KUALA LUMPUR: Anda buntu untuk mencari makanan sedap di sekitar Lembah Klang? Cuba layari profil 'Ceddy-CEO of Membebel' di aplikasi TikTok. Pasti anda tidak akan kecewa.
Perwatakan Ceddy begitu ceria, gaya yang bersahaja serta amat menghiburkan. Ini ditambah pula dengan cara tersendiri beliau memperkenalkan satu-satu jenis makanan menerusi videonya, yang membuat sesiapa sahaja yang menonton pasti berasa teruja dan membuak rasa untuk mencuba makanan itu.
Menggunakan bahasa yang mudah difahami dan sekali-sekala diselitkan dengan lawak jenaka di samping menjaga sensitiviti antara kaum dalam setiap kandungan videonya, semuanya ini menjadikan Ceddy mempunyai ramai pengikut berbilang kaum.
Akaun yang diberi nama 'Ceddy-CEO of Membebel' kini mempunyai sehingga 167.8 juta pengikut dalam aplikasi TikTok.
Menurut Ceddy Ang, 33, (pemilik akaun Ceddy-CEO of Membebel), beliau mula menghasilkan kandungan video menerusi platform Twitch setelah bertugas sebagai pegawai pemasaran kepada beberapa agensi kreatif sejak lima tahun lalu.
Beliau berjinak-jinak dalam menghasilkan kandungan serta membuat video 'live' diselang-seli dengan Youtube dan Twitch sebelum membuat keputusan untuk menghasilkan lebih banyak kandungan lain daripada yang lain, dan tidak hanya mahu tertumpu kepada video sahaja.
"Saya terfikir untuk mencuba platform TikTok hasil lanjutan video daripada akaun Youtube saya sebagai seorang 'Lifestyle Vlogger' serta berkongsi tempat serta restoran yang saya kunjungi dengan pengikut saya.
"Saya dapati kebanyakan video berkaitan dengan makanan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Sejak itu, saya buat keputusan untuk terus bertumpu kepada 'Foodvlog' sahaja dalam TikTok," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
MAKANAN SATUKAN IKATAN PERPADUAN
Ceddy yang berasal dari Pulau Pinang berpendapat, kepelbagaian bangsa, agama dan budaya di Malaysia secara tidak langsung memangkin kepada perkembangan variasi jenis makanan yang mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini.
"Sesuatu yang membanggakan ialah cara kita menyediakan makanan dan mengekalkan identiti makanan ini agar tidak ada negara yang boleh mendakwa makanan kita ini adalah makanan mereka. Bayangkan kalau ini berlaku, mesti perang besar dalam media sosial.
"Sebagai pengulas makanan, saya bangga apabila melihat ramai tanpa mengira bangsa dan budaya bersedia untuk mencuba pelbagai jenis makanan, " katanya yang kini menetap di Shah Alam, Selangor.
Lebih menarik lagi, ada dalam kalangan pengikut berbangsa Melayu turut meminta Ceddy untuk memperkenalkan makanan warisan Cina yang halal dan ini membuatkan beliau begitu bangga sebagai seorang pempengaruh makanan.
Sebagai rakyat Malaysia, Ceddy berpendapat perlu mengambil kira sensitiviti pelbagai kaum lebih-lebih lagi ketika menjelaskan tentang cara penyediaan makanan daripada pelbagai budaya dan kaum.
"Sebagai contoh, saya akan melabelkan video saya dengan perkataan 'Halal', 'Pork Free' ataupun 'Non-Halal' kerana saya tidak mahu membazirkan masa rakan pengikut Muslim untuk mengenal pasti sendiri status makanan yang saya perkenalkan itu.
"Selain itu, ia juga akan menepis rasa ketidakselesaan rakan-rakan Muslim kerana jika saya sebut makanan itu adalah halal, maka mereka boleh mencubanya tanpa rasa was-was di restoran tersebut," katanya.
Menurut beliau, video penjelasannya berkenaan dengan status halal dan pork-free juga turut mendapat sambutan menggalakkan daripada-pengikutnya.
"Saya tak pernah menjangka kandungan video saya akan menarik begitu ramai orang. Pada peringkat awal saya tak ambil kira sama ada makanan yang saya makan itu halal atau tidak tetapi setelah menerima begitu banyak komen sama ada makanan itu halal atau tidak, saya buat keputusan untuk lebih berhati-hati dengan kandungan video saya, " katanya.
BANTU-MEMBANTU TANPA MENGIRA KAUM
Pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sememangnya satu tamparan hebat buat kebanyakan industri dan sangat menguji daya tahanan fizikal serta mental masyarakat di negara ini.
Banyak perniagaan terjejas, terpaksa menggulung tikar dan ramai juga kehilangan pekerjaan menyebabkan ada dalam mereka bertukar arah untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.
Sebagai seorang pempengaruh dan pencipta kandungan content creator, Ceddy turut mengambil kesempatan menggunakan platformnya untuk membantu golongan peniaga yang terjejas dengan mempromosikan produk mereka secara percuma bagi meringankan beban tanpa mengira kaum dan latar belakang.
"Dalam keadaan genting ini, semua orang memerlukan sokongan daripada satu sama lain. Saya bukan sahaja akan mempromosikan secara percuma malah saya akan mengajak pengikut saya untuk menyokong membeli produk mereka tatkala musim PKP ini.
"Saya pernah menguar-uarkan dalam Twitter untuk mencari makanan tertentu daripada peniaga kecil dan saya sanggup membeli daripada mereka serta mempromosikan makanan mereka dalam video saya di TikTok tanpa mengenakan bayaran," katanya.
Selain itu, beliau turut menggunakan platform TikTok untuk memberi kesedaran umum mengenai penjagaan kesihatan mental ketika PKP.
"Sebagai penyokong kesihatan mental, saya turut mengajak pengikut saya untuk sekali-sekala keluar dari rumah menghirup udara segar bagi menghindari daripada terperuk dalam rumah terlalu lama, sekali gus menyebabkan apa yang dipanggil Demam Terperuk atau Cabin Fever," katanya.
SEMANGAT PERPADUAN DALAM MEDIA SOSIAL
Bagi Ceddy, media sosial dapat menyemai semangat perpaduan dan keharmonian sesama penggunanya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan acara besar antarabangsa seperti Sukan Olimpik di samping permainan dalam talian.
Menurut beliau, media sosial sering dibanjiri dengan pihak yang suka membuat tohmah tetapi semangat perpaduan juga terserlah semasa berlangsungnya Sukan Olimpik, bagaimana semua bersatu menyokong atlet negara dan bagaimana ramai juga mahu merebut kedudukan nombor satu dalam permainan Popcat.
"Kita juga melihat bagaimana ramai pengguna media sosial bumiputera yang bersatu dalam menekan seorang pengguna Twitter yang merujuk bukan bumiputera sebagai pendatang. Ini menunjukkan masa sudah berubah. Mentaliti kolot dan berbau perkauman semakin tak diterima.
"Bagaimanapun, kita masih perlu banyak masa untuk mengamalkan perpaduan dan harmoni dalam media sosial tetapi kita sudah ke arah itu. Ayuh kita kekalkan semangat Kita Jaga Kita dan tolak sebarang perbezaan, " katanya.
Bagaimanapun, di samping sambutan menggalakkan daripada pengikutnya, tidak kurang juga ada yang memberi cacian dan tomahan terhadap video-video Ceddy di TikTok.
"Ada yang mempertikaikan suara saya yang agak 'tajam' dan sangat 'keperempuanan'. Ada juga yang memberikan komen yang kurang menyenangkan. Kadang-kala saya membalas juga namun kebanyakan masa saya akan mengabaikanya.
"Ramai yang berterima kasih kepada saya kerana menghasilkan kandungan yang dapat membantu mereka ketika dalam kesusahan dan saya berasa sangat bangga serta gembira kerana dapat membuat sesuatu dan berbakti kepada golongan memerlukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 23 2021
Ceddy turut menggunakan platform TikTok untuk memberi kesedaran umum mengenai penjagaan kesihatan mental ketika PKP.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.