awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Kanada nafi tarik balik kenyataan di Davos selepas berbual dengan Trump
Asfura angkat sumpah Presiden Honduras, fokus selesai masalah rakyat
Blatter sokong boikot Piala Dunia 2026 di AS susulan tindakan pentadbiran Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kompleks Sarawak bakal dibina di Kuala Lumpur tahun hadapan - Abang Johari

Bernama
Bernama
25/10/2025
21:50 MYT
Kompleks Sarawak bakal dibina di Kuala Lumpur tahun hadapan - Abang Johari
Abang Johari (hadapan, tengah) hadir pada majlis perasmian Makan Malam Lan Berambeh Anak Sarawak di MITEC, Kuala Lumpur, malam tadi. Turut kelihatan, Fadillah, Wan Junaidi dan Nanta. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebuah kompleks Sarawak bakal dibina di Kuala Lumpur tahun hadapan, bagi memudahkan urusan penginapan dan pertemuan penuntut-penuntut dari negeri Bumi Kenyalang, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Abang Johari berkata kompleks itu akan dibina dengan dilengkapi kemudahan seperti hostel dan inftrastruktur lain, bagi menempatkan pelajar-pelajar dari Sarawak di seluruh Semenanjung untuk bertemu, bermesyuarat dan sebagainya.
"Insya-Allah, tanahnya sudah sedia. Hanya kita bangunkan saja dan akhirnya di tengah-tengah ibu negara, bangunan yang akan berdiri teguh, segak iaitu Kompleks Sarawak.
"Mudah-mudahan ia akan memberikan kenikmatan dan juga kemudahan kepada anak Sarawak," katanya dalam amanat beliau pada Majlis Makan Malam sempena program Lan Berambeh Anak Sarawak 2025, yang diadakan di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini semalam.
Turut hadir Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi merangkap Pengerusi Lan Berambeh tahun ini, wakil-wakil rakyat Sarawak dan kira-kira 6,000 anak Sarawak.
Dalam perkembangan lain, Abang Johari turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri merancang untuk menyediakan pendidikan tinggi percuma kepada pelajar yang menuntut di institusi pengajian tinggi di Sarawak.
"Inisiatif ini akan meringankan beban keluarga terutama yang bekerja sebagai nelayan, petani dan golongan B40, kerana sekarang anaknya berpeluang untuk menuntut pada peringkat tertiary education," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abang Johari Tun Openg
#kompleks Sarawak di Kuala Lumpur
#pelajar Sarawak di Semenanjung
#IPT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan