awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Pilih jalan darat kerana lebih selamat, biarpun jarak lebih 1,000km - Duta Besar Malaysia ke Iran
MALAYSIA
Jadikan kepelbagaian kaum sebagai kekuatan negara - PM Anwar
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
22/06/2025
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 Jun 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 Jun 2025.
1. Sultan Kedah seru anak Kedah yang berjaya kembali menyumbang kepada negeri
Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah menyeru agar anak-anak Kedah yang telah berjaya tampil menyumbang kembali kepada negeri ini.
2,. Malaysia beri amaran Islamofobia diguna untuk justifikasi penindasan umat Islam
Mohamad Hasan berkata insiden diskriminasi dan serangan terhadap umat Islam telah mencapai tahap yang belum pernah berlaku sebelum ini.
3. Guru bola jaring disyaki pukul murid direman tiga hari
Seorang guru wanita berusia 24 tahun direman tiga hari hingga 24 Jun bagi membantu siasatan.
4. UMT mohon Kerajaan Terengganu kawal aktiviti pelancongan di kawasan taman laut
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berharap kerajaan negeri akan meningkatkan kawalan terhadap aktiviti pelancongan di kawasan taman laut bagi mengelak lebih banyak kes kematian penyu.
5. Raja Nurfatimah Mawar, Penolong Pengarang Berita Hiburan BH, meninggal dunia
Penolong Pengarang Berita Hiburan Berita Harian (BH), Raja Nurfatimah Mawar Mohamed, disahkan meninggal dunia di kediamannya di Sungai Long, Kajang pada Ahad.
6. Pemain industri perladangan wajib ambil lepasan TVET sebelum menggaji pekerja asing - Johari
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menetapkan prasyarat kepada pemain industri perladangan supaya mengambil pelajar lepasan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam bidang berkaitan sebelum dibenarkan menggaji pekerja asing.
7. UMNO akan pertimbang usul tarik balik penggantungan keahlian Hishammuddin - Mohamed Khaled
UMNO akan mempertimbangkan usul bagi menarik balik penggantungan keahlian bekas Naib Presidennya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
8. Cuaca panas: Kerajaan Johor beri kelonggaran pakaian sekolah agama
Kerajaan Johor memberi kelonggaran kepada pelajar sekolah agama negeri untuk memakai pakaian bersesuaian berikutan cuaca panas ketika ini.
9. Permohonan pendaftaran baharu skop cukai perkhidmatan & kadar cukai jualan dibuka mulai 1 Ogos
Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan bahawa permohonan pendaftaran baharu berkaitan peluasan skop cukai perkhidmatan serta semakan kadar cukai jualan yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, boleh dibuat mulai 1 Ogos 2025.
10. Tindakan komprehensif perlu dilaksana tangani jenayah eksploitasi seksual kanak-kanak
Pihak berkuasa perlu segera melaksanakan tindakan komprehensif bagi membanteras jenayah eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian yang semakin membimbangkan, kata Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita tempatan
#berita Malaysia
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami