awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
New Zealand tidak akan sertai Lembaga Keamanan tajaan Trump
Pegawai kanan TLDM paksa kontraktor sewa di dua buah hotel miliknya - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perlu gubal undang-undang haramkan vape mengandungi bahan terlarang

Bernama
Bernama
16/07/2025
23:00 MYT
Kerajaan perlu gubal undang-undang haramkan vape mengandungi bahan terlarang
Abdul Karim berkata kerajaan perlu mempertimbangkan secara serius dari sudut perundangan sama ada vape wajar diharamkan sepenuhnya atau hanya membenarkan penggunaan vape yang mengandungi nikotin, seakan rokok. - Gambar hiasan
KUCHING: Kerajaan Persekutuan perlu menggubal undang-undang bagi mengharamkan penggunaan vape yang kini semakin membimbangkan, terutama apabila ia disalahgunakan dengan campuran bahan terlarang seperti dadah sintetik.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata antara perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah aspek pelaksanaan penguatkuasaan dan kawalan dari sudut kesihatan awam, bagi memastikan vape tidak terus menjadi ancaman kepada masyarakat khususnya generasi muda.
"Pada awal kemunculannya, vape dilihat sebagai alternatif yang baik kepada rokok namun dari semasa ke semasa ia berkembang dan disalahgunakan hingga menjadi alat untuk ketagihan serta berhalusinasi," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Pemadam Negeri Sarawak berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) di sini semalam.
Abdul Karim berkata kerajaan perlu mempertimbangkan secara serius dari sudut perundangan sama ada vape wajar diharamkan sepenuhnya atau hanya membenarkan penggunaan vape yang mengandungi nikotin, seakan rokok.
"Semuanya bergantung kepada keputusan tersebut, mungkin tidak wajar juga untuk mengharamkan vape secara total namun jika ia melibatkan bahan terlarang seperti '(magic) mushroom' dan sebagainya, undang-undang yang tegas perlu diwujudkan," katanya.
Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022, Sarawak mencatatkan kadar penggunaan vape tertinggi di Malaysia dalam kalangan remaja berumur 13 hingga 17 tahun, dengan kadar prevalens sebanyak 20.3 peratus melibatkan 39,608 individu.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#bahan terlarang
#vape
#undang-undang
#Abdul Karim Rahman Hamzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan