awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Komposisi kerusi Dewan Rakyat perlu dikaji semula - Wan Junaidi

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
19/07/2020
12:40 MYT
Komposisi kerusi Dewan Rakyat perlu dikaji semula - Wan Junaidi
DR WAN JUNAIDI: Saya bersetuju bahawa komposisi kerusi ini perlu dikaji semula kerana terdapat kawasan Parlimen di Sarawak yang besar. - Gambar fail/BERNAMA
“Saya bersetuju bahawa komposisi kerusi ini perlu dikaji semula kerana terdapat kawasan Parlimen di Sarawak yang besar.”
Itu pandangan yang dilontarkan Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar susulan cadangan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang menggesa peruntukan satu per tiga komposisi Dewan Rakyat untuk negeri Sarawak dan Sabah direalisasikan.
Tambah Wan Junaidi, walaupun komposisi satu per tiga kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak tidak jelas disebutkan dalam Perjanjian Malaysia (MA63) dan Akta Malaysia, namun ia dinyatakan dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold dan Laporan Antara Kerajaan.
“Kita perlu faham bahawa terdapat kawasan Parlimen di Sarawak yang begitu besar. Contohnya, kawasan Baram yang lebih besar dari negeri Pahang.
“Untuk kawasan seperti ini, sudah tentu lebih wajar dipecahkan dan seharusnya lebih ramai wakil rakyat dilantik bagi mewakili penduduk di situ,” katanya dalam satu kenyataan media.
Ujarnya lagi, selepas Singapura meninggalkan Malaysia, kekosongan itu telah diisi oleh Semenanjung Malaysia dan bukannya Sabah dan Sarawak.
Ia sekali gus menjadi cerminan kepada komposisi di Dewan Rakyat ketika ini di mana kerusi Sabah dan Sarawak kurang daripada satu per tiga.
Topic Berkaitan
#Abang Johari Tun Openg
#Ahli Parlimen Santubong
#Akta Malaysia
#Laporan Antara Kerajaan
#Laporan Suruhanjaya Cobbold
#MA63
#Parlimen
#Perjanjian Malaysia
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan