awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Pilih jalan darat kerana lebih selamat, biarpun jarak lebih 1,000km - Duta Besar Malaysia ke Iran
MALAYSIA
Jadikan kepelbagaian kaum sebagai kekuatan negara - PM Anwar
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Konflik Israel-Iran: 'Tindakan AS langgar undang-undang antarabangsa, tidak boleh diterima' - PM Anwar

Azizah Alwi
Azizah Alwi
22/06/2025
11:25 MYT
Konflik Israel-Iran: 'Tindakan AS langgar undang-undang antarabangsa, tidak boleh diterima' - PM Anwar
Anwar menegaskan, campur tangan kuasa besar seperti AS hanya akan menyemarakkan lagi konflik rantau Asia Barat yang sudah kritikal. - Gambar fail
KUCHING: Tindakan Amerika Syarikat (AS) menyerang Iran dianggap sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa yang tidak boleh diterima.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan serangan Amerika Syarikat ke atas Iran sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa yang tidak boleh diterima dan berpotensi menyemarakkan konflik serta menjejaskan ekonomi global, termasuk risiko penutupan Selat Hormuz.
  • Malaysia kekal dengan pendirian menolak keganasan semua pihak dan menggesa kuasa besar agar bersikap adil dalam menilai punca konflik serta tidak bersikap pilih kasih dalam memperjuangkan hak asasi manusia.
  • Anwar menekankan kepentingan mempertahankan nyawa dan keadilan, serta menyeru agar negara merdeka dan berdaulat terus bersuara dalam isu hak asasi dan keamanan sejagat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, campur tangan kuasa besar seperti AS hanya akan menyemarakkan lagi konflik rantau Asia Barat yang sudah kritikal.
Ia juga sekali gus mendatangkan kesan besar kepada ekonomi dunia dan membawa risiko kepada penutupan Selat Hormuz, tambahnya.
“Kita telah tegas menyatakan untuk perdamaian sebenarnya. Israel harus ditekan supaya tidak bersikap provokatif dan ganas terhadap negara lain.
"Bila serang, bunuh orang... tentu ada jawapan dan tindak balas daripada Iran. Jadi kita ambil pendirian yang agak adil.
"Di Gaza, rakyat terus dibunuh termasuk wanita, anak anak. Dan sekarang dia serang Iran...dan Iran memilih untuk melawan.
"Sekarang bila ada campur tangan dari negara luar termasuk AS, keadaan lebih mengeruhkan. Kalau Selat Hormuz itu ditutup, itu menjadi permasalahan besar kepada ekonomi dunia,” ujarnya ketika ditemui media selepas menangguhkan sesi Seminar Pemantapan Organisasi dan Perjumpaan dengan Majlis Pimpinan PKR Sarawak di Kuching.
[TERKINI] Konflik Iran-Israel: Apa kita tahu setakat ini?
Tegasnya lagi, Malaysia akan kekal konsisten dengan pendirian untuk menolak keganasan semua pihak, dan menggesa semua kuasa besar bersikap adil dalam menilai punca konflik serta tidak memilih dalam memperjuangkan hak asasi manusia.
“Tapi bagi saya, yang penting sekali nyawa manusia dan keadilan. Kita kalau katakan tidak memilih, sekurang kurangnya ambil keputusan hentikan keganasan ini.
"Maknanya... (kononnya) jangan izinkan Iran bertindak balas tapi mengapa izinkan Israel bertindak begitu rupa?," katanya.
Malaysia jelasnya, perlu menyuarakan pendirian agar negara merdeka dan berdaulat tidak hilang keupayaan untuk bercakap tentang hak asasi dan keadilan.
"Ini mudah-mudahan ada perubahan... tapi kita hanya mampu doa kebaikan dan kemaslahatan bagi rakyat,” ujarnya.
Pada Ahad, AS telah melancarkan serangan udara ke atas Iran dengan menyasarkan tiga tapak nuklear utama Iran iaitu Fordow, Natanz dan Esfahan.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Konflik Iran-Israel
#Malaysia
#AS serang Iran
#Donald Trump
#Anwar Ibrahim
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami