sesebuah negara dan telah menetapkan sasaran penambahbaikan kedudukan Malaysia dalam CPI 2025. Jika sasaran ini dijadikan Key Performance Indeks (KPI) di semua peringkat kementerian, jabatan dan agensi secara `shared responsibility’, saya percaya Malaysia boleh mencapai kedudukan CPI yang jauh lebih baik.
Untuk tujuan ini, kerajaan turut berusaha membangunkan indeks tata kelola nasional seperti Malaysian Governans Indeks (MGI) yang bersifat "evidence and outcome-based" bagi mengukur tata kelola negara.
Selain itu, SPRM juga sedang mengusahakan suatu kajian komprehensif nasional antirasuah (Malaysian Corruption Survey atau MaCoS) berdasarkan kajian Pejabat Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) yang menekankan pengukuran pengalaman rasuah berbanding persepsi dengan memanfaatkan data primer dan data pentadbiran.
Kajian berdasarkan pengalaman dan bukti (experience and evidence-based data) mampu melengkapi (complement) kajian indeks CPI yang berasaskan persepsi agar memberikan gambaran yang lebih jelas, jitu dan menyeluruh tentang tahap dan faktor rasuah di Malaysia.
*Dato' Mohd Hafaz Nazar adalah Pengarah Dasar, Perancangan dan Penyelidikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Mohd Hafaz Nazar
Wed Feb 01 2023
Mohd Hafaz menekankan bahawa sepanjang tahun 2022, tindakan telah diambil terhadap kes-kes besar yang berkepentingan awam seperti kes LCS. - Foto SPRM
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Seorang lagi individu bergelar Datuk ditahan kes rasuah projek pembinaan RM250 juta di Sarawak
SPRM menahan reman seorang lagi individu bergelar Datuk yang disyaki terlibat dalam kes rasuah sebagai balasan mendapatkan projek-projek pembinaan di Sarawak.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
SPRM nafi siasatan HRD Corp ditutup
SPRM menafikan pihaknya menutup siasatan kes berkaitan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) yang dijalankan sebelum ini.
Rasuah ADUN Sabah: SPRM rakam percakapan 15 individu termasuk pemberi maklumat
SPRM telah merakam percakapan 15 individu, termasuk lapan ADUN Sabah dan seorang pemberi maklumat berhubung video dakwaan skandal rasuah.
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Integriti
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Intergriti
Bekas pengarah eksekutif agensi Pulau Pinang direman, rasuah pembelian pedati emas
SPRM Pulau Pinang mereman bekas pengarah eksekutif sebuah agensi kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan RM300,000 melibatkan pembelian pedati emas.
Kecekapan SPRM bawa kejayaan kepada tangkapan taikun Singapura - Azam Baki
Setelah hampir dua dekad melarikan diri, seorang taikun warga Singapura yang terlibat dalam kes penyelewengan AS$51 juta (RM227 juta) akhirnya berjaya ditangkap bersama isterinya di Johor, semalam.
Masidi beri keterangan sukarela di SPRM
Masidi berkata, kunjungannya ke SPRM adalah untuk membantu siasatan serta tanda sokongonnya untuk membanteras rasuah di negeri ini.
Vivy Yusof dan suami akan didakwa atas pecah amanah Khamis ini
SPRM akan membuat pertuduhan ke atas pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar pada Khamis.
Biar SPRM selesaikan siasatan BAM, jangan buat spekulasi - Hannah
Hannah menekankan bahawa siasatan oleh SPRM adalah prosedur operasi standard apabila menerima aduan, dan bukan hanya terhad kepada persatuan sukan.