awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Sabah boleh jejaskan Kerajaan Perpaduan - Penganalisis

Astro Awani
Astro Awani
06/01/2023
22:00 MYT
Konflik Sabah boleh jejaskan Kerajaan Perpaduan - Penganalisis
Oh Ei Sun berkata, campur tangan secara tidak langsung daripada Kerajaan Persekutuan mungkin boleh menstabilkan situasi politik di Sabah.
KUALA LUMPUR: Konflik yang berlaku di Sabah boleh menjejaskan kerajaan di peringkat Persekutuan sekiranya ada pemimpin parti ‘terasa hati’ dan bertindak menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.
Penasihat Utama Pacific Research Center of Malaysia, Oh Ei Sun berkata, ia boleh berlaku kerana Gabungan Rakyat Sabah (GRS), UMNO dan Parti Warisan Sabah (Warisan) merupakan parti komponen dalam kerajaan pusat.
Menurutnya, politik di negeri itu banyak berkisar kepada tiga pemimpin utama iaitu Datuk Seri Hajiji Noor, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan semuanya ada sokongan yang kuat.
“Mungkin campur tangan secara tidak langsung daripada Kerajaan Persekutuan dapat menstabilkan situasi politik di Sabah.
"Umpamanya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh melantik salah seorang, atau dua daripada semua personaliti utama ini sebagai menteri persekutuan, mungkin Shafie atau Bung Moktar.
“Hajiji bukan Ahli Parlimen, tetapi boleh dilantik sebagai Senator. Jika dapat dibuat sedemikian, mungkin boleh distabilkan politik di Sabah buat sementara.
"Tetapi berapa lama sementara ini, kita masih tidak tahu,” katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.
BACA: Pergolakan di Sabah? Keadaan tenang ketika ini - PM Anwar
BACA: Pergolakan di Sabah tidak jejaskan kerajaan Persekutuan - Anwar
Politik Sabah | Konflik di Sabah boleh jejaskan Kerajaan Perpaduan
Tambah beliau, Anwar boleh campur tangan secara terus dalam situasi itu namun beliau akan berdepan kesukaran kerana apa saja keputusan dibuat, ia pasti akan mengecewakan salah satu pihak.
Astro AWANI pada Jumaat melaporkan Perdana Menteri memberi gambaran situasi politik di Sabah kembali tenang susulan dakwaan berlaku gerakan untuk menjatuhkan Hajiji selaku Ketua Menteri.
Jelas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, beliau telah menghubungi pemimpin tertinggi setiap parti termasuk UMNO, Parti Warisan (Warisan) dan DAP untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung keadaan di Sabah.
Topic Berkaitan
#Bung Moktar Radin
#Mohd Shafie Apdal
#Hajiji Noor
#Sabah
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan