NATIONAL

Konflik Kremlin-Wagner: Wisma Putra pantau situasi semasa di Rusia - Zambry

Harits Asyraf Hasnan 25/06/2023 | 00:15 MYT
ZAMBRY: Rakyat Malaysia di Rusia diminta kekal tenang, berwaspada dan kekal di kediaman masing-masing. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Wisma Putra sedang memantau dengan teliti situasi semasa yang berlaku di Rusia susulan pergolakan antara kerajaan pentadbiran Vladimir Putin dengan pasukan tentera upahannya.

Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata demikian dalam satu kenyataan menerusi media sosial beliau hari ini.

"Kedutaan Malaysia di Moscow sedang berhubung rapat dengan semua 755 rakyat Malaysia yang berdaftar.

"Mereka diminta untuk kekal tenang, berwaspada dan kekal di kediaman masing-masing," katanya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

BACA: Rusia dakwa serangan Ukraine rosakkan jambatan Crimea

BACA: AS pantau situasi di Rusia ekoran ketegangan meningkat antara Kremlin, Wagner

BACA: Pemimpin Itali, Poland, Czech pantau 'ketidakstabilan' di Rusia

Tentera upahan Rusia yang dikenali sebagai Wagner dipimpin Yevgeny Prigozhin, memberontak menyerang Moscow selepas merampas sebuah bandar di selatan, pada Sabtu.

Bagaimanapun, mereka memutuskan untuk berundur selepas mengadakan perbincangan yang difasilitasi oleh Belarus.



#Zambry Abd Kadir #rakyat Malaysia #Rusia #Vladimir Putin