TAHUN ini merupakan ulangtahun ke-56 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), agensi khusus yang melaksanakan penguatkuasaan undang-undang rasuah serta bertanggungjawab dalam menggerakkan inisiatif pendidikan antirasuah di negara kita.
Ini bermakna selama usia penubuhannya jugalah, SPRM telah fokus menjalankan fungsinya untuk
mencegah jenayah rasuah daripada terus berleluasa.
Namun, seiring dengan perubahan zaman, teknologi dan kepintaran manusia, jenayah rasuah juga turut tidak ketinggalan mengalami revolusi.
Jika dahulu rasuah boleh dikesan dengan mudah, kini ianya lebih lutsinar dan ampuh daripada pandangan mata kasar.
Malah bukan suatu perkara yang pelik jika transaksi rasuah boleh berlaku tanpa melibatkan pergerakan
fizikal atau material untuk dibuktikan.
Ia bukan lagi dalam bentuk wang ringgit semata, malah ia boleh menjangkau sehingga barang berharga atau
mata wang maya.
Seiring jenayah yang semakin canggih dengan pelaku yang semakin licik, undang-undang berkaitan rasuah di Malaysia juga sentiasa ditambah baik dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Jika 10 tahun dahulu undangundang rasuah hanya tertakluk kepada inidividu sahaja, kini telah wujud peruntukan khas untuk organisasi komersial bagi memastikan kebertanggungjawaban korporat untuk melaksanakan perniagaan dalam persekitaran yang berintegriti dan bebas rasuah.
Mendidik Masyarakat dan Individu
Sekiranya perundangan sudah diperkukuh dan mekanisme kawalan dalaman telah ditetapkan, langkah seterusnya ialah mendidik setiap individu dalam negara ini untuk memandang jijik kepada perbuatan rasuah.
Seharusnya wujud kesepaduan dalam setiap individu untuk bersetuju bahawa rasuah itu adalah jenayah dan bukan sesuatu yang perlu dipandang dengan rasa belas kasihan atau simpati.
SPRM telah secara aktif mengambil pendekatan mendidik setiap peringkat masyarakat untuk membenci rasuah. Program Wira Anti-Rasuah (WAR) disasarkan khusus bagi audiens di peringkat sekolah (rendah dan
2 menengah) manakala Angkatan Mahasiswa Anti-Rasuah (AMAR) pula telah diadaptasi di peringkat institusi pengajian tinggi.
Bukan itu sahaja, bermula pada tahun ini, Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) telah dilaksanakan sebagai kursus wajib dalam mata pelajaran Pengajian Umum di semua Institusi Pengajian Tinggi di negara ini.
Jadi boleh dikatakan usaha mendidik dan memberi pendedahan awal nilai positif dalam usaha menghindari rasuah ini telah jelas dilaksanakan diperingkat awal pendidikan.
Bagaimana dengan mereka yang sudah keluar dari sistem pendidikan?
Untuk kelompok masyarakat lain, sentiasa wujud inisiatif-inisiatif memberi pendidikan pencegahan rasuah berterusan oleh SPRM.
Program libat urus dengan masyarakat diadakan secara khusus mengikut kelompok audiens. Contohnya, penganjuran program bersemuka bersama kelompok belia diadakan dari semasa ke semasa menerusi kumpulan atau persatuan belia.
Tidak ketinggalan program bersemuka yang dianjurkan mengikut kaum (Cina dan India) sentiasa dialu-alukan.
Begitu juga kempen kesedaran yang tidak henti-henti ditayangkan di hadapan mata rakyat Malaysia. Baik mesej ingatan di lebuh raya hinggakan peringatan mesra di ruang maya atau ingatan ringkas di halwa telinga, semua telah diusahakan.
Tanggungjawab menzahirkan komitmen
Walaupun hakikatnya sudah lebih lima dekad usaha mendidik masyarakat dilaksanakan secara menyeluruh dan proaktif, namun cabaran terhebat dalam menangani pencegahan rasuah ini ialah mendapatkan dan
memelihara sokongan berterusan masyarakat umum dalam memerangi rasuah.
Bagaimana untuk menzahirkan komitmen memerangi rasuah?
Ikrar Bebas Rasuah (IBR) adalah antara penzahiran komitmen yang paling mudah untuk dilaksanakan baik oleh sektor awam, swasta mahu pun pertubuhan bukan kerajaan. Lafaz ikrar dan janji secara sukarela oleh
seluruh organisasi yang akan diketuai oleh kepimpinannya ini bertujuan menyematkan kebertanggungjawaban dan komitmen setiap warga organisasi untuk melaksanakan tugas dengan berintegriti.
Untuk makluman sehingga 31 Oktober 2023 sebanyak 2,049 organisasi (awam, swasta dan NGO) telah menandatangani IBR sebagai satu penzahiran komitmen antirasuah mereka.
3. Bagi mempelbagaikan dan menggalakkan penzahiran komitmen antirasuah dari entiti korporat pula, insentif potongan cukai bagi pelaksanaan program integriti dan antirasuah yang melibatkan komuniti telah dilaksanakan berkuatkuasa 5 April 2021. Ianya merupakan suatu peluang yang baik untuk syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan di Malaysia (termasuk Koperasi) mengambil peluang melaksanakan aktiviti antirasuah bersama komuniti untuk menzahirkan komitmen organisasi anda.
Menyatukan dunia memerangi rasuah
Tarikh 9 Disember ini merupakan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) yang telah dipersetujui oleh 190 negara yang menyertai United Nations Convention Against Corruption (UNCAC) termasuk Malaysia dengan
mengangkat tema Uniting The World Against Corruption (Menyatukan Dunia Menentang Rasuah).
Tema ini menekankan kepentingan kesatuan dan kesepaduan setiap individu dalam memerangi jenayah rasuah yang boleh memberi impak kepada keamanan, keselamatan dan pembangunan sesebuah negara.
Penting untuk setiap pihak bersatu-padu dalam menentang rasuah memandangkan salah satu "Matlamat Pembangunan Mampan 2030" (SDG2030) ‘rasuah’ adalah salah satu risiko yang perlu ditangani dalam
memastikan pembangunan, keamanan dan kestabilan negara dapat dicapai.
Sokong dan sertai usaha SPRM memerangi rasuah pada 9 Disember ini dengan menyatakan pandangan positif, mesej atau sokongan anda dilaman sosial dengan meletakkan tanda pagar #hara2023 #iacd2023
#sprmpencegahan.
Selamat Hari Antirasuah Antarabangsa!
* Nazli Rasyid Sulong ialah Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis berdasarkan bidang tugasnya dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Kolumnis AWANI
Thu Dec 07 2023
Tema ini menekankan kepentingan kesatuan dan kesepaduan setiap individu dalam memerangi jenayah rasuah yang boleh memberi impak kepada keamanan, keselamatan dan pembangunan sesebuah negara. - Sumber foto SPRM
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Josep Borrell Fontelles berkata fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak. Jelasnya, situasi ini boleh membawa kepada pengasingan negara-negara tertentu dari pentas global, seterusnya menghambat pelaksanaan agenda antarabangsa. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Negara-negara selatan global hilang percaya akibat ‘leteran’ negara maju - Menteri Luar Sri Lanka
Menteri Luar Negeri Sri Lanka, Mohamed Uvais Mohamed Ali Sabry berkata negara-negara selatan global hilang percaya kepada inisiatif antarabangsa akibat campur tangan berlebihan dalam proses membuat keputusan di peringkat domestik oleh negara-negara utara global. Jelasnya, negara-negara maju perlu berhenti memaksakan penyelesaian kepada semua masalah yang timbul keatas negara-negara membangun. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Hubungan China-AS kelam - Pakar
Pengasas dan Pengerusi Wusawa Advisory Inc., Qian Liu berkata hubungan China dan Amerika Syarikat tidak akan bertambah baik untuk tahun-tahun mendatang. Jelasnya, kedua-dua negara menggunakan momokkan imej negara pesaing dalam usaha menangani isu-isu domestik, yang secara tidak langsung merugikan dunia. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: China akan atasi AS, sedang belajar menggunakan kuasanya keatas dunia - Pakar
Pengasas dan Pengerusi Wusawa Advisory Inc., Qian Liu berkata China dilandasan yang betul untuk mengatasi Amerika Syarikat sebagai ekonomi terbesar dunia dalam masa beberapa tahun. Jelasnya, meskipun pertumbuhan ekonomi China perlahan, namun saiz pertumbuhan itu secara relatifnya lebih besar daripada keseluruhan ekonomi Arab Saudi dan Switzerland. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Bangladesh buka semula sekolah walaupun cuaca masih panas
Pelajar kembali ke sekolah di seluruh Bangladesh walaupun negara itu dilanda gelombang panas berlarutan yang mendorong pembelajaran secara bersemuka ditangguhkan, hujung minggu lalu.
Filipina tangguh kelas secara bersemuka kerana cuaca panas
Filipina menangguhkan kelas bersemuka di semua sekolah kerajaan selama dua hari, susulan cuaca panas melampau dan mogok oleh pemandu jeepney atau bas mini di seluruh negara.
Puting beliung landa bandar Guangzhou
Puting beliung melanda bandar Guangzhou di selatan China dan mengorbankan lima nyawa dan 33 lagi cedera.
Menurut laporan CCTV, puting beliuang itu melanda daerah Baiyun di Guangzhou pada petang Sabtu.
Menurut laporan CCTV, puting beliuang itu melanda daerah Baiyun di Guangzhou pada petang Sabtu.
Anak MB Perlis, empat yang lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini.
SPRM pastikan titah Agong dilaksanakan sepenuhnya, penuh integriti - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memastikan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dilaksanakan sepenuhnya, dan menjalankan tanggungjawab itu dengan penuh integriti.
Mahkamah tolak permohonan Daim, keluarga cabar siasatan SPRM
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan keluarganya gagal dalam usaha mereka mencabar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terhadap mereka.
Tun Daim, keluarga mohon SPRM hentikan siasatan
Tun Daim Zainuddin memohon kepada Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman dan mengarahkan SPRM, isteri serta empat anak termasuk Ilham Tower Sdn Bhd.
SPRM tahan pengerusi pertubuhan kebajikan kemuka permohonan palsu
SPRM Terengganu menahan seorang pengerusi sebuah pertubuhan kebajikan kerana disyaki mengemukakan permohonan bantuan persekolahan tidak wujud bernilai RM5,000.
[KOLUMNIS] Sukarkah menzahirkan komitmen antirasuah?
Tahun ini merupakan ulangtahun ke-56 SPRM, agensi khusus yang melaksanakan penguatkuasaan undang-undang rasuah serta bertanggungjawab dalam menggerakkan inisiatif pergerakan antirasuah di Malaysia.
SPRM tahan pengurus sumber manusia kemuka tuntutan palsu lebih RM200,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pengurus sumber manusia bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM200,000.
SPRM tahan bekas CEO kemuka dokumen palsu
SPRM Melaka menahan seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkaitan anak syarikat kerajaan negeri Melaka hari ini bagi membantu siasatan membabitkan tuntutan palsu pelupusan kenderaan.
SPRM Sabah tahan tiga individu termasuk anggota penguat kuasa
SPRM Sabah dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga individu termasuk seorang anggota penguat kuasa kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM12,000.
SPRM tahan penjawat awam bantu siasatan terima rasuah lebih RM20,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah menahan seorang penjawat awam bagi membantu siasatan meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM20,000 sepanjang dua tahun lepas.