PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengeluarkan kompaun berjumlah RM534,200 terhadap 2,205 pengeluar, pemborong dan peruncit ayam serta telur ayam melibatkan pelbagai kesalahan bagi tempoh 5 Feb hingga semalam.
Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Azman Mohd Yusof berkata kompaun itu dikeluarkan menerusi 2,205 tindakan penguatkuasaan bagi membanteras pencatutan harga barangan kawalan bersubsidi dalam tempoh berkenaan.
Beliau berkata daripada jumlah itu 153 tindakan melibatkan kesalahan menjual melebihi harga maksimum, tidak mempamerkan tanda harga merah jambu pada barang kawalan (1,980) dan tidak mempamerkan tanda harga (72).
"Tindakan dan kompaun terbabit dikenakan terhadap 13 pengeluar, 54 pemborong dan 2,138 peruncit bekalan ayam dan telur ayam, dengan nilai sitaan adalah RM336,634," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program 'Sihat Ke Saya?' anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) cawangan KPDNHEP di sini semalam.
Azman berkata pihaknya mengalu-alukan pengguna untuk membuat aduan melalui enam saluran rasmi KPDNHEP iaitu Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) dengan menelefon 03-8882 6088/6245, aplikasi Ez-ADU, menerusi talian hotline 1-800-886-800, WhatsApp 019-279 4317/019-848 8000, portal e-Aduan http://e-aduan.kpdnhep.gov.my dan e-mel [email protected]
Mengenai dakwaan kewujudan kartel telur ayam yang menyorok bekalan itu sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), beliau menyifatkan ia sebagai tuduhan tidak berasas, malah pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung kegiatan terbabit.
"Sekiranya berlaku, pengguna boleh buat laporan kepada kami dan Bahagian Penguatkuasaan KPDNHEP akan jalankan siasatan, tetapi perlu kemukakan aduan terperinci bagi memudahkan pihak kami," katanya.
Bagi isu kenaikan harga telur ayam di pasaran, Azman berkata tindakan boleh dikenakan terhadap pemain industri di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011) sekiranya didapati melanggar akta itu.
"KPDNHEP sentiasa peka dengan aduan pengguna bagi memastikan barangan kawalan bersubsidi sentiasa dipantau dan tidak dimanipulasi oleh pemain industri," katanya.
Baru-baru ini tular di laman media sosial mengenai bekalan telur ayam kembali pulih di pasaran namun dijual pada harga yang tinggi selain dikaitkan dengan kewujudan kartel telur ayam yang memanipulasi bekalan terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 29 2022

KPDNHEP sentiasa peka dengan aduan pengguna bagi memastikan barangan kawalan bersubsidi sentiasa dipantau dan tidak dimanipulasi oleh pemain industri. - Gambar hiasan

Bayaran PLKS kru nelayan warga asing dikurangkan - DOF
Kadar bayaran PLKS bagi kru nelayan asing dikurangkan kepada RM320 seorang untuk sektor pertanian bagi tempoh enam bulan pertama.

Twitter alami gangguan teknikal
Walaupun tweet yang dimuat naik sebelum ini masih kelihatan, pengguna berdepan dengan mesej "anda telah melebihi had harian untuk menghantar tweet".

Piala Dunia Kelab: Real intai gelaran dunia buat kali kelima
Kualiti cemerlang Real memastikan mereka melakukan pehitungan final dengan Al-Hilal di final Sabtu ini.

Inisiatif Menu Rahmah tidak libat perbelanjaan kerajaan - Salahuddin
Salahuddin berkata, ia adalah sepenuhnya komitmen peniaga yang secara sukarela menyertainya.

Dua kanak-kanak maut dirempuh bas di pusat jagaan
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika orang ramai sedang menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan tersebut.

Pakar undang-undang antarabangsa, Prof Rothwell sampai syarahan ulung di USIM
Beliau berkunjung ke USIM dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia bagi menyampaikan kuliah umum berjudul The Regime of Islands under International Law'

Michael Rechner isi posisi kontroversi Bayern Munich
Tindakan juara Bundesliga itu dikatakan berpunca daripada mengalami hubungan dinginnya dengan pengurus, Julian Nagelsmann.

Fenomena 'brain drain' masih boleh beri manfaat kepada negara - TPM Fadillah
Antara faktor berlakunya brain drain adalah kerana terdapatnya fasiliti dan sistem sokongan yang lengkap di negara lain.

Pendekatan 'merakyat' lonjak populariti Anwar di persada antarabangsa - Zambry
Pendekatan 'merakyat' Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan beliau dihormati dan sentiasa mendapat perhatian di persada antarabangsa.

TFC nafi Akhyar bakal berhijrah ke Terengganu
Menurut Ab Rasid, tiada sebarang perbincangan antara TFC dan JDT melibatkan pemain skuad kebangsaan kelahiran Kedah itu.

Op Gempur: 107 kompaun dikeluarkan kes cemar alam sekitar
Dalam masa sama, sebanyak 20 arahan di lapangan serta 30 notis arahan dikeluarkan, di samping satu penahanan operasi kelengkapan.

MCMC keluar 112 kompaun bernilai lebih RM4 juta bagi tahun 2022
Sebanyak 106 kompaun telah dikeluarkan kepada pemegang lesen MCMC dengan nilai kompaun sebanyak sebanyak RM4.616 juta.

Kompaun lebih RM500,000 kepada pengeluar, pemborong dan peruncit ayam, telur ayam - KPDNHEP
Kompaun dikeluarkan menerusi 2,205 tindakan penguatkuasaan bagi membanteras pencatutan harga barangan kawalan bersubsidi.

Gagal kibar Jalur Gemilang, 52 premis dikompaun
Sebanyak 52 premis perniagaan di negeri ini yang gagal mematuhi arahan mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dikenakan kompaun keseluruhan berjumlah RM26,000.

Kompaun RM1,000 berserta intipan, jadikan 'hotspot' sampah haram mulai bersih
Richard berkata, beliau sendiri dapat melihat perubahan di kawasan yang dahulunya sering menjadi tumpuan pembuangan sampah haram.

Bulan Kemerdekaan: MBI kompaun premis perniagaan enggan pasang Jalur Gemilang
Pendekatan diambil selaras peruntukan di bawah Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan, atas kesalahan melanggar syarat lesen.

Masih berdegil, 15 dikompaun RM1,000 buang sampah haram - Datuk Bandar
Datuk Bandar berkata pihaknya tegas dalam melaksanakan kompaun itu, dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Buang sampah secara haram di Ipoh, kompaun RM1,000 tanpa rayuan menanti anda!
Mengenakan kompaun merupakan langkah terakhir setelah tindakan lain tidak diendahkan oleh warga kota.

Kesalahan merokok untuk GEG bukan jenayah, purata denda RM50 sahaja - Khairy
Khairy berkata, purata denda untuk merokok di bawah umur ialah RM50, manakala purata denda di mahkamah hanyalah RM200

Diskaun 90 peratus kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 dilanjut
Di bawah insentif ini, syarikat dan pengarah syarikat layak mendapat pengurangan 90 peratus dari nilai asal kompaun.