LIPIS: Sebuah kompleks pentadbiran daerah bakal dibina di Jalan Bukit Kota-Kepong, di sini, bagi kemudahan penduduk setempat berurusan dengan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Lipis.
Menurut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Kompleks Pentadbiran Daerah Kecil Jelai bernilai RM12 juta itu dapat memudahkan penduduk membuat urusan pembayaran hasil, hak milik tanah, serta perkara berkaitan.
Bangunan yang dibina di atas tapak seluas 0.81 hektar itu juga bakal memberi manfaat kepada hampir 40,000 penduduk dari 30 buah kampung termasuk perkampungan Orang Asli.
Menurutnya lagi, kompleks pentadbiran tersebut akan menempatkan dua blok bangunan empat tingkat dan dua tingkat di mana ia juga akan digunakan sebagai pejabat bagi Pahang Barat Plus.
“Kedua-dua bangunan ini akan menempatkan kaunter bersepadu, bilik pejabat, bilik perbincangan, ruang bekerja, mesin juruwang automatik (ATM), kafeteria, dan ruang serbaguna.
"Kompleks yang dijangka dapat memuatkan 50 pekerja ini juga akan dilengkapi fasiliti awam lain seperti surau, serta tempat letak kereta Orang Kurang Upaya (OKU),” katanya pada Khamis.
Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelai berkata, pembinaan kompleks ini dijangka bermula pada hujung tahun ini dan akan mengambil masa 24 bulan di mana jangkaannya akan selesai pada awal tahun 2025.
"Pembinaan kompleks ini bagi menggantikan Pusat Pentadbiran Daerah Kecil Jelai yang kini beroperasi sementara di Balai Serbaguna Betong.
"Ia juga dapat membantu menjimatkan masa penduduk kampung daripada berurusan di Pejabat Tanah dan Daerah Lipis di Bandar Lipis yang mengambil masa hampir 40 minit perjalanan," katanya.
Norfarhiza Mohd Atar
Fri Jul 29 2022
Wan Rosdy berkata, bangunan yang dibina di atas tapak seluas 0.81 hektar itu bakal memberi manfaat kepada hampir 40,000 penduduk dari 30 buah kampung. -Astro AWANI
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Kompleks pentadbiran RM12 juta beri manfaat kepada 40,000 penduduk Jelai
40,000 penduduk bakal terima Kompleks Pentadbiran Daerah Kecil Jelai bernilai RM12 juta