awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Israel-Palestin: Ashaq jadi tumpuan Siti Nurhaliza, Sheikh Muszaphar

Sinar Harian
Sinar Harian
17/05/2021
08:41 MYT
Konflik Israel-Palestin: Ashaq jadi tumpuan Siti Nurhaliza, Sheikh Muszaphar
Dr Sheikh Muszaphar bertemu Ashaq pada tahun 2014 dan gembira pemuda itu masih dilindungi ALLAH sehingga kini. Gambar kanan: Gambar terbaru Ashaq pada tahun 2021. - Foto IG Dr Sheikh Muszaphar
KUALA LUMPUR: "Syukur dia masih hidup," luah Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha sebaik mendapat tahu seorang kanak-kanak lelaki Palestin yang ditemuinya pada tahun 2014 masih hidup.
Angkasawan negara itu turut memuat naik gambar terbaharu pemuda yang dikenali sebagai Ashaq menerusi Instagram beliau.
"Nama anak muda ini ialah Ashaq. Bertemu dengannya ketika dia masih kecil. Alhamdulillah, dia masih hidup. Masya-ALLAH.
"Semoga ALLAH melindungi semua rakyat Palestin dalam masa-masa sukar ini. Amin Ya Rabb," ungkapnya ringkas.
Ketika ini, bumi Palestin terus bergolak dan terus dihujani peluru, bom sehingga mengorbankan hampir 200 rakyat Palestin, manakala lebih 1,000 orang cedera dalam serangan udara Israel yang dilancarkan sejak minggu lalu.
View this post on Instagram
A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar)
Sementara itu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin turut berkongsi pengalamannya bertemu dengan Ashaq ketika beliau dan rombongan ke Palestin.
"Masa Siti dan rombongan ke sana pun Ashaq sama-sama bantu kami. Alhamdulillah, semoga ALLAH SWT melindunginya," ujarnya.
Begitu juga dengan warganet bernama @ruziani berkata, dia pernah bertemu dengan Ashaq di sana, malah menemaninya ke Masjid Al-Aqsa.
"Semoga dia menjadi pembebas Palestin dan mujahidin di sana. Teringat pada dia, suka teman saya pergi ke masjid. Semalam baru tengok gambar di Palestin. Tertanya-tanya apa khabar dia. Alhamdulillah," katanya.
Tambah @ruziani, pemuda berkenaan tinggal berhampiran Masjid al-Aqsa dan gemar menemani sesiapa sahaja yang mahu berkunjung ke masjid tersebut.
Katanya, tidak hairanlah ramai rakyat Malaysia mengenali Ashaq, seorang pemuda yang baik hati dan suka membantu.
Rata-rata warganet terus mendoakan Ashaq dan saudara-saudara di bumi Palestin supaya dilindungi ALLAH SWT.
Artikel asal di Sinar Harian: Konflik Israel-Palestin: Ashaq jadi tumpuan Siti Nurhaliza, Sheikh Muszaphar
Topic Berkaitan
#Palestin
#Israel
#Sheikh Muszaphar Shukor
#Siti Nurhaliza
#Instagram
#rakyat Malaysia
#Masjid Al-Aqsa
#Ashaq
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan