awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Prabowo: Indonesia akan rampas lebih banyak tanah sawit haram tahun ini
China rekod penurunan 12.8 peratus kes jenayah, selesai 258,000 penipuan dalam talian pada 2025
Penubuhan HLSCC angkat hubungan Malaysia-Turkiye ke peringkat tertinggi - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsert Countdown KITA 2026 catat kehadiran 143,000 pengunjung

Syaff Syukri
Syaff Syukri
07/01/2026
11:34 MYT
Konsert Countdown KITA 2026 catat kehadiran 143,000 pengunjung
Sambutan yang diterima Konsert Countdown KITA 2026 mengukuhkan kedudukannya sebagai sambutan tahun baharu nombor satu di Malaysia.
PUTRAJAYA: Penganjuran Konsert Countdown KITA 2026 oleh Astro dengan kerjasama IOI Properties berjaya menutup tirai tahun 2026 dengan penuh gemilang apabila merekodkan kehadiran seramai 143,000 pengunjung.
Menerusi satu kenyataan Astro, jumlah itu menyaksikan lonjakan empat kali ganda lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai sambutan tahun baharu nombor satu di Malaysia.
Konsert yang berlangsung di IOI City Mall itu pada 31 Disember lalu itu diraikan dengan semangat KITA, sebuah inisiatif menghimpunkan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang melalui muzik serta perkongsian kisah serta sambutan bersama dalam suasana penuh perpaduan bagi menyambut ketibaan tahun 2026.
Naib Presiden Kandungan GenNext, Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, Konsert Countdown KITA merupakan sebuah platform yang lebih daripada sekadar konsert penutup tahun.
“Konsert Countdown KITA mencerminkan komitmen Astro terhadap kekuatan hiburan dalam menyatukan rakyat Malaysia, memberi inspirasi serta mencipta kenangan bermakna bersama.
“Sambutan luar biasa daripada penonton tahun ini mengukuhkan komitmen kami untuk terus menyampaikan pengalaman hiburan yang inklusif dan memberi impak,” katanya.
Penganjuran kali ini turut mencatat sejarah tersendiri dengan persembahan istimewa penyanyi popular Amir Masdi, yang tampil mempersembahkan lagu The Final Countdown dari aras tinggi IOI City Mall, mencipta detik dramatik yang menggegarkan suasana ambang tahun baharu.
Menurut Amir, idea luar biasa daripada pihak produksi Astro dan IOI City Mall itu merupakan pengalaman yang sukar ditolak.
“Idea menyanyi di aras tingkat dua dengan latar bunga api yang memukau benar-benar sesuatu yang sukar untuk ditolak.
“Saya terus bersetuju kerana peluang sebegini pasti membuatkan mana-mana penyanyi memberikan yang terbaik, seratus peratus. Saya benar-benar berasa dihargai,” katanya ketika ditemui di rakaman program Borak SeeNI.
Acara dimulakan dengan Tirai Konsert KITA 2026 yang dikendalikan oleh Haziq Hussni dan Fiza Frizzy, menampilkan bakat daripada program hiburan secara langsung di bawah inisiatif Astro Home of Live.
Antara artis yang membuat persembahan termasuk Stacy dan Zahid daripada Akademi Fantasia, duo Liza Hanim dan Marsya daripada Talk To My Manager, serta penghibur legenda Mell Sakura dan Iskandar Ismail dari Gegar Vaganza 12.
Seterusnya, kemuncak Konsert Countdown KITA 2026 yang dikendalikan Nabil Ahmad, Yoon Ng dan Revathy Mariappan terus menghidupkan malam sambutan dengan persembahan memukau antaranya daripada Haqiem Rusli, Darkkey Nagaraja menerusi lagu Puli Puli dan Akkamage, serta Faizal Tahir yang bergandingan bersama Nicole Lai dan Ruhan Ravindran dalam lagu Malaysia.
Rakaman penuh Konsert Countdown KITA 2026 boleh distrim menerusi Astro One & Sooka.
Topic Berkaitan
#Konsert Countdown KITA 202
#tahun baharu
#Astro
#IOI Properties
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami