SINTOK: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dan terasa hati berhubung kenyataan beliau membabitkan penggunaan kontena sejuk beku untuk mayat COVID-19 dalam satu sidang media pada Jumaat.
Menurut beliau, jawapan yang diberikan itu merupakan antara gurauannya dengan kumpulan wartawan yang sudah memahami karakter beliau sebelum ini,,
'
“Namun telah ditularkan di luar konteks sebenar berkaitan apa maksud sebenar yang ingin disampaikannya,” katanya dalam sidang media selepas melakukan tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Outreach IPT, Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, pada Sabtu.
Susulan penularan video berkenaan, Sanusi mengakui, telah menerima pelbagai maklum balas susulan isu berkenaan termasuk mesej-mesej yang mencela dirinya.
Bagaimanapun, beliau menyifatkan, semua itu asam garam seorang pemimpin politik terutama ketika menjawat jawatan sebagai Menteri Besar.
"PC (sidang media) semalam yang 'top'nya (difokuskan adalah) tentang gurauan itu sahaja, (ia sebenarnya) di luar konteks yang sebenar, oleh kerana ada pihak yang tersinggung (dan) terasa hati dengan gurauan itu, saya ambil kesempatan pagi ini untuk memohon maaf, kepada pihak yang tersinggung dengan gurauan itu,
"Saya ingin menyatakan saya hanya bergurau dengan adik-adik wartawan yang telah jadi sebahagian daripada keluarga saya, depa (mereka) tahu saya punya karakter (sebenar).
“Oleh kerana masuk dalam kamera (gurauan itu), nasib saya, (selepas itu) ramai yang menghantar mesej mencela, tapi saya terima sebagai adat dalam kerjaya saya, ada yang suka ada yang benci, tapi saya sayang semua orang," kata Sanusi.
Pada Jumaat, tular di media sosial, sedutan video kenyataan kontroversi Sanusi yang menyebut: "Kontena jenazah mencukupi, siapa nak masuk, bagi nama.”
Guruan Sanusi itu menyebabkan beliau menjadi sasaran kritikan pemimpin pembangkang selain netizen yang menyifatkan Menteri Besar Kedah itu tidak sensitif dengan perkembangan penularan COVID-19.
Dalam perkembangan berasingan, beliau mendedahkan bahawa gambar kenderaan Ford Ranger Raptor yang tular baru-baru ini, adalah milik seorang kenalannya yang kemudian ditawar kepadanya untuk disewa.
Jelasnya, selepas kejadian beliau dilihat hadir di sebuah pusat pameran kereta di Juru, Pulau Pinang, Jun lalu, kenalan terbabit berpandangan ada keperluan membeli kenderaan pacuan empat roda itu terutama bagi kerja-kerja membantu penduduk sekitar.
Abd Hadi Che Awang
Sat Aug 07 2021
Menurut Muhammad Sanusi Md Nor, jawapan yang diberikan itu merupakan antara gurauannya dengan kumpulan wartawan yang sudah memahami karakter beliau sebelum ini. - Gambar fail
Penyelia tapak didenda RM3,500 ugut, cederakan teman lelaki bekas isteri
Penyelia tapak didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah mengugut dan mencederakan teman lelaki bekas isterinya minggu lalu.
Lagi barangan penjaja asing disita di Kuala Lumpur
DBKL meneruskan operasi tindakan khas dengan menyita barangan penjaja warga asing di sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin atau Jalan Silang dan Lebuh Pudu pada Ahad.
Lebih RM141 juta dibelanjakan untuk Bantuan Prihatin Pahang - MB
Kerajaan Pahang telah membelanjakan lebih RM141 juta bagi program Bantuan Prihatin Pahang (BPP) bermula 2020 sehingga kini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
DUN Johor tergendala, Speaker minta tingkat keselamatan
Speaker DUN Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi meminta kawalan keselamatan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung di Bangunan Sultan Ismail dipertingkatkan.
Bayi masih bertali pusat ditemui dalam kotak berhampiran Gua Tempurung
Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di sini pada Ahad.
AWANI Ringkas: Forum Ekonomi Qatar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Julina dilantik Ketua Pengarah JaPen baharu
Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Imigresen tumpas sindiket ubah suai pasport 'Ofu Bhai'
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket "Ofu Bhai" yang aktif menjalankan kegiatan pemalsuan dan pengubahsuaian pasport tulen sejak dua tahun lepas.
Putin lantik penasihat ekonomi sebagai Menteri Pertahanan
Presiden Russia, Vladimir Putin menggugurkan Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu dalam rombakan Kabinetnya yang sekali gus menyaksikan perubahan besar kepemimpinan tentera selepas lebih dua tahun berlangsung perang Ukraine.
Mesir akan campur tangan kes ICJ Afrika Selatan terhadap Israel
Tindakan itu menyerlahkan ketegangan semakin meningkat antara kedua-dua negara jiran itu ketika operasi Israel di bandar sempadan Rafah menguji perjanjian jangka panjang dan kerjasama keselamatan.
Isu kontena mayat COVID-19: "Saya mohon maaf kepada yang tersinggung" - MB Kedah
"Saya memohon maaf, kepada pihak yang tersinggung dengan gurauan itu." - Muhammad Sanusi Md Nor