awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah guna PLS warga asing sedikit meningkat - Saifuddin Nasution
Tibi: Tiada arahan penutupan sekolah di Kota Tinggi - Exco
Perhimpunan GARAH: 'Kritik boleh, tetapi ganggu keselamatan akan dikenakan tindakan' - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Komen jelik terhadap MB Kedah, Ketua UMNO Sungai Petani pula dipanggil polis

Astro Awani
Astro Awani
11/08/2021
10:53 MYT
Komen jelik terhadap MB Kedah, Ketua UMNO Sungai Petani pula dipanggil polis
Shahanim memaklumkan dia dipanggil untuk memberikan kenyataan berhubung status jelik di laman Facebook terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
SUNGAI PETANI: Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff dipanggil untuk memberikan kenyataan berhubung status jelik di laman Facebook terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Shahanim melalui laman Facebooknya berkata beliau dipanggil untuk memberikan kenyataan di IPD Kuala Muda pada petang Rabu.
“Saya tak komen jelik. Saya tak komen hina, saya tak maki MB Kedah pun.
“Saya hanya up status jumlah kematian di Kuala Muda, orang ramai yang komen macam-macam tapi petang ini saya dipanggil ke IPD Kuala Muda,” katanya sebentar tadi sambil memuat naik gambar di hadapan IPD.
BACA: Isu kontena mayat COVID-19: "Saya mohon maaf kepada yang tersinggung" - MB Kedah
BACA: Polis tahan dua lelaki didakwa hina MB Kedah
Sumber Facebook shahanim.mohdyusoff
Dalam sidang media pada 6 Ogos, Sanusi ditanya mengenai status kontena penghantaran yang digunakan untuk menyimpan mayat di Hospital Sungai Petani, susulan ketiadaan ruang di bilik mayat di sana.
Beliau menjawab, lebih banyak kontena akan disediakan, sambil menambah, “kontena jenazah mencukupi, siapa nak masuk, bagi nama”.
Menteri Besar itu kemudiannya memohon maaf atas kenyataan tersebut.
Mengikut rekod sehingga kini seramai empat orang telah ditahan dan direkodkan kenyataan berhubung isu ini.
Topic Berkaitan
#Muhammad Sanusi Md Nor
#komen
#jelik
#Facebook
#UMNO
#Kedah
#kuala muda
#IPD
#PDRM
#polis
#gurau
#Sungai Petani
#jumlah kematian
#hina MB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan