MALAYSIA
Konflik Thailand-Kemboja: Saya hanya fokus kepada penyelesaian - PM Anwar

Thailand dan Kemboja bersetuju mengadakan gencatan senjata selepas pertemuan khas di Putrajaya, Malaysia semalam. - Gambar fail/Reuters
JAKARTA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau hanya memfokuskan kepada penyelesaian berkaitan konflik Thailand dan Kemboja, bagi memastikan rantau ASEAN kekal stabil dan aman.
Ringkasan AI
- Anwar fokus selesaikan konflik serantau: Perdana Menteri Malaysia menegaskan usaha damai Thailand-Kemboja dibuat atas inisiatif diplomatik Malaysia tanpa pengaruh luar seperti AS atau China.
- Gencatan senjata dicapai melalui panggilan langsung: Anwar membuat panggilan kepada kedua-dua pemimpin pada 24 Julai, menghasilkan persetujuan gencatan senjata walaupun konflik berulang keesokannya.
- Peranan Malaysia dipuji media serantau: Pertemuan khas di Putrajaya yang dipengerusikan Anwar menerima liputan luas dan pengiktirafan atas usaha aktif dalam memulihkan kestabilan ASEAN.
"(Mereka) memerlukan waktu untuk tentera (berundur), namun keesokannya (25 Julai), berlaku lagi (konflik)," kata Anwar pada pertemuan bersama Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI) serta pemimpin redaksi (pemred@ketua-ketua pengarang) Indonesia di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian bagi mengulas pelbagai spekulasi kononnya gencatan senjata itu berlaku berikutan tekanan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkaitan isu tarif terhadap Kemboja dan Thailand.
Thailand dan Kemboja bersetuju mengadakan gencatan senjata selepas pertemuan khas di Putrajaya, Malaysia semalam, dihadiri Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet pada pertemuan yang dipengerusikan Anwar.
Pertemuan khas itu mendapat liputan meluas seluruh dunia, termasuk media Indonesia, yang memuji peranan Anwar dalam merealisasikan gencatan senjata berkenaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami