MALAYSIA
[KOLUMNIS] 'Talent warfare' dalam ketenteraan: Malaysia harus perkukuh daya tarikan bakat terbaik sertai ATM
Penulis berpendapat, keupayaan Malaysia dalam membentuk ATM sebagai sebuah pasukan yang kompetitif dan moden sangat bergantung kepada sejauh mana negara berjaya menarik dan mengekalkan bakat terbaik dalam perkhidmatan ketenteraan. - Gambar hiasan
“THE WAR FOR TALENT” merujuk kepada persaingan sengit dalam mendapatkan individu berbakat dan berkemahiran tinggi untuk sesuatu organisasi atau institusi.
Istilah ini pertama kali diperkenalkan oleh Steven Hankin dari McKinsey & Company pada tahun 1997 untuk menggambarkan kecenderungan dan strategi syarikat-syarikat berdepan cabaran dalam menarik dan mengekalkan tenaga kerja berkualiti. Konsep ini kemudiannya diperincikan dalam buku The War for Talent oleh Ed Michaels, Helen Handfield-Jones, dan Beth Axelrod pada tahun 2001 yang membawa konotasi serupa.
Seperti organisasi terkemuka global, sektor pertahanan dan pasukan ketenteraan moden turut berhadapan persaingan strategik dalam mendapatkan sumber manusia terbaik. Pada Februari 2025, The Forbes menerbitkan rencana bertajuk Reinstate The Draft? An Alternative To The Military Recruitment Crisis, yang menekankan bahawa persaingan untuk mendapatkan bakat terbaik kini menjadi cabaran utama bagi kebanyakan angkatan tentera dunia.
Kajian yang dilakukan oleh RAND Corporation menyatakan bahawa tentera moden perlu menyesuaikan strategi mereka untuk menarik individu yang memiliki keupayaan fizikal dan kepakaran dalam bidang-bidang kritikal terkini. Ini termasuklah disiplin teknologi disruptif seperti kecerdasan buatan (AI), peperangan siber dan pengurusan data raya (big data).
Namun, realitinya bakat terbaik tidak mudah diperoleh apatah lagi untuk dikekalkan. Perkara tersebut bukan sahaja memerlukan azam dan komitmen. Sebaliknya, pelaburan masa, perancangan yang teliti, peruntukan yang mencukupi serta strategi yang tepat.
Dalam konteks Malaysia, sektor pertahanan tempatan sudah pastilah tidak dapat lari daripada berhadapan dengan isu yang serupa. Proses mengenal pasti dan merekrut pegawai yang bukan sahaja kompeten, malah mampu menyesuaikan diri dengan perubahan dinamik pertahanan global bukan tugas yang mudah.
Persoalannya, bagaimana Malaysia memastikan ATM kekal sebagai sebuah ketumbukan pertahanan yang relevan, berdaya saing, dan menjadi pilihan utama bagi bakat terbaik di luar sana?
Tentera Moden dan Keperluan Kemahiran Baharu
Ketika teknologi dan kaedah peperangan terus berkembang, peranan seorang pegawai tentera akan turut mengalami transformasi yang signifikan. Perlu diakui, seorang tentera yang baik harus memiliki daya tahan fizikal dan kebolehan taktik yang mantap. Namun, semua itu tidak mencukupi. Ia tidak boleh terhenti setakat itu. Realiti hari ini menunjukkan seorang pegawai tentera perlu dilengkapi dengan penguasaan teknologi peperangan yang semakin kompleks dan sentiasa berubah-ubah.
Kajian bertajuk “Trusting Machine Intelligence: Artificial Intelligence and Human-Autonomy Teaming in Military Operations”, yang diterbitkan dalam Defense & Security Analysis pada Oktober 2023, menunjukkan bahawa sebahagian besar operasi ketenteraan pada dekad ini bergantung kepada kerjasama antara manusia dan sistem autonomi (Human-Autonomy Teaming, HAT). Ini bermaksud seorang pegawai ATM tidak lagi boleh bergantung kepada pendekatan atau taktik konvensional semata-mata.
Sebaliknya, mereka mesti memiliki kepakaran dalam pelbagai cabang teknologi, terutamanya dalam AI dan sistem autonomi, yang kini menjadi elemen penting dalam peperangan moden. Namun, kesemua kemahiran ini memerlukan sebuah cakupan latihan yang sistematik, relevan, dan kontemporari. Lebih penting, ia menuntut satu pelan jangka panjang atau ‘grand plan’ yang strategik dan serius di pihak Kerajaan dan ATM sendiri.
Di negara ini, boleh dikatakan sebahagian besar tanggungjawab ini terarah kepada Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), yang berperanan sebagai ‘acuan’ dalam melahirkan pegawai tentera bermutu tinggi. Jika kita melihat kepada trend global kontemporari, adalah tidak keterlaluan jika dicadangkan agar ALK memperkasakan sistem latihan sedia ada. Ia mesti ditransformasikan. Doktrin dan falsafah yang dipegang dalam mencari dan merekrut bakat terbaik agar menganggotai ATM mesti disemak dan diperkemas kembali.
Komitmen dan azam Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, selaku Menteri Pertahanan dalam hal ini setidak-tidaknya memberikan satu jaminan yang baik. Kesediaan untuk menyemak semula peranan dan keberkesanan ALK sebagai institusi utama dalam melahirkan pegawai berkualiti tinggi pastinya memberikan satu suntikan baharu dalam proses merekrut anggota ATM.
Sebagai peneraju Kementerian Pertahanan dan sektor pertahanan secara amnya, kefahaman Menteri Pertahanan akan keperluan menarik bakat terbaik menyertai ATM adalah satu bentuk kelebihan yang pastinya akan mempunyai impak tersendiri.
Namun, semua itu mesti diterjemahkan. Ia mesti merentas penzahiran komitmen dan azam semata-mata. Ia mesti disusuli dengan tindakan serta strategi yang bersesuaian. MINDEF dan ATM mesti mengambil serius saranan penyemakan semula kedudukan ALK dari pelbagai aspek, termasuk pencapaian, keberkesanan, dan hala tuju masa depan akademi tersebut.
Misalnya menyemak isu-isu teknikal seperti yang dinyatakan oleh Datuk Seri Khaled Nordin yang merangkumi “kadar keciciran dalam kalangan kadet, isu disiplin, kelestarian kos dan perbelanjaan, serta keanjalan dalam menetapkan bidang pengajian yang diperlukan”.
Hal tersebut demikian kerana, komitmen MINDEF untuk memperkasakan aspek-aspek fundamental dalam ekosistem pertahanan seperti ‘talent warfare’ ini merupakan satu pembaharuan yang menuntut kerjasama, perhatian dan keseriusan daripada semua pihak.
Memperkemas Kerangka Insentif
Antara isu utama yang membelenggu ATM dalam usahanya menarik bakat terbaik adalah kerangka penawaran gaji bagi graduan-graduan berbakat besar yang dilihat tidak setanding dengan tawaran oleh dengan sektor swasta.
Lazimnya, sektor swasta dilihat menawarkan imbuhan dan prospek kerjaya yang lebih anjal, menarik dan luas. Untuk memenangi persaingan ini, strategi dan kerangka imbuhan yang ditawarkan mesti disemak dan diperkemas. Elemen-elemen yang menampakkan kelebihan menyertai ATM mesti ditonjolkan.
Di peringkat global, pelbagai pendekatan digunakan bagi menarik individu berkualiti ke dalam angkatan tentera. Amerika Syarikat misalnya, melalui program ROTC (Reserve Officers’ Training Corps), menawarkan biasiswa penuh atau sebahagian kepada pelajar dengan syarat mereka menamatkan tempoh perkhidmatan aktif selepas graduasi. Taiwan mengambil langkah serupa dengan menyediakan subsidi penuh untuk yuran pengajian, penginapan, serta elaun bulanan sebanyak NT$12,000 (RM1,600).
Dalam usaha meningkatkan daya tarikan ATM, rancangan menebus hutang PTPTN bagi graduan PALAPES yang diterima masuk ke ATM, yang pernah diutarakan oleh Datuk Seri Khaled Nordin sebelum ini, perlu direalisasikan.
Biarpun MINDEF telah menunjukkan kesediaan untuk mempertimbangkan inisiatif ini, idea Menteri Pertahanan tersebut mesti dilaksanakan secara berhati-hati dan ketat bagi memastikan hanya individu yang memenuhi kriteria dan berkelayakan, terutama dalam bidang-bidang kritikal yang relevan, yang mendapat keistimewaan ini.
Membina Ketumbukan ATM yang Kompetitif dan Mampan
Pada akhirnya, keupayaan Malaysia dalam membentuk ATM sebagai sebuah pasukan yang kompetitif dan moden sangat bergantung kepada sejauh mana kita berjaya menarik dan mengekalkan bakat terbaik dalam perkhidmatan ketenteraan. Sekiranya strategi ini gagal dilaksanakan dengan baik, Malaysia berisiko kehilangan bakat-bakat terbaik kepada sektor lain yang menawarkan prospek lebih cerah.
Pelaburan dalam modal insan ketenteraan bukan sekadar soal pertahanan negara, tetapi juga satu strategi jangka panjang dalam membina kestabilan dan kedaulatan. MINDEF boleh dikatakan sedang berada di landasan yang tepat khususnya apabila melihat kepada kesediaannya untuk bersikap lebih terbuka dan inovatif dalam membentuk ketumbukan pertahanan negara.
Iltizam ini mesti dipastikan menjadi realiti agar pasukan ATM dipenuhi dengan bakat-bakat terbaik yang berupaya berhadapan dengan cabaran pertahanan moden yang semakin rumit.
* Oleh Fahmiza Mohamad Stephen, yang kini melanjutkan pengajian Doktor Falsafah di Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran (SEEDS), Universiti Kebangsaan Malaysia.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis, dan/atau berdasarkan bidang yang dijalaninya, serta tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.