Kongres Nasional Keadilan ke-9 hari ini meluluskan usul menangguhkan pemilihan kepimpinan parti itu selama enam bulan bermula tempoh pengakhirannya pada November tahun ini.
Usul tergempar yang dibawakan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail diterima sebulat suara oleh para perwakilan.
Saifuddin semasa membentangkan usul tersebut berkata penangguhan tersebut akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan dan tarikh pemilihan parti akan diumumkan kemudiaan.
“Usul ini dicadangkan agar tempoh khidmat di cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dilanjutkan tidak melebihi enam bulan seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan parti sehinggalah pemilihan dibuat.
“Ia akan beri mandat kepada MPP untuk cadang pindaan perlembagaan hasil daripada input Cabang mengikut fasal-fasal berkaitan dengan pemilihan parti untuk dibentangkan dan diluluskan dalam satu Kongres Nasional Khas yang akan diadakan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan,” kata Saifuddin semasa membentangkan usul penangguhan tersebut.
Katanya mengikut perlembagaan PKR, tempoh memegang jawatan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) adalah tiga tahun dan hanya akan berakhir pada November tahun ini.
Saifuddin juga berkata satu mesyuarat agung khas akan diadakan untuk meminda perlembagaan parti dan tarikhnya akan diumumkan selepas ini.
Beliau turut memaklumkan, pihaknya sudah memaklumkan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung perkara itu.
Sebanyak 2,500 delegasi bersidang pada kongres yang berakhir hari ini di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), disamping kehadiran pemerhati dan tetamu khas parti serta wakil daripada 221 cabang di seluruh negara.
Kali terakhir PKR mengadakan pemilihan parti adalah pada tahun 2010 lalu, Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah menetapkan setiap pertubuhan yang berdaftar perlu mengadakan pemilihan setiap tiga tahun sekali.
PKR merupakan parti politik pertama melaksanakan pemilihan secara langsung bagi semua jawatan di peringkat cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), termasuk jawatan presiden, timbalan presiden, empat naib presiden dan 20 anggota MPP.
Irwan Muhammad Zain
Sat May 25 2013
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Anthony Loke kekal Pengerusi DAP Negeri Sembilan
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke kekal menerajui kepimpinan DAP Negeri Sembilan selepas sebulat suara dipilih sebagai pengerusi bagi penggal 2024-2027.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
UMNO terbuka cadangan ubah sistem pemilihan parti - Ahmad Zahid
UMNO bersedia meneliti sebarang cadangan bagi mengubah peraturan sistem pemilihan parti melibatkan jawatan tertinggi.
Tiada usul jawatan dalam Bersatu tidak dipertandingkan - Ronald
Parti itu menyerahkan kepada akar umbi untuk membuat keputusan pada pemilihan berkenaan.
Amanah mungkin terdedah kepada konflik dalaman - Mohamad Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu mengakui Amanah mungkin terdedah kepada konflik dalaman dan keberantakan sekiranya wujud perjuangan untuk kepentingan diri atau kelompok tertentu.
Mujahid nafi perpecahan dalam Amanah menjelang pemilihan
Naib Presiden Amanah Datuk Seri Mujahid Yusof menafikan adanya perpecahan dalam parti itu.
Dominic Lau, Oh Tong Keong kekal Presiden, Timbalan Presiden Gerakan
Presiden parti Gerakan, Datuk Dominic Lau dan Timbalannya, Oh Tong Keong mempertahankan jawatan masing-masing selepas menang dalam pemilihan parti itu.
Ahli Gerakan perlu fokus PRN berbanding pemilihan parti - Dominic Lau
Penyandang Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dominic Lau mengingatkan kepada semua ahli supaya fokus kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) berbanding pemilihan parti.
PRN: UMNO susun gerak kerja selepas pemilihan parti - Mohamad
UMNO akan menyusun gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sebaik sahaja proses pemilihan parti itu bagi sesi 2023-2026 selesai.
Pemilihan MCA pusat pada 24 Sept - Setiausaha Agung
Proses penamaan calon bagi kesemua jawatan termasuk kedua-dua sayap akan diadakan pada 11 Sept ini.