awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Iran-Israel: PM, anggota Kabinet adakan mesyuarat khas petang ini

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
14/04/2024
10:10 MYT
Konflik Iran-Israel: PM, anggota Kabinet adakan mesyuarat khas petang ini
Mesyuarat itu akan membincangkan langkah segera yang boleh diambil kerajaan, termasuk membabitkan pelajar-pelajar Malaysia di Asia Barat. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan satu mesyuarat khas petang ini bersama beberapa menteri Kabinet dan pegawai, susulan konflik antara Iran dan Israel.
Mesyuarat itu akan membincangkan langkah segera yang boleh diambil kerajaan, termasuk membabitkan pelajar-pelajar Malaysia di Asia Barat.
"Saya akan adakan mesyuarat khas jam 6 petang ini bagi berbincang dengan beberapa menteri dan pegawai untuk merangka beberapa langkah segera yang boleh kita ambil.
"Di peringkat antarabangsa sudah tentulah kita harap dapat dicari jalan penyelesaian dan perdamaian kerana apa yang berlaku di sana akan menjejaskan keamanan dunia," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Kelahiran Dr Bhimrao Ramji Ambedkar Ke-133 dan Konvensyen Antarabangsa Ambedkar di Shah Alam, pada Ahad.
Iran melancarkan melancarkan serangan dron terhadap Israel pada Sabtu.
Ia susulan serangan Israel ke atas konsulatnya di Damsyik pada 1 April yang membunuh tujuh pegawai Pengawal Revolusi termasuk dua komander kanan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Iran
#Israel
#Mesyuarat Khas
#serangan dron Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan