KUALA LUMPUR: Konsep 'Keluarga Malaysia' menggariskan tiga teras utama dan 20 pengkayaan nilai yang mendasari kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk bekerja secara bersama-sama dalam memulihkan negara daripada masalah dan kesan pandemik COVID-19.
Menurut buku kecil yang mengandungi maklumat ringkas 'Keluarga Malaysia' itu, tiga teras utama tersebut ialah Keterangkuman (inclusivity), Kebersamaan (common ground) dan Kesyukuran (contentment).
Bagi pengkayaan nilai-nilai di bawah tiga teras berkenaan termasuk menyemai budaya integriti dalam keluarga, menjadikan budaya amanah sebagai budaya keluarga, menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pengukuhan keluarga dan menjadikan amalan bermusyawarah sebagai amalan keluarga.
Nilai lain ialah menerapkan budaya ilmu dalam masyarakat dan keluarga, menyuburkan budaya komunikasi berhemah dalam kalangan keluarga dan masyarakat serta membina akhlak mulia seluruh anggota keluarga.
Turut digariskan ialah nilai kebertanggungjawaban terhadap keluarga, membudayakan amalan ihsan dalam memupuk semangat kebersamaan keluarga, memastikan suasana harmoni dapat dikecapi keluarga serta menyemai budaya khidmat dalam keluarga bagi membantu ahli yang memerlukan bantuan.
Nilai lain ialah menjaga kehormatan dan maruah keluarga, menyemaikan semangat prihatin untuk membantu ahli keluarga, menerapkan budaya kesabaran dalam mengekalkan keharmonian keluarga dan menyemai semangat keamanan serta kesejahteraan dalam diri ahli keluarga.
Tidak ketinggalan ialah aspek hidup beriman, membudayakan amalan sihat fizikal dan mental, mengekalkan tradisi dan adat kekeluargaan, kasih sayang, hormat dan taat.
BACA: PM kongsi konsep Keluarga Malaysia pada prapelancaran hari ini
Sementara itu, buku kecil berkenaan juga berkongsi visi, matlamat, hala tuju strategik, mesej dan bidang tumpuan utama konsep tersebut.
Visi 'Keluarga Malaysia' ialah memulihkan negara, mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi yang bermatlamat sebagai aspirasi jangka panjang kalis cabaran masa hadapan dalam mencapai visi itu berlandaskan 'Keberhasilan Kebahagiaan'.
Selaras dengan situasi semasa, ia turut menggariskan hala tuju strategik iaitu rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa akan berganding bahu memulihkan negara daripada impak-impak negatif akibat COVID-19.
Turut dikongsi bidang tujuan utama yang merangkumi menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia di bawah naungan Keluarga Malaysia, mengetepikan perbezaan politik untuk mencapai kestabilan, memulih semula dan merapatkan jurang ekonomi.
Secara amnya, mesej keseluruhan konsep ini ialah 'Keluarga Malaysia' dapat menerima persamaan dan perbezaan berdasarkan nilal-nilai dan ciri-ciri Keluarga Malaysia berlandaskan Perlembagaan Persekutuan Malaysia Rukun Negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual merasmikan Majlis Prapelancaran Keluarga Malaysia di Auditorium Perdana Angkasapuri, RTM pada 4 petang, hari ini.
Pendekatan yang julung kali disebut dalam ucapan sulung Perdana Menteri pada 22 Ogos antara lain mengajak rakyat negara ini mengetepikan perbezaan dalam menggembleng tenaga untuk memulihkan semula negara dalam merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Konsep 'Keluarga Malaysia' yang bersifat inklusif merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum serta mengajak semua rakyat di negara ini bersama-sama sebagai sebuah keluarga yang utuh.
Pelancaran rasmi konsep Keluarga Malaysia dijadual diadakan pada 22 Okt di Kuching, Sarawak yang dikenali sebagai bandar raya perpaduan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 08 2021

Visi 'Keluarga Malaysia' ialah memulihkan negara, mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi yang bermatlamat sebagai aspirasi jangka panjang kalis cabaran masa hadapan. - Facebook Ismail Sabri Yaakob

PRK Ayer Kuning: PM ucap tahniah kemenangan calon BN
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional, Dr Mohamad Yusri Bakir atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning.
UMDAP Semakin Tidak Relevan, Pengundi Tunjuk Penolakan
Kelompok-kelompok yang cuba mempopularkan jenama UMDAP dilihat semakin kehilangan sokongan apabila pengundi menolak calon-calon baharu yang dikaitkan dengan naratif itu.
[TERKINI] JDT tewaskan Sri Pahang FC 2-1
Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia selepas menewaskan Sri Pahang FC 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kejayaan ini menyaksikan JDT mencipta rekod luar biasa dengan merangkul gelaran hatrik quadruple, memenangi empat kejuaraan utama dalam tiga musim berturut-turut.
Kejayaan ini menyaksikan JDT mencipta rekod luar biasa dengan merangkul gelaran hatrik quadruple, memenangi empat kejuaraan utama dalam tiga musim berturut-turut.
Misteri Bau Busuk Bongkar pembunuhan ibu saudara, anak saudara di Semenyih
Misteri bau busuk yang mencurigakan membawa kepada penemuan mayat seorang wanita berusia 53 tahun dan anak saudaranya di sebuah rumah di Semenyih malam Jumaat.
Majoriti besar bukti pengundi tolak politik fitnah
Majoriti lebih besar yang diperolehi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning memberi gambaran sebenar penduduk Ayer Kuning menolak politik fitnah dan adu domba.
PM ucap tahniah atas kemenangan BN dalam PRK Ayer Kuning
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ucap tahniah atas kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada Sabtu.

Sedih pasukan legenda tidak ada tahun depan, harap Tengku Muda Pahang boleh pertimbang semula - TMJ
Difahamkan, Sri Pahang yang menjadi finalis ini berkemungkinan tidak akan beraksi dalam kancah domestik, musim depan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 26 April 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 26 April 2025.

PRK Ayer Kuning: Penduduk tolak politik fitnah, pilih perpaduan - Saarani
Saarani berkata kemenangan itu tidak akan tercapai tanpa usaha gigih semua pihak termasuk jentera BN dan Pakatan Harapan yang bekerja keras.

PRU15: Calon tidak wajib isytihar harta - Ismail Sabri
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu tidak termasuk dalam akta perundangan bagi mana-mana calon yang bertanding.

Konsep 'Keluarga Malaysia' garis tiga teras utama, 20 pengkayaan nilai
Tiga teras utama tersebut ialah Keterangkuman (inclusivity), Kebersamaan (common ground) dan Kesyukuran (contentment).

PM umum 7 tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan, wujud landskap politik baharu
Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju dan komited untuk melaksanakan Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan untuk mengembalikan kestabilan politik demi menangani COVID-19 dan memulihkan ekonomi.