KUCHING: Sambutan Gawai Dayak yang disambut hari ini, sering dikaitkan dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan ratu cantik dan amalan 'ngabang' (ziarah rumah terbuka Gawai), namun untuk dua tahun berturut-turutnya komuniti Dayak di Sarawak terpaksa melupakannya, dalam usaha memerangi pandemik COVID-19.
"Salah satu aktiviti yang akan paling saya rindukan tentunya berkumpul bersama-sama dengan sanak saudara di rumah atuk dan nenek, di Kampung Stass di Bau.
"Saya juga akan rindukan ngabang, kerana inilah satu-satu masa yang kami boleh berziarah dan berjumpa, bukan sahaja dengan saudara mara, tetapi juga rakan-rakan," kata pelatih perubatan Grandy Mina Mihim.
Grandy, 26, berkata, beliau juga rindukan 'Kumang Gawai' atau pertandingan ratu cantik, bagi memilih ratu cantik festival.
"Ini satu masanya yang kita dapat melihat ratu-ratu cantik Bidayuh, memperagakan pakaian tradisi dari suku kaum masing-masing," kata Grandy yang suatu ketika dahulu turut menyertai pertandingan ratu cantik seperti itu.
Selain itu Grady berkata, beliau juga merindui makanan tempatan seperti masakan Bidayuh, "Saya boleh bayangkan nikmatnya 'pogang' (lemang) dan dimakan bersama 'tikasuom' (ikan pekasam), yang ditaburkan dengan cili dan kapur," katanya.
Namun demikian, beliau akur dengan keputusan kerajaan negeri untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Sarawak dari 29 Mei sehingga 11 Jun.
"Ini satu pandemik global dan kesnya dari hari ke hari semakin meningkat, oleh sebab itu lebih baik untuk menjaga diri kita dan keluarga, daripada kita keluar dan dijangkiti dengan virus itu," katanya.
Sementara itu seorang guru Angela Ritikos, 57, berkata, beliau tentunya rindukan ahli-ahli keluarga berkumpul bersama, kerana selalunya inilah masanya ke semua ahli keluarganya bersama-sama pulang ke Kuching.
"Walaupun saya tidak berapa setuju dengan 'lockdown', namun sejujurnya saya rasakan ia perlu dilakukan. Kita perlu lindungi diri dan yang tersayang dan selamatkan komuniti kita," kata Angela yang rindukan dua anak perempuannya yang bekerja di Semenanjung Malaysia.
Bekas ratu cantik Angela Martin, 43, pula berkata, ini tahun kedua beliau rindukan kemeriahan Gawai yang biasanya disambut bersama ibu bapanya di Kampung Sungai Pinang Baru, Simunjan.
"Apa yang pastinya, Gawai akan masih disambut pada tahun-tahun yang akan datang, jadi adalah satu tindakan bijak jika kita semua boleh menjaga keselamatan dan duduk di rumah, ketika sambutan Gawai kali ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 30 2021
Kakitangan Kampung Budaya Sarawak, Casimira Muna Nelson, berjalan di atas jambatan diperbuat daripada buluh berhampiran rumah panjang Iban. - Foto BERNAMA
Baling bom petrol di pusat hiburan: Dua lagi lelaki didakwa
Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota.
12 terbunuh dipanah petir di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India.
MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Perdana Menteri hadiri majlis ngabang Gawai Dayak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Sibu untuk menghadiri beberapa majlis ngabang Gawai Dayak.