awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kondominium jadi 'port' proses dadah diserbu polis

Astro Awani
Astro Awani
10/06/2020
10:20 MYT
Kondominium jadi 'port' proses dadah diserbu polis
Supritendan A.A. Anbalagan (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian daripada dadah dan peralatan yang dirampas dalam serbuan polis di Bayan Lepas. - Astro AWANI
Polis membongkar kewujudan sebuah kondominium yang dijadikan makmal pemprosesan dan pengedaran dadah hasil penahanan seorang lelaki dalam serbuan di kawasan Persiaran Indah, Bayan Lepas Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan A.A. Anbalagan berkata, dalam serbuan pada jam 9.30 malam itu, pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM113,298 dirampas.
Turut ditemui pelbagai peralatan serta bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan bahan terlarang berkenaan di dalam rumah berkenaan.
Anbalagan berkata, polis menahan seorang lelaki dipercayai terbabit dengan pengedar dadah dalam serbuan pertama semasa menjalankan Op Tapis pada jam 5 petang hari sama di kawasan Sungai Nibong.
Lelaki berusia 31 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori itu ditahan selepas polis menemui sejumlah dadah sewaktu pemeriksaan dilakukan ke atas kenderaan miliknya.
Hasil soal siasat, suspek membawa polis ke sebuah kondominium di Bayan Lepas dan pemeriksaan lanjut menemui pelbagai jenis dadah antaranya heroin, syabu dan heroin base disembunyikan di rumah itu.
Polis percaya sindiket berkenaan telah beroperasi sejak tiga bulan lalu dan semua dadah berkenaan adalah untuk pasaran tempatan.
"Hasil pemeriksaan di dalam rumah tersebut, kami menjumpai dadah heroin dan syabu berserta beberapa bahan dan peralatan bahan kimia disyaki bagi membuat proses dadah.
"Anggaran dadah yang dirampas ini boleh membekalkan kepada 18,000 penagih. Berdasarkan risikan dan soal siasat, kesemua dadah heroin dan syabu yang dirampas dijual dan diedarkan di sekitar daerah Barat Daya sejak 3 bulan lalu," ujar Anbalagan.
Polis percaya sindiket berkenaan aktif mengedar dadah di kawasan tersebut dan giat memburu saki-baki kumpulan berkenaan.
Saringan ujian air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis metamfetamin.
Suspek yang turut mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah direman tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Anbalagan berkata demikian pada sidang media di IPD Barat Daya, Pulau Pinang pada Rabu.
Topic Berkaitan
#Dadah
#Ketua Polis Daerah Barat Daya
#PDRM
#pemeriksaan
#polis
#proses dadah
#serbuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan