KUALA LUMPUR: Wisma Putra sedang memantau dengan teliti perkembangan di Asia Barat berikutan ketegangan antara Iran dan Israel.

Akibat ketegangan yang semakin memuncak, beberapa negara, termasuk Iran, Jordan, Lubnan dan Iraq, telah menutup ruang udara mereka.

Rakyat Malaysia di rantau itu dinasihatkan bersedia menghadapi kemungkinan gangguan pada jadual penerbangan dan membuat penyusunan yang perlu terhadap rancangan perjalanan mereka.

"Kerajaan komited untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di rantau ini," kata Wisma Putra dalam satu kenyataan.

Sekiranya berlaku kecemasan atau memerlukan bantuan semasa berada di luar negara, rakyat Malaysia boleh menghubungi kedutaan atau konsulat Malaysia yang terdekat seperti berikut:

KEDUTAAN MALAYSIA DI TEHRAN, IRAN

Alamat: No.25, 2nd Alley, North Zarafshan St., Shahrak-e-Gharb Nombor telefon: +98 21 880724444
+98 21 88078606
E-mel: [email protected] [email protected]

KEDUTAAN MALAYSIA DI AMMAN, JORDAN

Alamat: No. 5, Jalan Hassan Al Kayed, Off Abai Street, Abdoun, Amman 11183, Jordan

KEDUTAAN MALAYSIA DI BEIRUT, LUBNAN

Alamat: Lot 170, Saad Zaghloul Street, Downtown, Beirut, Lubnan Nombor telefon: +961 71 380 063
+961 7677 2527
E-mel: [email protected]

KEDUTAAN MALAYSIA DI BAGHDAD, IRAQ

Alamat: Mezzanine Floor, Babylon Rotana Hotel, Al Abassi Street, Al Jadria, Baghdad, Iraq
Nombor telefon: +964 786 497 0086
+964 786 497 0087
E-mel: [email protected]