awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar hargai layanan ikhlas Erdogan sempena lawatan rasmi ke Turkiye
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
Setitis sumbangan, sejuta harapan: Rumah kebajikan di Rawang bakal dijual, kanak-kanak rayu bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kongres mahu pemegang jawatan tertinggi Malaysia beraliran Ahli Sunnah Wal Jamaah

Firdaus Azil
Firdaus Azil
06/10/2019
08:23 MYT
Kongres mahu pemegang jawatan tertinggi Malaysia beraliran Ahli Sunnah Wal Jamaah
Kerajaan meminda Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, dengan mengisytiharkan bahawa Islam beraliran ASWJ adalah doktrin dan kepercayaan bagi persekutuan.
Resolusi Kluster Agama Kongres Maruah Melayu hari ini mahu kerajaan memastikan pemegang jawatan tertinggi kerajaan hendaklah terdiri daripada orang Islam yang berkefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari ketika membentangkan resolusi itu berkata, ia termasuk, antara lainnya, jawatan Perdana Menteri, Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Polis Negara, dan lain-lain lagi.
“Kerajaan dan umat Islam hendak membina daya bangsa Melayu yang berteraskan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, yang sudah pun menjadi jati diri negara ini.
“Adapun fahaman merosakkan seperti Syiah, perlu dielakkan daripada disebar atau dianuti oleh pemegang jawatan tertinggi negara ini,” tegasnya lagi.
“
Adapun fahaman seperti Syiah, perlu dielak daripada disebar atau dianuti oleh pemegang jawatan tinggi
”
- Ahmad Fadhli Shaari
Selain Kluster Agama, kongres itu turut menyaksikan pembentangan resolusi bagi Kluster Pendidikan, Budaya, Politik, dan Ekonomi.
Dalam pada itu, Ahmad Fadhli berkata, mereka juga mahu kerajaan meminda Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, dengan mengisytiharkan bahawa Islam beraliran ASWJ adalah doktrin dan kepercayaan bagi Persekutuan.
Selain itu, mereka mahu Perkara 3(1)(A) dimasukkan ke dalam perlembagaan iaitu dengan dengan menyatakan Islam beraliran ASWJ adalah satu-satunya cara hidup dalam semua polisi, undang-undang dan amalan perlu berlandaskan fahaman itu.
“Kami dengan tegas mendesak pemimpin tanah Melayu secara khusus, dan orang Islam secara amnya, bersikap proaktif ketika menangani isu-isu berkaitan agama Islam, bukan bersjkap reaktif.
“Kerajaan juga hendaklah bertindak pertahankan Islam sebagai agama Negara, dan jadikan cara hidup Islam. Janganlah menjadi pegar memakan padi, tikus baiki labu. Jika masih ada tikus yang cuba baiki labu, nyahkan tikus ini dari pentadbiran negara,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Ahli Sunnah Wal Jamaah
#Cuba
#Islam
#Kongres Maruah Melayu
#Parlimen
#Pasir Mas
#Peguam Negara
#pendidikan
#Perdana Menteri
#Syiah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan