awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS komited pastikan setiap negara boleh beroperasi di wilayah Indo-Pasifik

Bernama
Bernama
03/06/2023
02:15 MYT
AS komited pastikan setiap negara boleh beroperasi di wilayah Indo-Pasifik
Austin berucap pada majlis Dialog Shangri-La di Singapura pada Jumaat. (Foto AP)
WASHINGTON: Amerika Syarikat komited memastikan setiap negara bebas menjalankan aktiviti yang sah di rantau Indo-Pasifik, lapor Sputnik.
"Kami komited memastikan setiap negara boleh terbang, belayar, dan beroperasi di mana-mana berlandaskan undang-undang antarabangsa yang membenarkan.
"Dan setiap negara, mesti kekal bebas menjalankan aktiviti maritim yang sah," kata Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin semasa ucapan di majlis Dialog Shangri-La di Singapura pada Jumaat.
Menurut Austin, Amerika Syarikat sedang memodenkan kehadirannya di Indo-Pasifik supaya ia boleh terus menjalankan aktiviti di mana undang-undang antarabangsa membenarkan.
Sejak 2020, Austin berkata, Amerika Syarikat telah melabur hampir US$1.2 bilion dalam kerjasama pembiayaan keselamatan.
Selain itu, ketua pertahanan AS menyatakan bahawa belanjawan 2024 Presiden Joe Biden termasuk peningkatan 40 peratus berbanding tahun lalu untuk Inisiatif Pencegahan Pasifik, mencadangkan nilai tertinggi sebanyak US$9.1 bilion.
Terdahulu pada Jumaat, Austin dan Menteri Pertahanan China Li Shangfu bersalaman secara ringkas di majlis makan malam forum Shangri-La.
Austin berkata pada Mei bahawa beliau menjangkakan sesi dialog dengan rakan sejawatannya dari China di luar forum Dialog Shangri-La, tetapi China menolak.
--BERNAMA-SPUTNIK
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Indo-Pasifik
#Lloyd Austin
#pembiayaan keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan