Skip to main content

Malaysia

[KOLUMNIS] Universiti, pemikir dan Bumiputera: Amirul Akhbar jawab Khairuddin Aljunied

Pensyarah Kanan UiTM, Mohd Amirul Akhbar
Mohd Amirul Akhbar Mohd Zulkifli dirakam dalam visual berkaitan wacana akademik, mengemukakan hujahnya yang menyangkal pandangan Prof Dr Khairuddin Al Junied mengenai peranan universiti dan kedudukan Bumiputera. Pandangan berbeza antara kedua-dua tokoh akademik ini mencerminkan perdebatan lebih luas tentang masa depan universiti, kecerdasan buatan (AI) dan pembinaan pemikir kritikal di Malaysia.

KUALA LUMPUR: “Jadi, adakah Bumiputera di Malaysia ini betul-betul ketinggalan? ‘Ya tapi yang ketinggalan sebenarnya adalah universiti yang pada saya belum lagi mempunyai daya dan upaya melahirkan tokoh pemikir,’ kata Prof Dr Khairuddin Al Junied.

Saya menolak kenyataan yang dibuat oleh Dr Khairuddin Al Junied kerana dalam membicarakan persoalan berkaitan Bumiputera di Malaysia yang dikatakan ketinggalan disebabkan universiti di Malaysia belum lagi mempunyai daya upaya melahirkan tokoh pemikir dilakukan tanpa premis-premis yang kukuh bagi menyokong hujahan beliau itu.

Advertisement

Sebagai salah seorang ahli akademik, saya menyatakan bahawa universiti-universiti di Malaysia telah banyak membantu dalam memberikan ilmu pengetahuan kepada para graduan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan 1957.

Jika tidak melahirkan pemikir maka sudah tentu para graduannya tidak akan ada yang mampu untuk menerajui mahupun memimpin organisasi mahupun mana-mana institusi. 

Apakah kita masih terkepung dalam pendefinisian yang diberikan oleh Barat khususnya dalam melahirkan pemikir Bumiputera? Atau adakah menerusi pandangan yang diberikan bahawa ilmu yang diperolehi oleh para graduan akan lapuk ketika mereka habis belajar?

Ilmu itu tidak pernah lapuk, yang lapuk ialah mereka yang tidak ingin meneruskan pencarian keilmuan dan ini yang patutnya diperjelaskan oleh Dr Khairuddin Al Junied. Begitu juga saya berpandangan bahawa betul kita perlu mengemas kini ilmu berkaitan AI tetapi tidaklah sehingga menidakkan "tiang seri disiplin ilmu" yang pelbagai sifatnya di universiti.

AI is just a smart technology, and there will be more AI, or should I say other name/label to be referred to the technology in the near future.

Maka adakah universiti perlu untuk mengenepikan secara total aspek yang membentuk pengetahuan manusia contohnya dari sudut pensejarahan hanya kerana AI. I don't think so. Universiti adalah gedung ilmu yang akhirnya adalah memanusiakan manusia dalam menghadapi dunia sebenar. 

Mengajar manusia berfikir secara kritis, kritikal, serta cuba untuk melahirkan manusia yang boleh mempersoalkan sesuatu perkara mahupun isu tanpa hanya menjadi penerima ataupun Pak Turut yang diberikan oleh mana-mana pihak.
Misi dan Visi Universiti adalah berbeza, dan adalah sangat tidak adil meletakkan semua universiti di Malaysia gagal melahirkan tokoh pemikir.


* Mohd Amirul Akhbar Mohd Zulkifli ialah Presiden Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi MARA (UiTM).

** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian atau pandangan Astro AWANI.

Must Watch Video